IKUT RASA BINASA! IKUT HATI MATI.
Pepatah tajuk atas tu bagus untuk di bincangkan. Walaupun aku dah berusia dan banyak pengalaman, tapi ada masanya Ego perlu ada untuk selamatkan keadaan. Ego ada dua jenis! tapi kebanyakan Ego menghancurkan hidup manusia. Aku sejak dulu Ego memang tebal, sampai diri tak dapat nak bezakan yang mana baik dan buruk Ego yang aku pertahankan. Alhamdulillah, sekarang aku dah faham selama ini Ego yang orang tuduh aku tak baik! pada akhirnya banyak menyelamatkan aku. Bukan semua perkara kita kena mengalah! ada perkara yang baik bagi aku akan di pertahankan. Contoh! aku tak mudah nak ikut telunjuk Tok Guru untuk amalkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Aku tak mudah untuk ikut adat budaya Nenek Moyang yang jauh dari landasan Agama seperti ambil berkat Makam Para Wali walau datang dari keturunan sendiri. Aku akan membantah arahan ketua kalau jalannya bengkok dari landasan yang lurus. Pendek kata semua perkara yang terkait dengan Pegangan Agama akan aku pertahankan keegoan aku daripada mengikuti jalan mereka yang istilahnya " YANG PENTING BAIK ", walhal mempertahankan bidaah dan kuasa kehendak masing-masing.
Aku posting cakap benda yang benar! tapi menyakitkan hati kebanyakan pembaca yang terasa. Dan apabila Posting mereka seolah-olah menyindir aku kembali, aku analisa terlebih dahulu sebelum menolak mentah-mentah tulisan mereka. Apakah sebabnya aku terasa dengan posting mereka?... mereka menulis secara rambang atau di tujukan pada seseorang. Kita boleh faham dan dapat meneka dengan tepat apabila Posting mereka banyak terkait dengan tulisanku. Aku boleh anggap sebagai kebetulan atau abaikan sahaja penilaian mereka terhadapku. Tapi adakalanya kena pulang paku buah keras agar mereka sedar bahawa tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Kalau aku balas segera tohmahan mereka, sudah tentu bercampur dengan emosi. Aku lebih suka pendamkan dahulu perasaan geram dan setelah sejuk baru menulis dengan akal yang waras tanpa di dorong nafsu amarah. Itu normal sebab kita masih manusia biasa yang perlu pertahanan diri. Kalau nak suruh kita akui kesilapan diri itu mudah! apakah mereka bersedia mengakui kesalahan diri sendiri juga?. Aku kalau nak di suruh minta maaf atas teguran yang membina tapi di anggap satu kesalahan utama, bersedialah untuk aku tidak akan pedulikan mereka lagi pada masa yang mendatang. Dalam erti kata lain! tak ambil port lagi pasal mereka dan aku menjauhkan diri. Itulah Ego yang baik di untuk di pertahankan agar jauh dari toksik. Semua orang boleh merasakan diri mereka betul! semua orang boleh perasaan yang jalan mereka benar, termasuk aku yang mungkin sentiasa rasa betul sepanjang masa. Itu sebab pentingnya bertafakur merenung diri sendiri agar setiap perlakuan kita sehari-harian di pantau diri sendiri agar tidak terlajak jauh dari kebenaran. Fikir-fikirkanlah...
Nota: Dengan Ego aku terus berbaik-baik dengan orang yang menyihir aku tanpa memalukannya atau membongkar kejahatannya. Bahkan aku tidak sesekali akan membalas perbuatannya atau mendoakannya tidak baik. Apakah itu Ego yang buruk bagi pendapat kalian?.
Dengan Ego aku akan membantah walau hanya beberapa kesalahan dari orang yang merasakan jalan mereka benar seluruhnya, namun apabila mereka tidak mahu menerima teguran! maka aku lebih rela bergaul dengan ahli bidaah yang jahil kerana mereka tidak tahu perbuatan itu salah di sisi Allah. Apakah Ego yang aku pertahankan itu salah jugak?.
Biarlah Allah yang Menentukan - Bekas Penulis










































