14 Tahun Telah Berlalu
Hari ni mood nak kongsi dan galakan Sahabat Maya walau di mana anda berasa, sesibuk apapun jangan terlupa mendoakan mereka yang telah tiada. Sebab orang yang telah meninggal dunia sentiasa ( setiap hari ) mengharapkan doa dari kita yang masih hidup. Tapi kebanyakan dari kita doa pun bermusim, buat tahlil upah Pak Ustaz! padahal Arwah Mak atau Ayah dahagakan doa dari anak-anak mereka. Aku sejak Arwah Mak meninggal dunia pada 2012, sebaik sahaja di kebumikan! terus aku mendoakan setiap hari dan bersedekah setiap minggu sehinggalah ke hari ini dah 14 Tahun berlalu. Kerana aku faham benar apa yang mereka hendak ( Para Arwah ). Kitapun bakal mati dan sebaik di masukkan ke dalam liang lahad, masa tu lah setiap detik menunggu doa dari orang yang kita harap-harapkan. Itu bagi yang ada anak dan saudara mara, tapi bagi mereka yang hidup sebatang kara macam aku... bergantung harap pada Allah. Sebab itulah aku rajin bersedekah kepada orang lain yang aku kenal atau pun tidak untuk bersedekah di tabung Masjid agar pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh buat mereka. Manalah tahu! kat Akhirat nanti kita yang tak ada sesiapa mendoakan, tiba-tiba semua mereka yang pernah aku doakan mohon pada Allah untuk ringankan seksaan aku. Aku hanya seorang pendosa yang tidak pernah lupa akan dosa-dosa ku yang lampau. Sebagai mana aku juga tak pernah lupa sesiapa yang pernah menganiayai hidup aku, cuma aku tak ingin mendoakan kehancuran mereka kecuali yang melampaui batas membunuh jiwa kita.
Dunia untuk Patuh Pada Perintah Allah dan Rasulnya, maka laksanakanlah segala PerintahNya keseluruhan dan bukan buat mana yang kalian suka. Buat ikut kemampuan diri tapi konsisten dalam melakukan amalan Sunat. Tak perlu jadi Alim, dah cukup baik tak tinggal Solat 5 Waktu amat bersyukur. Sebab semua yang kita dapat buat pun atas izin Allah jua, Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa. Fikir-fikirkanlah...















































