Belakang Tabir
Kerja yang paling penat dalam Bidang Seni adalah belakang tabir sebagai krew Produksi Filem atau Drama. Mereka bangun lebih awal dan tidur lewat malam dan kadangkala 2 atau 3 jam dapat lelapkan mata. Yang untung Pengarah dan Pelakon dapat istirehat yang cukup. Krew belakang tabir yang banyak berkorban untuk kejayaan seseorang Pelakon, tapi pada akhirnya jasa mereka terlupakan. Sepatutnya Krew harus dapat bayaran yang tinggi atas komitmen mereka menjalankan tanggungjawab dengan disiplin yang tinggi untuk memastikan kelancaran sesebuah pengambaran. Mereka sepatutnya dapat penghargaan walau tidak di minta berbuat demikan. Mereka yang menjadikan seseorang pelakon terkenal, dan jangan ingat bakat sahaja mencukupi kalau tidak kerana Krew-krew belakang tabir. Jadi Krew tak ada masa depan, tak potongan EPF, tak ada simpanan dan akhirnya kebanyakan dari mereka hanya bangga sebagai pekerja krew tapi hidup merempat di kemudian hari. Tapi ada juga yang ambil langkah bijak dengan mencuba berbagai bidang seni untuk mengenal pasti kebolehan diri. Ada pelakon berasal dari krew, konti, makeup artist dan sebagainya. Tapi Artis yang bermula dari bawah biasanya tidak sombong walau nama sudah gah di persada Seni. Pelakon kayu yang berjaya kerana ada rupa itu bernasib baik, tapi tetap rendah di mata mereka yang ada sijil Teater, Bangsawan dan anak didik Pelakon hebat. Cuma Industri kita kecil di Malaysia, jadi nak berjaya hingga keluar Negara memang payah. Tak payah cakap nak ke Hollywood! nak dapatkan peluang kat Indonesia pun kalau tak ada kabel, kelautlah bakat. Orang Indonesia terlalu ramai yang berbakat hebat mengatasi Negara kita. Moral dari kisah ini yang nak aku sampaikan adalah kita terlalu mengejar impian dengan usaha yang kuat tapi tak semua berakhir dengan kejayaan. Kena terima kenyataan bukan semua angan-angan menjadi realiti. Yang penting semua kenangan telah berlalu menjadi memori indah. Aku bersyukur setiap kali gagal atau di gagalkan dalam mengejar cita-cita jadi Anak Seni yang berjaya, aku bekerja sementara semangatku pulih. Kemudian cuba lagi dan jika banyak halangan, berhenti sementara dengan bekerja untuk kelangsungan hidup. Namun dalam kita kembali untuk menggapai Cita-cita perlu ukur kemampuan diri dan jangan lebih dari tiga kali percubaan. Sebab faktor usia dan sudah tiba masanya fikir akhirat. Sebanyak mana pun bakat dan pengalaman yang kamu ada, tidak ada harga di mata orang lain. Fikir-fikirkanlah...
















Semasa bekerja sebagai Handyman belakang tabir untuk sebuah Telemovie. Kenangan bersama Dato' Mustafa Kamal dan Allahyarhamah Linda Helmi @ Norlida Ahmad di Melaka tahun 1993.