KERANA SUHAILI

Jamal sejak remaja sudah terjebak dengan penagihan dadah, semua gara-gara seorang perempuan yang bernama Yati! cinta pertamanya. Jamal seorang budak Tahfiz yang terpengaruh dengan dunia luar yang belum pernah beliau rasakan sebelumnya. Pertemuan dengan Yati di sebuah pusat beli-belah terkenal di Ibukota telah menyuburkan benih percintaan. Yati yang mula-mula menggodanya dengan pengalaman sebagai seorang Bohsia yang gemar bertukar-tukar teman lelaki. Zaman tersebut di gelar Anak Abu ( Anak Bawah Umur ), sejak umur 12 tahun Yati sudah pandai bercinta monyet. Datang dari keluarga yang banyak masalah seperti kahwin tangkap basah, bawa lari Bini Orang, kaki pukul Isteri dan kurang didikan Agama maka Yati terikut-ikut perangai Pakcik-pakcik dan Makcik Saudaranya. Beberapa kali bunting tapi di gugurkan kandungan tersebut atas pertolongan saudaranya yang hancur akhlak mereka. Jamal yang lurus bendul sikit pun tidak tahu bahawa Kekasih yang di cintainya seorang perempuan yang curang. Habis segala perwatakan baik dari seorang anak Tahfiz menjadi anak zina yang di Murkai Allah. Yati mengajar segala-galanya tentang dunia hiburan malam tempat Yati bekerja sebagai Penyanyi Kelab Malam. Jamal mula menikmati minuman khamar dan akhirnya terjebak dengan penagihan dadah. Setelah puas menjahanamkan hidup Jamal, Yati beralih kepada lelaki lain pula untuk memuaskan nafsunya. Kesemua lelaki pilihan Yati terdiri daripada lelaki teruna yang bodoh dengan dunia kemodenan. Dipergunakan segala kecantikan dirinya untuk mendapat keterunaan seseorang bagi tujuan awet muda, kerana mengamalkan sihir pemikat.

Setelah kena tinggal dengan Yati, kehidupan Jamal semakin hancur. Jamal cuba membunuh diri dengan pengambilan dadah lebih dari dos-nya. Tapi umurnya panjang dan ada orang nampak mulut Jamal berbuih putih dan dalam keadaan kekejangan di lorong belakang Kelab Hiburan. Jamal di kejar ke Hospital dan nyawanya dapat di selamatkan. Tapi Pihak Hospital mendapati oleh kerana Jamal seorang penagih dadah tegar maka di hantar ke Pusat Serenti untuk menjalani pemulihan. Alhamdulillah dengan daya usaha dan kehendak Jamal sendiri untuk pulih, maka di bebaskan awal. Bermulalah penghidupan baru dengan peluang kedua untuk jadi manusia yang berguna. Jamal bertugas sebagai Jurujual Pakaian Berjenama dengan kebolehannya mendapatkan sales yang tinggi, akhirnya di lantik sebagai Supervisor. Dari situ bermula perkenalan dengan rakan sekerja bernama Nora. Nora jatuh hati pada Jamal, namun Jamal sembunyikan perasaannya kerana sedar kelemahan diri. Sepanjang tempoh perhubungan tersebut, Jamal bebas bersih dari dadah, namun beliau belum bersedia untuk menjelaskan tentang isu tersebut pada Nora. Seperti biasa apabila dua pasangan sejoli saling mencintai maka zina memang tidak dapat di elakkan. Masing-masing ada nafsu walaupun solat tidak tinggal. Itulah bahananya pergaulan tanpa ikatan pernikahan. Jamal sudah siap sedia untuk mengikat tali pertunangan dengan Nora, baginya kehadiran Nora memberi sinar hidup baru. Tapi malang tidak berbau apabila kenalan dan juga Sahabat baik Jamal sendiri mengkhianatinya dengan membongkar kisah penagihan dadah dan baru keluar dari Pusat Serenti. Tujuannya semata-mata untuk merampas Nora dari tangan Jamal, sebab dia juga mencintai Nora dalam diam. Nora yang ketahuan merasa marah dan tertipu lalu memutuskan hubungan serta merta dan memilih rakan Jamal yang pengkhianat sebagai teman hidupnya yang baru. Sekali lagi tamparan hebat buat Jamal, sekelip mata berubah 360 darjah kembali menagih dadah kerana di kecewakan. Pekerjaan terganggu lalu di berhentikan kerja, dari situ bertambah lagilah kesukaran Jamal untuk meneruskan hidup. Kali ini kehancuran Jamal lebih teruk dari kali pertama putus cinta dengan Yati. Dunianya terasa gelap! dan Jamal sudah hilang arah. Untuk mendapatkan stok dadah, Jamal kini menjadi Tokan. Namun kegiatan jahatnya tidak kekal lama apabila dihidu pihak Polis dan di penjarakan selama 3 Tahun. Di bebas awal kerana perubahan positif tapi masih dalam pemantauan Pihak PDRM.

