Wak Karto

Waktu mula-mula ubat orang kampung, seikhlas hati minta bayaran. Tetapi sejak dah berpindah ke Ibukota, tiba-tiba letak bayaran mengikut berat sesuatu penyakit. Kami sama-sama belajar Shifa dengan Ustaz Komeng, tapi aku tak ada masa lagi nak teruskan perubatan tradisional kerana sibuk dengan perniagaan. Aku bertanya kepada Syukran, kenapa boleh jadi macam tu?. Dulu ubat orang simple Aje, sekarang siap bergaya macam lawan dengan makhluk ghaib. Apa sudah jadi?.

Syukran jawab dia dah bosan buat baik dengan Manusia. Kalau ya pun kita mintak ikhlas bayarannya, bagilah lebih sikit. Ini tidak! paling teruk bagi lima Ringgit, kedekut tahi hidung masin. Zaman sekarang semua dah mahal! tak kan lah standards upah orang berubat macam tu gaya. Dan terpaksa ubat pesakit dengan penuh gaya macam penat gitu! lagi susah kita menipu kononnya tengah lawan benda ghaib, lagi pemurah lah orang akan bagi upah. Terpaksa buat macam tu! saiko kan otak dia orang agar jangan kedekut nak bagi lebih. Katanya penuh bengang.

Pada akhirnya bagi aku gara-gara pesakit kedekut nak bagi lebih, kawan aku Shukran dah menipu gaya berubat. Ilmunya benar! cuma cara dia nak dapat duit lebih dari pesakit yang di rawatnya penuh lakonan. Dosa tetap dosa sebab tak bersyukur pada rezeki yang sedikit. Padahal Allah bagi Ilmu percuma tapi di perdagangkan untuk keuntungan peribadi. Niat dah ke laut, dah tak ada keikhlasan lagi dalam perubatan Shifa. Aku faham cara pemikiran Shukran, tapi perbuatan tidak menghalalkan cara.

Sifat manusia akhir zaman semua dah berubah tak macam zaman kanak-kanak aku dulu bila tengok Atuk aku ubatkan penduduk kampung cara Tradisional, semua bagi upah berbaloi dengan penyakit masing-masing. Tapi kalau yang datang tu memang orang susah, Atuk aku tak terima upah, bahkan di baginya pulak duit untuk meringankan beban pesakit tersebut.

Aku tak berminat nak ubat orang lagi sebab tiap-tiap kali sembuhkan pesakit yang kena gangguan Jin, keluarga aku jadi mangsa dendam. Sebab itu aku malas! bagi aku keluarga lagi penting keselamatan mereka. Dapat tak seberapa tapi sakit berpanjangan terpaksa keluarga aku hadap dari serangan Jin Kafir yang marahkan aku buat rawatan Shifa. Macam bertumbuk! kalau satu lawan satu barangkali aku masih boleh menang. Tapi kalau dah lebih dari tiga! sesiapa pun akan kalah kecuali handal macam Bruce Lee.

Moral dari kisah ini adalah, kadangkala manusia terpaksa berubah atas sebab-sebab tertentu. Tapi perbuatan itu salah di Sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Tapi apa boleh buat! Doktor tak mampu merawat pesakit yang ada gangguan halus, ubat tak boleh mencegah kerasukan Jin bertendang. Khidmat Shifa masih relevan tapi terpaksa cari Ustaz yang betul-betul ikhlas dan sabar dengan kerenah pesakit yang telah di rawatnya namun dapat upah tak setimpal dengan usahanya. Merawat pesakit yang kerasukan sangat sukar sebab benda ghaib ni pendendam dan akan menganggu ahli keluarga Perawat Shifa tersebut. Fikir-fikirkanlah.../Muar

4/17 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang pernah dekat dengan dunia perubatan tradisional dan Shifa, saya dapat memahami konflik emosi yang dialami oleh penulis cerita ini. Pada zaman dahulu, perubatan tradisional memang dijalankan dengan ikhlas tanpa mengutamakan keuntungan. Namun, apabila perubatan ini mula diperkenalkan dalam persekitaran bandar yang lebih moden, harapan dan tuntutan pesakit mulai berubah. Ini menyebabkan ada perawat yang terpaksa menyesuaikan dirinya, seperti yang diceritakan oleh Syukran, yang akhirnya beralih kepada gaya rawatan 'bergaya' dan penuh lakonan demi menarik lebih banyak bayaran. Fenomena ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik dalam dunia perubatan alternatif. Saya pernah bertemu dengan beberapa perawat yang mengakui mereka merasa kecewa apabila usahanya tidak dihargai dengan bayaran yang setimpal. Dalam keadaan kos hidup semakin meningkat, tuntutan bayaran yang rendah dari pesakit sangat mengecewakan. Justeru, ada perawat terpaksa menggunakan cara tertentu—walaupun kadang kala tampak berlebihan—untuk mendapatkan sumber pendapatan yang secukupnya. Tambahan pula, gangguan makhluk halus atau jin yang dirawat secara Shifa bukan sahaja memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi, malah risiko gangguan balik kepada keluarga perawat juga bukan perkara mudah untuk dihadapi. Saya pernah mendengar kisah di mana seorang perawat terpaksa menjaga keselamatan keluarganya setelah ramai yang datang menuntut rawatan namun tidak menghargai usaha dan keikhlasan perawat tersebut. Mengenai isu 'bomoh temberang', ia merujuk kepada mereka yang menjalankan rawatan palsu atau tidak jujur demi keuntungan semata-mata. Ini menjadi peringatan penting bahawa keikhlasan dalam perubatan Shifa amat diperlukan agar rawatan benar-benar membawa manfaat dan bukan hanya menjadi sandiwara untuk memperoleh wang. Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan Shifa, amat disarankan untuk memilih perawat yang berpengalaman dan ikhlas, serta bersedia menerima bayaran yang berpatutan sebagai penghargaan ke atas ilmu dan usaha mereka. Meskipun perubatan moden ada kelebihannya, rawatan tradisional tetap relevan terutama untuk gangguan halus yang tidak dapat dikesan dengan teknologi hospital. Akhir kata, kisah ini mengajar kita bahawa perubahan dunia dan sikap manusia tidak dapat dielak, namun nilai keikhlasan dalam perubatan tradisional harus dijaga agar warisan terapi ini tidak hilang ditelan zaman. Lokasi seperti Muar masih menjadi pusat aktiviti perubatan tradisional yang mewah dan penuh keikhlasan. Jadi, jika berminat, kunjungilah perawat yang betul-betul mampu membantu dan jujur dalam rawatan mereka.

2 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator