Pulau Sembang

Tiga Puluh Tahun yang lalu, aku pernah tinggal seorang diri di Pulau Sembang Mersing Johor atas urusan jaga Penyu Bertelur anjuran Taman Laut agar species ini tidak pupus. Pulau Sembang tidak besar, kalau jalan keliling persisiran pantai rasanya lebih kurang sejam lebih sikit. Tiada penghuni kerana penuh dengan batu batan dan sedikit pokok kelapa. Di sinilah aku nampak Piring Terbang pada waktu malam melintas atas pondok tempat aku berlindung dari hujan dan panas. Tapi ada satu perkara yang nak aku kongsikan termasuk ke Alam Ghaib. Di situ penuh dengan rumah papan kecil persis seperti tempat Pesantren. Aku bertemu dengan Makhluk Jin yang memang aku kenal bentuk rupa mereka sebelum ini melalui pengalaman semasa di Bandar. Mereka tidak terkejut kehadiranku bahkan seperti mengabaikan kewujudan aku. Semua berpakaian Jubah dan Berserban, manakala Wanita semua menutup aurat dengan sempurna. Mereka sedikit berbeza dengan manusia dari segi Telinga, Biji mata hitam dan fizikal. Tapi mereka kelihatan aura kealiman kerana ketakwaan mereka terhadap Allah. Aku di tegur seorang anak kecil yang berusia tiga ratus tahun, lebih kurang umur sebaya budak dari kalangan manusia dalam lingkungan Tujuh Tahun.

Manusia! kau buat apa kat sini? tanya anak Jin tu pada aku. Bahasa Jin memang macam tu, sebab mereka jenis kasar. Tak ada istilah kurang ajar atau tak beradab kepada manusia. Aku pun jawab; Saya tersesat jalan! boleh tunjukkan jalan keluar tak?. Anak Jin mengangguk faham dan memimpin tangan aku untuk tunjukkan jalan keluar selapis Alam. Dalam perjalanan aku mengambil kesempatan bertanya berbagai soalan tentang kewujudan Pesantren tersebut. Kata Anak Jin yang namanya Mikael, bahawa tempat tersebut merupakan Pondok Menimba Ilmu Kesufian. Penuntut berasal dari berbagai Negeri yang hanya selapis Alam dari Dunia kita. Di situ kata Mikael, mereka di didik agar tidak memusuhi Anak Adam Alaihissalam. Harus menerima ketentuan Allah yang keluarkan Bangsa mereka dari Dunia yang pada asalnya tempat tinggal mereka setelah Adam Alaihissalam di turunkan ke Bumi dari Syurga. Mereka juga di ajar untuk melindungi manusia yang termasuk ke Alam mereka dan di hantar pulang dengan menghilangkan ingatan manusia tentang Alam Ghaib. Hanya manusia yang ikhlas tidak mampu mereka padam segala ingatan ketika berada di Alam mereka, sebab manusia itu ikhlas hatinya. Aku perasan macam jauh pulak jalan nak tembus ke dunia semula, padahal masa tersesat tadi sekejap saja termasuk ke Alam mereka. Tapi tak mengapalah! sebab seronok berbual dengan Mikael yang bijak berbual dan tinggi ilmu pengetahuannya. Mikael sempat menasihati aku agar jangan terpedaya dengan Bangsa Mereka walaupun Seagama. Sebab sifat Bangsa Jin persis seperti Bangsa Manusia juga, ada yang baik tapi kebanyakannya Munafiq. Jangan minta pertolongan Bangsa Jin Islam, sebab takut syirik pada Allah tanpa di sengaja kan katanya. Alasan Mikael berdasarkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melarang Umatnya Bangsa Manusia berdamping dengan Jin atas apa urusan pun. Kecuali Nabi Sulaiman Alaihissalam yang mampu mengawal seluruh Bangsa Jin.

Dah sampai!... ikut jalan tu akan tembus kat Pondok tempat kamu beristirehat. Aku bersalaman dengan Mikael dan entah mengapa hati aku tiba-tiba sebak nak berpisah dengannya, macam seolah-olah dah lama kenal. Mikael memandang aku berlalu pergi sambil melambaikan tangan. Kemudian tiba-tiba berkabus tebal dan aku telah kembali ke dunia nyata. Aku tak singgah di pondok untuk istirehat tapi menuju ke gigi pantai dan duduk bersila sambil memandang Keindahan Alam Semulajadi ciptaan Allah. Aku tak dapat menahan sebak berpisah dengan Mikael, entah apa keistimewaan Anak Jin tersebut aku sendiri pun tak tahu. Sedih sangat berpisah dengannya, cerdik dan berseri wajahnya kerana air wuduk. Perlahan-lahan airmata aku mengalir di pipi dan aku biarkan saja. Aku melihat bulan penuh mengambang, cantik putih bersih. Awan berkepul-kepul keputihan di langit yang sedikit cerah warna kebiruan. Satu bintang di langit pun tak ada ketika itu, puas aku cari tapi tak ada. Pandangan ku tertarik pada satu cahaya jauh di hujung daratan Mersing, aku rasa itu Pekan Mersing tempat kapal berlabuh . Tiba-tiba nampak Penyu mendarat untuk bertelur, aku perhatikan dari jauh. Setelah bertelur, Penyu meninggalkan tempat tersebut masuk ke dalam air laut. Tugas aku mengutip telur-telur Penyu yang berjumlah banyak untuk di bawa pulang ke daratan untuk di pastikan menetas bila tiba waktunya. Taman Laut dengan bantuan Perikanan sentiasa prihatin untuk menjaga keindahan Alam Semulajadi termasuk haiwan sebagai Perlindungan Negara. Kita tidak mahu pupus apa sahaja yang ada di laut Mersing seperti Ikan Lumba-lumba, Tukul Tu dan lain-lain lagi. Tugas aku dah selesai dan esok akan di ganti sukarelawan lain pula. Dan biasanya bukan semua orang berkesempatan seperti aku untuk bertemu Bangsa Jin di Pulau Sembang./Pulau Penyembang

