PRINSIP HIDUP
Sebelum Mak pergi Menghadap Ilahi, dia tinggalkan 3 wasiat buatku. Pertama! jangan pukul orang. Kedua! jangan sumpah orang dan ketiga, jangan permainkan perasaan perempuan. Namun nombor satu dan dua wasiat aku terpaksa langgar sebab dah tak tahan kena pijak dengan manusia durjana. Yang ketiga tu aku kekal pegang amanah tu sampai sekarang sebab membunuh jiwa adalah perbuatan yang maha zalim. Arwah Mak selalu pesan, biar orang buat kita! jangan kita buat orang.
Prinsip hidup aku pulak iaitu menjaga adab satu keutamaan. Dulu masa muda pernah merokok sekejap, tapi tak pernah hisap depan orang tua, kanak-kanak dan mereka yang berkeluarga makan di tempat awam. Aku berhenti sebab dengar ceramah Agama Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tentang fatwa Rokok tu haram. Sebab tu sampai sekarang aku anti orang merokok depan aku kat kedai makan macam Restoran tu Bapak dia orang yang punya. Tak fikir asap rokok kena kat aku bila di bawa angin. Itu sebab pentingnya adab dari ilmu, sebab yang merokok tu kebanyakannya Pak Lebai. Pakaian dah cantik ikut sunnah! tapi akal masih Yahudi mabuk.
Selain daripada itu aku amat mementingkan kebersihan diri seperti beristinjak cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dan kencing duduk. Buang hadas besar aku pilih tandas cangkung sebab najis keluar habis dari usus kita. Lepas Mandi berwangi-wangian sama ada nak beribadah atau tidak. Sentiasa gunakan deodoran walau ketiak tidak berbau. Pakaian yang bersih dan sesuai dengan penampilan diri. Itu bersangkut paut dengan kerohanian, jika seseorang mendakwa kenal diri melalui kefahaman Tasawuf tapi tak buat seperti di atas, itu sembang kari. Dia tak faham apa yang dia belajar atau malas. Ada ilmu tanpa amal ibarat ada kenderaan tapi simpan kat rumah buat datuk pekong. Lama-lama kenderaan boleh rosak dan begitu juga hati manusia akan bertambah kesetanannya jika kebersihan rohani dibuat semborono sahaja. Etikanya sama seperti orang nak dirikan sembahyang, jaga ketertiban ibadah! faham makna bacaan dan tahu pada siapa yang di Sembah. Setakat cakap aje menyembah Allah! orang Kafir pun sembah Tuhan yang satu. Tapi kalau faham secara teorinya saja tak ada makna. Sebab itu Patuh pada Perintah Allah seluruhNya dan tuntutlah ilmu sehingga kamu faham makna jadi seorang Islam yang sejati, bukan Islam ikut-ikutan dari keturunan nenek moyang.
Seorang pendosa yang bertaubat itu lebih berilmu daripada seseorang individu yang baik sejak kecil tapi miskin sifat Insan. Dengan dosa kita sentiasa sedar diri dan jauh dari sifat Ujub, Riak dan Takabbur. Sentiasa muhasabah diri jadi yang terbaik dari semalam. Sentiasa merasa risau dengan amal ibadat yang tak seberapa, dan sentiasa mengingati kematian. Akhir zaman kejahatan semakin berleluasa dan datang dari orang yang faham Agama. Yang jahil bertambah jahil apabila melihat tingkah laku Agamawan yang pecah amanah sekaligus golongan miskin iman ini merasakan Agama sudah tidak relevan lagi. Tak rasa bersalah tinggalkan solat! yang penting baik. Itu saja modalnya nak tunjuk bodoh tahap Dewa. Fikir-fikirkanlah...

















































