Bersyukur Dengan Apa Adanya
Sentiasa bersyukur dalam suka dan duka. Tatkala kita di timpa musibah, masa itulah hati dan fikiran kita tidak menentu. Maka tabahkan hati dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa ada saat kita memerlukan. Sebenarnya kita yang aniaya diri sendiri sebab sibuk mengejar dunia. Rasa Syukur tu kurang, kita lebih menghargai sesama manusia melebihi Tuhan. Pantang orang buat baik sikit, terus dikenang dan di jaja kebaikan orang tersebut. Padahal pertolongan manusia itu hanya asbab! yang Maha Pemberi Rezeki dan Penolong sebenar-benarnya tidak sengaja di abaikan. Apa jua pertolongan sesama manusia, pertama sekali ucap syukur pada Allah terlebih dahulu. Bukan sebutan pada lidah semata-mata tapi rasa melalui hati. Dulu pun aku tidaklah sempurna, tapi aku belajar dari kesilapan. Dengan kifarah! aku belajar untuk mensyukuri Nikmat Allah. Sentiasa ajar diri peka keadaan sekeliling setiap hari setiap masa yang kita mampu. Bila teringat, zikir!...tak kiralah nak zikir apapun. Tapi biasanya tatkala kita ingat Allah, secara spontan zikir akan di sebut secara zahir atau dalam hati dengan berbagai zikrullah. Ini bukan boleh di buat-buat, jika kita sentiasa amalkan zikrullah, ia akan sentiasa aktif walaupun ketika dalam tidur. Aku sentiasa perasaan, setiap kali nak membalikan badan di atas katil, yang aku sedar secara spontan zikir yang sering aku sebut seperti, Allahumma Sallialla'Muhammad, Ya Rahman Ya Rahim, Ya Hayu Ya Qayyum, Astagfirullahaladzim, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar dan Allah Allah Allah. Setiap kali bangun tengah malam pun macam tu, zikir yang di lafazkan sentiasa berubah-ubah. Padahal ia terjadi secara semulajadi, apa pun aku bersyukur pada Allah atas Nikmat ini. Semua kena usaha baru menjadi, kalau setakat terpaksa buat! ianya tidak akan menjadi. Naik kenderaan pun macam tu, setiap hari aku didik diri ini sentiasa bersyukur pada Allah kerana bagi pinjam motorsikal tersebut. Walaupun pada hakikatnya, kita beli dengan duit sendiri... tetapi rezeki tetap milik Allah yang Maha Pemberi. Kita hanya meminjam milik Allah, jangan nak berlagak! sebab mati pun semua kita tinggalkan. Nak lebih details lagi, bahkan udara yang kita sedut pun milik Allah. Nyawa, jasad, pakaian dan segala-galanya hanya pinjaman bagi yang faham ilmu Tauhid. Tapi tak bermakna aku dah termasuk orang Alim, sebab orang yang Berjubah dan Berserban sehari-harian pun belum tentu sentiasa ingatkan Allah. Fikir-fikirkanlah...








