Peluang kedua bebas dari dadah menyebabkan Jamal ragu-ragu untuk berhadapan dengan dunia luar, lebih-lebih statusnya bertambah menjadi bekas banduan. Jamal hilang keyakinan diri hidup dengan orang awam, maka Jamal mohon untuk mendapatkan rawatan di Pusat Pengasih. Di sana Jamal melakukan banyak aktiviti kemasyarakatan dan rajin menimba ilmu Agama sehingga di beri kepercayaan untuk melatih penghuni baru kembali ke pangkal jalan sepertinya bebas dari najis dadah. Dalam diam rupa-rupanya ada seseorang memerhatikan tingkah laku Jamal yang benar-benar untuk pulih jadi manusia normal. Dan suatu hari gadis tersebut memberinya sepucuk surat melalui seorang warden yang juga sepupu kepada gadis tersebut. Jamal membaca isi kandungan surat tersebut; ASALAMUALAIKUM! SALAM KENAL DARI SU. SAYA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ABANG JAMAL UNTUK PULIH DARI PENAGIHAN DADAH. JIKA TIADA KEBERATAN SAYA INGIN MENJADIKAN HUBUNGAN KITA SEBAGAI PASANGAN YANG SAH. SAYA NAK ABANG JAMAL JADI SUAMI SAYA, SEBELUM ITU SAYA NAK ABANG JAMAL DAPATKAN PEKERJAAN YANG TETAP APABILA DI BEBASKAN SIKIT HARI LAGI. BUKTIKAN BAHAWA ABANG JAMAL MEMANG MAMPU MENJADI MANUSIA YANG SEMPURNA. SAYA BERI TEMPOH DUA TAHUN UNTUK ABANG JAMAL SIMPAN DUIT UNTUK MEMINANG SAYA. DAN SEPANJANG TEMPOH PERKENALAN KITA, TIADA KELUAR BERDUA-DUAAN KECUALI BERSAMA KELUARGA SAYA. MEREKA JUGA MENERIMA ABANG JAMAL SEADANYA. YANG BENAR SUHAILI SAMSUDDIN. Jamal tersenyum simpul, namun jauh di sudut hatinya sungguh bahagia. Jamal berjanji pada diri sendiri tidak akan mensia-siakan kesempatan ini untuk membuktikan pada dirinya sendiri mampu menjadi manusia yang beriman di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

Setelah bebas dari Pusat Pengasih, Jamal bekerja sebagai penjual kitab-kitab Agama. Sepanjang bertugas sesekali Jamal masuk pertandingan Berzanji peringkat Negeri dan menang tempat pertama. Sejak itu Jamal di kenali orang ramai sebagai seorang pelontar ayat-ayat suci Al-Quran yang merdu suaranya. Dalam masa dua tahun, Jamal buktikan janjinya pada Suhaili dan mereka mengikat tali pertunangan hanya tiga bulan lalu berumahtangga. Sejak itu kehidupan Jamal kembali lengkap dan menjadi sebaik-baik hamba Allah yang Soleh. Kerana Suhaili! dirinya ada kekuatan untuk meninggalkan segala kenangan silam yang suram. Apapun Jamal tidak pernah lupa segala kekuatannya adalah Pertolongan Allah semata-mata. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa.

Petikan sipnosis dari skrip Filem KERANA SU karyaku sendiri Bekas Penulis.

Muar
4/14 Diedit kepada

... Baca lagiMelalui pengalaman yang diceritakan dalam KERANA SUHAILI, saya sangat menyentuh hati bagaimana seseorang yang sudah terperangkap dalam kegelapan dunia dadah dan hiburan malam masih mampu berubah menjadi insan yang lebih baik dengan kesungguhan dan sokongan orang sekeliling. Kisah Jamal membuka mata akan pentingnya kasih sayang sejati dan peluang kedua untuk memperbaiki diri. Sebagai yang pernah melalui saat-saat sukar, saya faham betapa berat usaha untuk keluar dari penagihan dadah apatah lagi apabila terlibat juga dalam aktiviti jenayah seperti menjadi tokan. Namun, apa yang paling utama adalah mempunyai insan seperti Suhaili yang benar-benar percaya dan memberikan dorongan supaya hidup kita berubah. Rawatan di pusat pemulihan seperti Pusat Serenti dan Pusat Pengasih sangat membantu mereka yang ingin kembali ke jalan yang benar. Dalam proses ini, aktiviti kemasyarakatan dan mendalami ilmu agama menjadi medium terbaik untuk memperbetulkan akhlak serta membina semula keyakinan diri. Saya pernah mengikuti program-program sebegini dan menyaksikan sendiri bagaimana transformasi positif yang ketara pada bekas penagih dadah selepas mereka benar-benar mahu berubah. Kisah cinta Jamal dan Suhaili juga mengingatkan kita bahawa perhubungan yang sihat dan diredhai keluarga mampu memberi kekuatan besar dalam proses pemulihan. Bagi mereka yang masih dalam perjalanan ini, jangan takut membuka hati dan menerima sokongan daripada insan yang ikhlas mahu melihat kita berjaya. Akhir sekali, kisah ini menegaskan bahawa tiada manusia yang sempurna selain Allah SWT. Setiap kita pasti melakukan kesilapan, tetapi dengan kehendak dan pertolongan-Nya, tiada yang mustahil untuk kita berubah dan mencapai kehidupan baru yang cerah. Semoga kisah Jamal menjadi inspirasi untuk semua, khususnya mereka yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan.

5 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Tiada kaitan dengan hidupku😂

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen