Chef Sharwan

Sejak lepas sekolah, aku dah mula kerja kat warung. Bermula dari cuci pinggan mangkuk kemudian ambil pesanan dan akhirnya jadi pembantu dapur. Selama 10 Tahun kerja di warung, kemudian aku cuba mohon Tukang Masak di sebuah Restoran 5 Bintang. Dari situ aku di tawar bekerja di Hotel pula sebagai Chef. Hasil dari pengalaman demi pengalaman dan berjaya menyimpan sedikit wang maka aku memberanikan diri membuka Kedai Makan standards Cafe. Namun kehadiran Convid-19 telah memusnahkan perniagaan aku dan kerugian amat besar. Sejak itu aku mula bekerja kembali dengan berbagai Majikan sama ada di Kantin Sekolah, Kantin Universiti, Kilang dan Kedai Makan biasa. Bekerja sendiri risikonya sukar mendapat pekerja yang komited dengan tugas yang di berikan. Tiada semangat berpasukan untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Bila bekerja dengan Orang balik, masalah timbul dari segi Majikan terlalu berkira. Sebagai Tukang Masak, aku perlukan pembantu dapur yang stabil dan disiplin yang tinggi. Malangnya sukar untuk mendapat pekerja yang tetap, masing-masing kerja sebulan dua kemudian berhenti. Ada juga yang suka ponteng kerja sesuka hati. Yang aku bengang dengan Majikan yang tak tahu nak ambil hati Tukang Masak macam aku. Dia lupa kekuatan sesebuah Kedai Makan bergantung harap kepada Tukang Masak. Aku bukan nak berlagak! tapi kalau pembantu tak ada, apa lah salahnya bagi gaji lebih kat aku yang terpaksa buat dua kerja sekaligus. Ini langsung tak ada, itu yang jadi jiwa memberontak lalu mula dah malas nak bekerja. Aku kalau boleh nak setia satu-satu Majikan! tapi kerana kedekut tahi hidung masin, aku cari kerja lain. Tapi kan, kerja dengan Dato' dan Ustaz! mereka ni lagi kedekut nak mampus. Memang tak tunggu lama lah, dapat gaji blah macam tu aje. Macam ego kan! tapi itulah gaya seorang Chef yang pandai masak. Bukan isi bakul angkat sendiri ya, ini fakta! bukan auta. Tak kan Majikan tak boleh nak fikir kot! asyik kena kerja sorang-sorang bila pembantu dapur buat hal, tambah lah sikit Boss. Hhhhmmm susah betullah asyik jumpa Majikan yang stereo taipe, sama aje... tak nak keluar lebih sikit bagi rezeki kat aku. Bayangkan kalau Pembantu Dapur tak datang, Boss dah untung RM 50 sebab pekerja ponteng. Aku sebagai Tukang Masak utama kena cover semua tu! apalah salah tambah RM 20 atau RM 30 kan seronok kerja. Itulah! kadang-kadang benda kecik macam ni boleh jadi isu besar bila dah lama pendam dalam hati, tiba-tiba meletup tak ada minat nak bekerja lagi. Tu yang buat macam-macam alasan sakitlah! sedara kemalangan lah, nenek bersalin lah dan seangkatan dengannya untuk elak datang kerja. Akhirnya yang rugi Majikan kehilangan Tukang Masak yang bagus. Pernah bertekak dengan Majikan masa kerja di Restoran Mamak, aku tertidur sebab tak ada pelanggan masa tu. Tamby tu marah aku macam buat salah besar;

OI...! APA TIDUR-TIDUR, MAKAN GAJI BUTAKAH?. PERGI SANA BASUH PINGGAN! Herdik dia pada aku yang baru bangun tidur tengah mamai lagi. Aku apa lagi naik anginlah dan lawan Tamby tu; APASAL SAYA MAU BASUH PINGGAN? SAYA CHIEF LAH. Semua pekerja gelakkan aku termasuk Tamby tu gelak sampai terguling-guling atas lantai dapur. Salah seorang pekerja Indonesia sounds aku setepek!; BAPAK MIMPI APA NI! BILA MASA JADI TUKANG MASAK DI SINI?. KERJA BAPAK BASUH PINGGAN DONG... Aku gosok mata dan pandang keliling. Ya tak ya daaa... aku mimpi rupanya, perasaan jadi Tukang Masak... menyampah. Dengan perasaan malu terus basuh pinggan sambil tersengih-sengih memandang kawan-kawan.

