Aku hanya seorang pendosa
Setiap kali aku posting kan berbagai pengalaman dan kongsikan pendapat untuk golongan tertentu bagi tujuan menjawab persoalan mereka, ternyata sebaliknya teguran itu kembali kepada aku semula. Sejak dulu lagi bila aku berkarya tentang kisah-kisah bertauladan atau keagamaan, bila aku baca semula alangkah terkejutnya cerita tersebut seolah-olah mengajar aku jadi lebih baik. Benar kata Ahli Fiqir, Allah lah Guru kita yang sebenarnya dalam usaha kita untuk dekat denganNya melakukan berbagai amal ibadat sunat yang walaupun tidak mampu sehebat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sekurang-kurangnya kita ada kehendak ke arah kebaikan.
Aku banyak berubah setelah tersilap langkah. Aku menyedari kesilapan diri setelah sering bertafakur merenung diri. Aku banyak menulis untuk meluahkan perasaan dan di dalam penceritaan ada watak lain yang kononnya menasihati aku. Dari sebuah kisah yang pada dasarnya ada penambahan jalan cerita yang tidak wujud, akhirnya watak itu penasihat bagiku. Dalam erti kata lain! watak akal berdialog dengan watak hati yang sudah tentu berbeza pendapat. Pada penghujung cerita, kisah itu menjadi tauladan bagi diri aku sendiri.
Niat nak tolong orang lain tapi akhirnya tolong diri sendiri memperbaiki apa yang lemah dalam tingkahlakuku. Alhamdulillah, tak sia-sia juga melakukan aktiviti penulisan yang bermanfaat. Membaca menajamkan ilmu, berfikir meluaskan pandangan Bathin. Terasa dengan pendapat orang lain dalam nasihat mereka, barangkali ada kaitan dengan dalaman diri yang tidak perasan selama ini. Kita kena carilah apa yang buat kita terasa! kalau tak ada, Alhamdulillah. Kadangkala manusia ni menyerang kita melalui pena untuk menyindir kerana tidak dapat menerima kenyataan atas nasihat yang diberi. Allah sentiasa bermurah hati memberi jalan berbagai cara kepada hamba-hambaNya yang terpilih untuk berubah kearah yang lebih baik dari masa ke semasa sepanjang hidup. Semakin tinggi ilmu yang kita kaji, kita akan bertemu dengan orang lain yang lebih hebat dari kita. Semakin banyak pengalaman maka kita dapati masih jauh kita ketinggalan dalam pembentukan diri yang sempurna. Yang paling penting sentiasa Mohon Pertolongan Allah dalam apa jua hajat. Sebelum menulis biasanya aku Mohon pada Allah agar di kurniakan ilmu yang bermanfaat buat aku dan orang lain. Nak jadi baik kena usaha hari-hari bukan sekadar berpuas hati yang kita dah tinggalkan kejahatan masa lalu. Fikir-fikirkanlah...


















