Tak solat tanda sombong dengan Allah
Dulu aku dan Faizan sama-sama nakal! tak solat, sibuk dengan dunia glamor dan berpoya-poya. Sampai satu masa kami bosan dengan Dunia Seni yang banyak hipokrit, payment selalu kena scam dan adakalanya bosan di perhatikan peminat tegar. Aku berubah sebab Rindukan Allah, dah lama tinggalkan Ibadah sebab kejar cita-cita. Sebelum tu aku baik sangat, sentiasa dengan Jemaah dalam kumpulan Dakwah. Manakala Faizan mewarisi dari keluarga yang tidak solat, maka tidak boleh di salahkannya kerana cinta duniawi. Aku kembali ke pangkal jalan dan bersendirian memperbaiki amal ibadat sebab ada kefahaman dan pernah mendalami Ilmu Agama. Sedangkan Faizan amat jahil dan memilih untuk mendampingi sebuah Kumpulan Dakwah yang amat popular di Tanah Air. Pada awalnya Faizan amat taksub dengan Kumpulan Dakwah ini dan mulai menghina sesama rakan Artis yang di tuduh sibuk dengan keduniaan. Ketaksuban Faizan akhirnya memakan diri apabila semakin lama semakin nampak kemunafikan dalam kumpulan Dakwah tersebut. Dan ini amat mengecewakan hatinya apabila orang yang di sangka baik ternyata Penunggang Agama. Faizan mengalami gangguan fikiran dan jiwanya semakin kacau. Ternyata pandangannya yang memuliakan orang yang Alim dalam Kumpulan Dakwah tersebut amat membingungkan pemikirannya. Faizan keluar dari Kumpulan Dakwah dan menyerang mereka habis-habisan melalui Media Sosial. Tapi perbuatan Faizan mendapat tentangan dari kedua-dua belah pihak iaitu melalui Rakan Artis yang pernah di cemuhnya dan serangan peribadi dari Kumpulan Dakwah itu. Akibatnya Faizan mula tinggalkan solat sebab baginya semua Ahli Ibadah adalah Syaitan yang bertopengkan manusia. Semua di makinya tak kira Rakan Artis mahupun bekas Kumpulan Dakwah yang pernah disertainya. Dendam Faizan terhadap bekas Kumpulan Dakwah tersebut tidak pernah padam, sering memuat naik siaran langsung melalui Facebook atau Tik Tok untuk mengutuk sesiapa sahaja terutama bekas Kumpulan Dakwah yang kini amat di bencinya. Namun Faizan tidak pernah menang sebab dia berseorangan, sedangkan orang yang dia serang ramai dan berkumpulan. Selama bertahun-tahun lamanya membuat tazkirah secara live tapi tidak solat! ini sesuatu yang tidak baik buatnya. Apapun alasannya tentang penyaksian mata terhadap Golongan Pendakwah yang Munafik, beliau tidak boleh menghukum seluruh Orang-orang Alim adalah pendusta Agama. Aku pernah menemui Faizan dan cuba memahami pemikirannya. Ternyata selama dia membuat tazkirah secara live tapi tidak solat, tujuan peringatan itu untuk menasihati dirinya sendiri tapi semakin hari semakin jauh apabila tiada satu pun natizen memahami dirinya. Hati beliau semakin keras dan tidak ada hati untuk beribadah kepada Allah. Baginya untuk mendirikan Solat harus ada keikhlasan! jika tidak hanya sia-sia bersembahyang. Sebenarnya kekecewaannya untuk jadi baik terlalu bergantung kepada makhluk seperti rakan-rakan dari kumpulan Dakwah tersebut. Sepatutnya minta Pertolongan Allah dan bukan bergantung harap sesama manusia walaupun nampak baik dari luaran. Dan sepatutnya jika nampak segala kelemahan seseorang berketerampilan Berjubah dan Berserban yang Munafik! bukan menghukum mereka. Tetapi jadikan panduan dan ingatan agar tidak jadi seperti mereka. Allah dah tunjukkan wajah sebenar orang-orang Munafik supaya kita jangan jadi seperti mereka. Sebaliknya Faizan berputus asa dan semakin jauh dari Allah! dia yang menganiayai diri sendiri. Ikut rasa binasa! ikutkan hati mati.... dan Faizan tenggelam dalam dendamnya sendiri. Allah tidak akan sesekali mendakwa mereka atas rasa putus asa diri Faizan sebab masing-masing ada tanggungjawab sendiri atas dosa mereka. Itulah kelebihan Iblis dan Syaitan dalam cara untuk merosakkan akidah seseorang agar secara tidak sengaja membenci Agama Islam dalam diam. Itulah kelebihan Iblis dan sekutunya merosakkan seseorang hamba Allah agar meninggalkan Ibadah sekaligus seolah-olah membenci Allah tanpa sedar. Aku juga pernah mengalami hal yang sama seperti Faizan! tapi aku sedikit pun tidak menyalahkan Allah. Aku lalui Takdir Allah dengan penuh kelemahan namun tidak sesekali meninggalkan Solat 5 Waktu. Kerana aku faham! Allah inginkan kita menjadi sebaik-baik hambaNya melalui bergantung harap kepadaNya semata-mata, dan bukan melalui pengharapan pada Tok Guru atau Ustaz. Mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna walau nampak cantik dari penampilan luar dengan jubah dan serban. Masing-masing akan di uji dengan ujian yang berbeza, sebab itulah tiada jaminan ahli Ibadah dijamin masuk Syurga. Dah tentu mereka yang tidak mendirikan solat 5 Waktu lagilah tak akan merasa syurga! kita bimbang mereka mati dalam keadaan kafir walau datang dari keturunan beragama Islam. Aku ingatkan Faizan agar dirikan Solat sebagai tanda Berterima Kasih kepada Allah atas banyaknya Nikmat yang di kurniakan buat kita. Jangan fikir pasal dosa yang banyak, jangan peduli pandangan orang ramai! kembali kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan Insyaallah... Allah akan tunjukkan jalan yang lurus secara terang atau ghaib melalui pandangan mata hati. Iblis tugasnya bukan hanya menyesatkan orang jahil! tapi keutamaannya merosakkan akidah tiap-tiap hamba Allah agar berpaling kepada Pemilik Jiwa ini. Muslihat Iblis amat licik demi memastikan seluruh Umat Manusia bersama dengannya masuk ke dalam Neraka.





























