4/27 Diedit kepada

... Baca lagiPulau Sembang memang sebuah tempat yang unik dan penuh dengan pengalaman mistik serta keindahan alam semula jadi. Mengingat kembali pengalaman menjaga penyu bertelur selama bertugas di pulau itu, saya rasa sangat bertuah dapat menyaksikan siklus alam secara dekat serta turut berperanan dalam kelestariannya. Turut menjadi pengalaman luar biasa adalah pertemuan dengan Bangsa Jin yang tinggal dalam alam lain, satu sisi dunia yang jarang sekali kita ketahui. Dari cerita, pohon kelapa dan batu-batu besar memenuhi pulau tanpa penduduk tetap, menjadikan suasana sunyi dan penuh misteri. Pertemuan dengan makhluk halus atau Jin yang mengenakan jubah dan berserban, berinteraksi dalam bahasa kasar tapi penuh makna, membuka perspektif saya tentang dunia lain yang melampaui penglihatan manusia biasa. Tempat seperti pondok kecil ala pesantren di alam Jin membuktikan bahwa mereka pun menuntut ilmu dan menjaga ketakwaan kepada Allah, menambah kepercayaan saya tentang adanya alam ghaib yang bersifat positif dan bermoral. Nasihat yang diterima mengenai hubungan antara manusia dan bangsa Jin memberikan satu peringatan penting tentang menjaga diri dari syirik dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan makhluk ghaib. Hal ini selari dengan ajaran Islam bahawa umat manusia harus tetap berpegang teguh kepada Allah dalam setiap urusan. Selain sisi mistik, keindahan alam semula jadi Pulau Sembang tidak kurang menarik perhatian. Melihat penyu mendarat bertelur secara langsung mengingatkan kita akan betapa pentingnya usaha menjaga habitat liar agar diwariskan kepada generasi mendatang. Tugas mengumpul telur penyu adalah satu amanah yang berat, namun memberi kepuasan kerana dapat berkontribusi dalam pelestarian spesies yang terancam ini bersama Taman Laut dan Perikanan Malaysia. Pengalaman ini bukan sahaja menguatkan keimanan dan pemahaman spiritual saya, tetapi juga memberikan saya rasa hormat yang mendalam terhadap alam dan makhluk sekeliling. Jika berkesempatan kembali ke Pulau Sembang, saya pasti ingin mendalami lagi cerita-cerita dari alam ghaib dan terus serta merta melindungi keindahan serta keunikan pulau tersebut.

4 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

BILA KAU STUCK DGN BOSS YANG KAU BENCI KAT PULAU!
Kalau aku tinggalkan aje dia sorang2. Korang plak? #sendhelp #dylanobrien #rachelmcadams #moviereview #sembangentertainment
Zamriz

Zamriz

68 suka

Kolaj empat gambar menunjukkan burung enggang, pantai dengan bot, aktiviti snorkeling, dan dua minuman koktel, mempromosikan panduan perjalanan Pulau Pangkor 3D2N.
Kolaj empat gambar memaparkan penginapan Vagary Pangkor, termasuk bangunan chalet putih, bilik tidur, dan pemandangan pantai dengan bot.
Kolaj empat gambar menunjukkan suasana di育捷茶室 (Yujie Teahouse) dengan seorang pekerja, semangkuk mi kari makanan laut, tiga cawan kopi, dan papan tanda menu makanan laut.
🇲🇾🏝️Pangkor Island 3D2N guide ✨
#traveling #traveltips #travelguides #pangkorisland #localtravel
Johor Kaki

Johor Kaki

62 suka

semoga pemerintah sgr berbenah..byk kayu gelondongan dr hutan mana ini,rawan bgt kena bencana dan pembangunan pelabuhan yg sdh lama tdk ada renovasi plus safety kapal penyeberangan yg minim #jatim #wisata
mbak sholik&Rafif

mbak sholik&Rafif

2 suka

Budal to #Geserisland from Restu INN Bula SBT#trip
FirstPost Hi! Aku baru di Lemon8! Hal yang aku sukai jalan-jalan, bernyanyi, bola kaki Aku ingin posting jalan-jalan, minat dan bakat Ketahui aku lebih lanjut #FirstPostOnLemon8 Penginapan Restu - Bula - Seram Bagian Timur #NyataDanBermanfaat #TipsLemon8 #travelling #islandtrip
mas2 ambonzzz nganggur🥱

mas2 ambonzzz nganggur🥱

2 suka

Come abd Feel the Leisurely Soka Maka
Something I love... What I plan to share...
SokaMaka