Muar
4/15 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman bekerja dalam industri makanan memang penuh dugaan. Saya juga pernah berada dalam situasi yang sama, bermula dari posisi paling asas seperti cuci pinggan, kemudian belajar ambil pesanan dan akhirnya menjejakkan kaki sebagai pembantu dapur. Sepanjang tempoh tersebut, saya belajar betapa pentingnya sikap kerja berpasukan dan komitmen dalam memastikan kelancaran operasi dapur. Apabila sudah sampai ke tahap tukang masak utama, saya sedar bahawa tanggungjawab bukan sekadar memasak sahaja, tetapi juga menguruskan staf dan menghadapi pelbagai ragam pekerja. Ramai tukang masak yang saya kenali menghadapi masalah kekurangan pembantu dapur yang setia dan boleh diharap, yang menyebabkan kerja menjadi bertambah berat dan tekanan sangat tinggi. Sering kali, majikan tidak menghargai tenaga dan usaha tambahan yang dilakukan, terutama apabila tukang masak terpaksa menampung kekurangan staf dengan melakukan kerja dua kali ganda. Situasi pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia memberi kesan yang sangat besar kepada perniagaan makanan termasuk kedai makan atau kafe saya sendiri. Banyak perniagaan terpaksa ditutup kerana kekurangan pelanggan dan larangan operasi. Saya percaya ramai rakan chef dan usahawan makanan melalui pengalaman yang sama, mencabar daya tahan mental dan kewangan mereka. Saya juga ingin berkongsi, perkara kecil seperti penambahan gaji yang sepatutnya boleh menjadi motivasi sebenarnya boleh mencetuskan perubahan besar dalam sikap kerja. Bila majikan kedekut buat macam tidak peduli untuk menghargai jerih payah tukang masak, akhirnya hilanglah semangat kerja. Ini bukan saja menyebabkan kehilangan tenaga kerja yang mahir, malah menjejaskan kualiti dan reputasi perniagaan. Selain itu, mentaliti pekerja yang suka ponteng tanpa alasan kukuh amat menyusahkan. Dalam pengalaman saya, komunikasi yang baik antara majikan dan pekerja sangat penting untuk memupuk persekitaran kerja yang harmonis dan efektif. Jika majikan dapat memberi sedikit penghargaan dan perhatian kepada kesukaran pekerja, pasti semangat kerja meningkat dan produktiviti juga akan mengikut sekali. Pengalaman berdepan dengan pelbagai jenis majikan dari kelas atasan hingga ke pengusaha kecil juga mengajar saya satu perkara penting: keseimbangan dalam penghargaan dan pengurusan pekerja harus diterapkan untuk memastikan kerjasama berpanjangan. Semua orang mahu dihargai, tidak kira atas pangkat apa pun. Bagi mereka yang berminat dalam dunia masakan dan sedang berjuang mencari tempat yang sesuai, jangan mudah putus asa walaupun cabaran besar datang bertalu-talu. Terus belajar, tingkatkan kemahiran, dan buat yang terbaik dalam setiap tugasan. Semangat setia dan disiplin adalah kunci utama kejayaan dalam industri ini. Saya berharap kisah ini dapat membuka minda majikan dan pekerja tentang pentingnya saling hargai dalam industri masakan supaya suasana kerja lebih kondusif dan memuaskan hati semua pihak.

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Menu istimewa kami

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Jom Singgah Sarapan Pagi

Lihat lebih banyak komen