SABAR
Sabar Separuh Dari Iman, tapi kalau tak solat bagaimana nak tahan kesabaran tu?. Hanya dengan solat dan zikrullah mampu menahan diri dari sifat marah yang berpanjangan. Tipu kalau tak marah! sebab kita manusia akan sentiasa melakukan kesilapan tatkala lupa diri. Aku tak pernah takut dengan manusia! yang aku takut diri aku sendiri kalau lupa diri boleh mengakibatkan buruk padahnya. Sebab itu penting kita kenal diri sebab hanya dengan cara itu kita mampu mengawal emosi. Hanya dengan kenal diri kita tahu baik dan jahat diri sendiri, dan sudah tentu kita cuba mengelak dari kejahatan. Jahat ni tak semestinya melakukan dosa keatas orang lain macam mencuri, menipu dan sebagainya. Jahat yang aku maksudkan adalah apabila ada orang luar nak cabar kita dan cuba menyakiti hati kita. Orang luar harus belajar bahawa setiap manusia ada sisi gelapnya walau telah berusia dan berubah kearah kebaikan. Aku bersungguh-sungguh hendak berubah setelah banyak aku ketahui kejahatanku, dan mujurlah kebanyakannya berjaya aku elakkan sehingga memakan diri sendiri. Sabar itu besar pengorbanan sebab seseorang yang pilih sabar akan jatuh sakit kadangkala akibat menahan kemarahan. Itu yang dikatakan makan diri..., jadi jangan main-main dengan orang yang penyabar. Nak tahu sikap orang penyabar tapi berbahaya adalah ketika ada orang luar buat provokasi keatasnya dan dia hanya tersenyum sambil merenung orang tersebut. Hanya ketika waras dalam keadaan zikrullah maka aku mampu menahan sabar. Tapi janganlah cuba-cuba sentuh tubuh badanku yang sedang sabar, alamatnya setengah mati aku belasah dan sanggup masuk penjara kerana itu. Kadang-kadang manusia ni dia ingat dirinya seorang saja yang panas baran, sehingga lupa ada orang yang lebih ganas dari dia! cuma dia dah malas nak tunjuk taring. Melepaskan kemarahan dengan melayan panas baran tidak menguntungkan diri, bahkan bagi aku yang pernah terjebak sikap buruk ini akan merasa sedih berminggu-minggu kerana belasah orang yang kurang ajar terhadap aku. Biasanya aku akan berdamai dengannya walaupun dia yang mulakan dulu. Itulah akhlak orang Islam, tapi sebaliknya kebanyakan dari mereka yang dah kena bantai tetap berdendam hingga sanggup menyihir kita. Memang pondan manusia macam ni, lebih baik buang belalai tu. Akhir kata, lebih baik kawal kemarahan itu dengan memperbanyakkan berdoa kepada Allah agar dengan bantuanNya kita mampu melepasi sikap amarah persis Iblis. Fikir-fikirkanlah...




















Masa kerja sebagai Pegawai Ronda, ramai yang ajak aku bertumbuk tapi aku abaikan sebab masa tu aku dah mampu menahan amarah. Alhamdulillah 🤲🥰