SokaMaka

1 suka

Seorang wanita berhijab dalam pakaian renang hitam dan sarung merah jambu berdiri di dalam air laut biru jernih di Maldives, dengan langit biru dan awan putih.
Seorang penyelam skuba membuat tanda keamanan di bawah air, dikelilingi oleh ikan dan beberapa jerung, menunjukkan aktiviti snorkeling di Maldives.
Seorang wanita berhijab berdiri di dalam air laut yang jernih, dikelilingi oleh beberapa ikan pari, menunjukkan interaksi dengan hidupan laut di Maldives.
DIY 5D4N MALDIVES
Total g Maldives Diy 5H4M, Rm2215 tmasuk flight .. Stay kt Maafushi Island, local sini baik gila ya.. dalam banyak2 negara pernah pergi, Maldivian yang plg baik dan peramah.. 1- Tiket flight boleh beli di http://trip.com 2-Book hotel, sy book di booking, dan hotel saya santorini Maafushi Island
Hye i’m Mimie

Hye i’m Mimie

62 suka

Gambar kolaj menunjukkan lelaki di sauna, peralatan gim, barang-barang yang dirampas seperti kondom dan pelincir, serta tangkapan skrin Google Maps untuk 'Otot'. Teks utama menyatakan 'Sarang Gay! 203 Lelaki Ditangkap 17 Penjawat Awam'.
Tangkapan skrin penyenaraian Google Maps untuk 'OTOT² (O²)', sebuah pusat gim & kecergasan di Kuala Lumpur, menunjukkan rating, status tutup, dan pilihan navigasi.
Tangkapan skrin ulasan Google oleh 'Name After U' yang memberi 4 bintang, menggesa penghormatan terhadap penolakan dan menyatakan pengunjung terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Sauna Gay KL Diserbu! Rupanya Bukan Rahsia!
UPDATE TERKINI! 👉🏻 BACA DISINI Kalau baca dari Google Review, tempat ni ada gym, sauna, cafeteria & tempat mandi. Tempat ni bukan spa ye! Rupanya tempat ni sebagai sarang gay memang bukan rahsia...dah ramai yg review...sampai tourist pun tahu pasal tempat ini. Daripada 201 yang ditahan,
Ying

Ying

370 suka

Pakej Daytrip Ke Pulau Redang
whtspp 0199478151 untuk lebih details 😊😊
Iffah Sauti

Iffah Sauti

0 suka

Seorang wanita berhijab hitam dengan bendera Malaysia dan koleksi bendera negeri. Teks bertulis 'LOGHAT SETIAP NEGERI?' di atasnya, mengajak pengguna berkongsi loghat mereka.
Bendera Selangor dan Kelantan dipaparkan bersama contoh loghat masing-masing. Loghat Selangor/KL universal, manakala loghat Kelantan laju dan lembut tetapi kadang sukar difahami.
Bendera Sabah dan Negeri Sembilan dipaparkan dengan contoh loghat. Loghat Sabah sering diakhiri dengan 'bah', manakala loghat Negeri Sembilan istimewa dengan pengaruh Minang.
LOGHAT NEGERI KORANG YG MANA??? 😍😍😍
Hi Lemoners! ❤️ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN & HARI KEBANGSAAN 😍 Hari ini kita bukan sahaja meraikan tarikh keramat 31 Ogos, tetapi juga menghargai pengorbanan pejuang-pejuang bangsa yang berjuang tanpa kenal penat demi sebuah kebebasan Kemerdekaan bukan hanya bebas dari penjajahan, tetapi
Mochin🌸

Mochin🌸

278 suka

Gambar tangkap layar Instagram beautifulnaradotcom memaparkan Fouziah Gous dan suami, dengan tajuk berita kontroversi mengenai kenyataan Fouziah tentang tudung, serta jumlah sukaan dan komen.
Gambar tangkap layar komen Instagram, menunjukkan Fouziah Gous menafikan kenyataan tersebut, diikuti komen netizen yang mempersoalkan Beautifulnara dan niat di sebalik pemakaian tudung.
Gambar tangkap layar komen Instagram, memaparkan netizen menasihati agar tidak mudah percaya tajuk berita, mengkritik tajuk yang mengundang fitnah, dan meminta penjelasan daripada Fouziah Gous.
Kan dah kena buku dengan ruas 😜
Hello Lemonades 😃 Tersenyum kita baca page ni tetiba kena smash ngn komen selebriti headline tu sendiri, Fouziah Gous 🫢 Netizen pun yang pakat komen Fouziah Gous kan.. terpedaya jugak ke ngn headline tu? Siap ceramah g. Jangan lah kita percaya dan terus tuduh melulu, ok? Nasib baik Fouziah
BABYRIN7🌷

BABYRIN7🌷

395 suka

Lihat lagi