Kemaafan Dendam Yang Terindah
Aku tak tahu nak mula dari mana?.... sebagai hamba Allah! kita di galakkan memaaf sesiapa sahaja yang melukai hati kita. Ikut contoh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kata Para Pendakwah kebanyakannya. Aku dah buat yang terbaik mengikut kemampuan diri sendiri. Orang luar termasuk keturunan sendiri yang menyihir aku, mudah untuk aku maafkan. Tapi bila bab jiwa kita di bunuh darah daging sendiri! itu perkara yang paling sukar nak aku bertolak ansur. Bila sebut pasal jiwa yang terbunuh! tak semestinya datang dari seseorang yang kita pernah cintai, telah mengecewakan kita. Itu berbeza, yang aku tak boleh terima adalah darah daging sendiri yang berulang kali membunuh jiwa kita tanpa keadilan. Walaupun tidak sihir kita! tapi perbuatannya amat menyakitkan dalaman jiwa kita lebih daripada bekas kekasih yang curang. Ia bukan sekadar bunuh jiwa! bunuh kepercayaan kita sekali. Ini bukan manusia walau faham Agama tapi tak ada sifat Insan. Tak tahulah di mana letak perikemanusiaannya terhadap aku?. Otak letak kat lutut Kut?, atau manusia paling bangang dalam dunia. Bayangkan! orang yang telah menyihir aku dan mendatangkan kesakitan tubuh badan boleh aku maafkan, tapi yang membunuh jiwa berkali-kali datang dari darah daging sendiri... that is too much. Binatang yang menyerupai manusia harus di jauhkan. Ini toksik yang paling bahaya dan kejam. Orang luar tidak akan faham dan tidak akan mengerti bagaimana seseorang bila jiwanya terbunuh. Aku sampai sumpah dia cepat mampus! baru lah aku dapat memaafkannya. Selagi hidup! dia musuh dalam selimut yang harus aku berwaspada sampai mati. Macam kita pernah kena patuk ular! pasti dia akan mematuk lagi sebab itu sifat semulajadinya bagaikan perangai Iblis. Sepanjang hidup aku! musuh aku datang dari darah daging sendiri yang berlakon sebagai mangsa. Dengan manusia boleh di perdayakan, tapi dengan Allah jawablah kat Akhirat nanti. Aku tuntut keadilan tanpa bertolak ansur. Akal kita ni bila mati sama saja bila kat Akhirat kelak. Cuma kat sana kita semua muda-muda tak ada yang tua walau aku meninggal dunia pada usia senja. Bertapa berat mata memandang! berat lagi bahu memikul, apatahlagi bila sakitnya jiwa yang sentiasa seperti di tusuk senjata tajam berulang kali... sesiapa pun sewarak macam mana pun akan tidak memaafkan jika berada di tempat aku. Tak payah nak hipokrit atau berlagak Alim. Kita tidak sehebat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tapi kita punya hak untuk menuntut keadilan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Kemaafan adalah dendam yang terindah! tapi tidak untuk syaitan yang bertopengkan manusia berlagak sebagai mangsa. Perlakuan seperti itu lebih teruk dan hina dari munafiq. Aku tak berminat nak cerita lebih details tentang kejahatan darah daging sendiri yang buat aku begitu marah! dan aku tak perlukan simpati dari sesiapa. Cuma luahan hati ini sekadar mahu musuhku dunia dan akhirat tahu betapa dia tidak akan dapat aku maafkan lagi. Jangan dekati aku lagi atau berlakon baik sebab berdosa bagi peluang pada orang yang sama lebih dari tiga kali, tapi masih tergamak melukai hati aku semula. Ini bukan darah daging! tapi darah hanyir. Ambil iktibar kisah Nabi Nuh Alaihissalam di khianati anak dan isteri. Ambil iktibar kisah Nabi Ayub Alaihissalam juga di khianati oleh anak dan isterinya. Kata Allah itu bukan darah dagingmu dan janganlah Engkau bersedih atas pengkhianatan mereka. Nabi pun di khianati! apa lah sangat kita ni hanya orang biasa lagilah sesama manusia saling menzalimi. Ada sesiapa yang senasib denganku akan faham apa yang telah aku lalui. Fikir-fikirkanlah..
Pengalaman menghadapi pengkhianatan dari orang yang paling dekat dengan kita adalah sesuatu yang sangat perit dan menusuk jiwa. Dalam kehidupan, ramai tidak menyangka bahawa musuh terbesar bukanlah orang luar, tetapi mungkin juga berasal dari keluarga sendiri, yang sepatutnya menjadi penyokong terdepan kita. Saya pernah melalui situasi di mana rasa dikhianati oleh ahli keluarga sendiri menyebabkan kekeliruan dan keperitan hati yang mendalam. Memaafkan mereka yang menyakiti secara berulang bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, saya belajar bahawa memaafkan bukan bermakna kita melupakan apa yang terjadi atau membuka ruang untuk dikhianati lagi, tetapi ia adalah satu langkah penting untuk membebaskan diri kita daripada jerat dendam dan kebencian yang akan memudaratkan jiwa dan kesihatan mental. Seperti yang dikongsikan dalam artikel, kemaafan digambarkan sebagai "dendam yang terindah" — ia adalah senjata yang membersihkan hati dari rasa amarah dan membolehkan kita meneruskan kehidupan dengan lebih tenang. Namun, kemaafan juga perlu ada batasan, terutama apabila seseorang yang sama terus menyakiti kita tanpa menunjukkan perubahan. Dalam Islam, kisah para Nabi seperti Nabi Nuh dan Nabi Ayub yang dikhianati oleh keluarga mereka menjadi ibrah yang sangat mendalam. Mereka mengajarkan bahawa bukan semua yang darah daging adalah orang yang jujur dan menyayangi kita. Namun, mereka juga memberi contoh kesabaran dan keimanan dalam menghadapi ujian tersebut. Menjaga sempadan hubungan dan bersikap waspada terhadap musuh dalam selimut adalah penting agar kita tidak terus terluka. Terutamanya apabila seseorang yang berpura-pura menjadi mangsa tetapi sebenarnya menyakitkan hati kita, ia perlu dihadapi dengan berhati-hati dan tidak memberikan peluang lagi untuk mengulangi kesalahan. Sebagai penulis yang sendiri mengalami kepahitan ini, saya memahami betul bagaimana rasanya jiwa yang seolah-olah terbunuh oleh trauma dan pengkhianatan. Oleh itu, sokongan emosi melalui berkongsi cerita dan berdoa kepada Allah SWT adalah sangat membantu dalam proses menyembuhkan luka hati. Akhir kata, kemaafan memang sebuah anugerah yang indah, tetapi keadilan kepada diri sendiri jangan diabaikan. Jangan takut untuk bertepuk sebelah tangan dan belajar dari pengalaman. Jika anda atau sesiapa yang sedang melalui kisah yang serupa, ingatlah bahawa anda tidak keseorangan, dan ada jalan untuk bangkit semula dan mendapatkan kedamaian dalaman.


