Kisah Penglipurlara
Jika di beri pilihan, nak bergaul dengan Ahli Ilmu yang berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tapi hanya pada perbuatan teori semata-mata atau berdamping dengan Ahli Ibadah yang Bidaah tapi faham Ilmu Ghaib walaupun kebanyakan dari mereka tidak dapat membezakan yang mana datang dari Allah dan yang mana datang dari tipu-daya Iblis serta Syaitan yang terdiri dari Bangsa Manusia dan Jin?.
Untuk aku sejujurnya lebih baik berpegang teguh kepada Sunnah yang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ajar yang mana mengamalkan Hadis-hadis Sahih sahaja walaupun mereka bodoh dalam urusan Ghaib. Tapi jika mendampingi Golongan Ahli Ibadah yang Bidaah! risikonya sangat tinggi, di khuatiri Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak mengaku Umatnya kerana mengamalkan sesuatu yang tidak pernah di lakukannya walau di anggap baik. Yang penting baik! itulah sikap sombong bodoh pengamal bidaah.
Walau apapun aku tetap mendampingi keduanya kerana bagi memastikan diri tidak terpalit sifat Ujub, Riak dan Takabbur dalam diri tanpa di sedari. Belum tentu mereka yang berilmu ada sijil Universiti Al-Azhar contohnya, lebih hebat dari Guru Pondok yang ijazahnya hanya melalui bersalaman ( ilmu di turunkan melalui ikrar secara bersalaman di mana ilmu tersebut di warisi dari turun temurun yang kelebihannya di uji dengan perkara ghaib! tidak seperti yang menuntut ilmu Agama di Universiti tapi hanya teori sahaja ). Sebab itu kita jangan sombong dengan Orang Pondok, ilmu yang mereka warisi lebih hebat dari Ilmu Teori. Walaupun di akui kebanyakkan dari mereka Golongan Pondok tersasar dari landasan yang lurus kerana terperangkap dengan tipu helah Iblis dan Syaitan. Namun bagi yang telah Sadar dari kesesatan maka akidah mereka lebih berisi daripada Guru Agama yang teori. Itu sebab yang faham Agama menunding jari kepada Fahaman Teori sebagai cantik di luar hodoh di dalam. Atau erti kata lain; Ilmu hanya pada kulit buku sahaja, tapi isinya kosong. Atau di umpamakan Kulit buku memang cantik! tapi pengisian ilmunya macam budak-budak tadika. Itu contoh sahaja kepada Golongan yang Faham Agama secara teori.
Memang menyakitkan hati jika terasa dengan pena ku ini, namun itu adalah kenyataan yang harus di terima dengan berlapang dada. Jangan ingat sudah hebat melaksanakan segala Sunnah-sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam! maka kamu boleh memandang rendah kepada Ahli Pondok yang kebanyakannya di uji perkara ghaib. Semakin dalam mereka belajar maka semakin besar ujian terpaksa di hadapi untuk memantapkan akidah Ketauhidan. Pendek kata! Walaupun tak semua Orang Pondok berjaya dalam tingkatan akidah yang berbeza, namun mereka lebih baik dari Pengamal Teori ( Akidah pun teori sebab tiada pengalaman di uji dengan gangguan ghaib dari Iblis dan Syaitan yang terdiri dari Bangsa Jin dan Manusia ).
Golongan yang bijaksana adalah sentiasa bersiratulrahim sesama manusia tanpa menghukum atau membandingkan ilmu siapa yang lebih benar. Aku sendiri pun semakin kita tinggalkan perkara Bidaah tapi masih ada lagi yang kita amalkan sebab tidak tahu perkara tersebut bukan ajaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Yang penting sentiasa terus berwaspada dan Mohon Pertolongan Allah tanpa lelah. Tak kiralah berapa kali aku ulang-ulangkan nasihat ini sebab aku masih tercari-cari ilmu yang bukan datang dari ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk aku tinggalkan terus agar tidak di dakwa ketika mati nanti. Aku masih hormati semua Pendakwah yang berbeza keyakinan di sebabkan Fahaman yang berlainan. Aku sayang Ustaz Ahmad Rizam, aku hormati Ustaz Maza, aku suka dengar Kuliah Ustaz Muhaizat dan terpengaruh dengan akhlak Ustaz Zainul Asri yang suka berselawat sehingga aku menjadi ikutan mengamalkannya. Ustaz yang semakin matang dalam pergaulan dakwah adalah Ustaz Doktor Jamilin Kamilin. Semoga suatu hari nanti bakal di lantik sebagai Mufti Wilayah sebab kerendahan hatinya mampu bergaul dengan sesiapa sahaja yang Fahaman berbeza dan tegurannya juga berhati-hati agar tidak menyinggung sesiapa. Beliau belajar dari kesilapan dan pengalaman itu yang membuat beliau lebih matang dalam beragama! tidak seperti Golongan yang sentiasa merasa ilmu mereka sahaja yang benar. Fikir-fikirkanlah...
Nota: Walaupun aku tidak seratus peratus menyokong Fahaman Ustaz yang aku kagumi, tapi aku tidak suka mereka di pandang rendah oleh Golongan yang merasa lebih pandai dari mereka. Adab lebih penting dari ilmu, kalau setakat hebat dengan ilmu tapi tak beradab! tidak ada sesiapa ingin bersama dengan mereka yang perasan Benar sentiasa. Seolah-olah orang lain itu sesat! padahal mereka tak sedar terpalit rasa Ujub, Riak dan Takabbur. - Bekas Penulis













































