Apa orang kata tentang aku?
Selama hidup sudah masuk 57 Tahun, dan telah berhijrah Seluruh Semenanjung Malaysia! sudah tentu perwatakan aku di setiap negeri berbeza. Bukan itu sahaja, wajah aku juga berubah sama ada bermisai sahaja, simpan janggut tanpa misai atau kedua-duanya sekali. Orang yang mengenal aku juga kadang-kadang keliru! inikah orang yang pernah aku kenal masa kat KL?. Betul ke ini Man Sheikh?, apasal nama lain pulak kat JB ni. Aku ada banyak gelaran mengikut tempat kerja dan kawasan tempat tinggal. Nama sebenar aku Yusof! tapi masa jadi pelakon nama glamor Man Sheikh. Kalau kat skrip karya aku nama yang aku gunakan Yusof Arabi. Lirik Lagu Ciptaan aku letak nama Jeffrey sempena nama dari Album aku yang gagal di realisasikan. Masa jadi penyanyi pub Jeff Ringo dan ketika tinggal di kawasan Orang Indonesia nama aku Abuya Aiman. Bila dah bekerja di Cafe di gelar Yusof Santorian. Kini nama baru aku Yusof MungeKitchen sempena nama glamor dari Warung Dalam Taman Muar Johor. Pendek kata nama gelaran aku banyak sangat sampai tak ingat semuanya. Masa jadi penulis belakang tabir untuk sejarah Melaka, nama aku Yusof S. Ariffin. Boleh di katakan kebanyakan separuh dari keturunan aku banyak nama gelaran masing-masing. Mungkin aku terikut-ikut tradisi nenek moyang aku yang tak gemar nama sebenar di kenali bagi mengelakkan rasa ujub, riak dan takabbur agaknya. Maklumlah! belah Arwah Mak bagi keturunan nenek datang salasilah dari Shariff Hidayatullah yang Makamnya ada di Cirebon Indonesia. Manakala belah Atok Mak aku keturunan Arab dimana Makamnya ada di Pulau Besar Melaka iaitu Syeikh Ismail Syeikh Ibnu Jabbar. Ini bukan satu kebanggaan bagi aku, tapi satu bebanan dan tanggungjawab yang berat untuk menanggung nama baik keturunan yang kebanyakannya terdiri dari Ulama dulu-dulu. Tapi anak cucu macam aku ni jauh dari taraf kealiman, tapi sekurang-kurangnya aku adalah aku dan sentiasa belajar Agama selagi hayat dikandung badan. Barangkali datang dari keturunan yang baik-baik maka aku gemar menimba ilmu dari berbagai Fahaman dan bergaul dengan berbagai kumpulan Dakwah serata Malaysia. Dalam berkarya pun aku terapkan unsur-unsur keagamaan dan tauladan agar tidak terjatuh dalam mencintai duniawi. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan hala tuju hidupku. Dan malangnya sebagus mana aku berusaha untuk berjaya dalam bidang seni, sering mengalami kegagalan. Namun aku tetap bersyukur dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah Azzawajalla Pemilik Jiwa ini. Apa yang hendak aku sampaikan adalah, masa muda aku baik sangat. Bila meningkat dewasa aku terlalu tegas! dan kini bila dah tua... aku kawal segala kelemahan aku dengan menundukkan nafsu. Alhamdulillah, aku berjaya kawal panas baran, aku melepasi zaman depresi dan kini aku neutral. Yang aku tahu sejak lepas PKP, aku hanya ingat mati sehinggalah ke hari ini. Dan sentiasa berwaspada agar tidak terjerumus kembali melebihkan duniawi. Sentiasa berusaha perbaiki akhlak dan amal ibadat hanya untuk Allah semata-mata. Sebab itu semua posting ku di Lemon8 kebanyakan kisah-kisah benar bertauladan. Sesekali sahaja buat lawak bodoh dan tunjukkan bakat bekas Anak Seni yang masih rindukan kejayaan yang kecundang. Tak menyesal cuma Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku sebagai hamba-Nya. Terima Kasih Allah....
































