JIN BORAGAS
Aku di perintahkan Raja Iblis untuk menyusun Tentera Jin untuk menyesatkan Agamawan dari kedua-dua belah pihak. Pasukan pertama tugas kalian adalah untuk mengilhamkan Ahli Ibadah yang gemar menokok tambah amal dalam Agama agar hati mereka sentiasa merasa benar akan perbuatan mereka. Tanamkan dalam hati mereka untuk pertahankan Bidaah kerana Ustaz seperti ini lebih disukai kebanyakan orang awam yang buta hati. Semakin mereka sesat semakin besar peluang kita nak tambahkan penghuni Neraka.
Manakala Golongan yang anti Bidaah dan gemar dengan perkara-perkara baik sahaja. Kita mainkan fikiran mereka agar berterusan menghukum Ahli Bidaah agar sentiasa bermusuhan. Dengan cara itu kita mampu memecah-belahkan Umat Islam secara halus. Kita tambah keyakinan mereka bahawa apa yang telah mereka perjuangkan adalah benar di sisi Allah Subhanahu Wata'ala, sebab! Golongan yang satu ini hebat dalam mempertahankan Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tapi ilmu mereka hanya teori. Kita akan pastikan mereka tidak mampu melihat kita seperti Golongan Bidaah yang mudah untuk kita porak perandakan akidah mereka. Biar sampai kiamat kedua-dua Golongan Agamawan ini bermusuhan.
Raja Iblis berpuas hati dengan prestasi kita selama ini dan akan bertanggungjawab atas perbuatannya. Dan kita kena tolong Raja Iblis sebab dia dah tolong Bangsa kita ( Jin ) untuk balas dendam atas kejadian Adam Alaihissalam. Selamanyalah Umat Manusia akan jadi musuh kita nombor satu. Jangan kalian berpaling tadah dari berpihak dengan Iblis! nanti kalian akan di bunuhnya. Jika tertangkap dengan Bangsa Manusia! berpura-puralah bertaubat agar kamu di lepaskan. Sebab Bangsa Manusia adalah makhluk paling bodoh untuk kita permainkan perasaan mereka. Kebaikan Manusia kita pergunakan untuk terus mengkhianati kebaikan mereka. Ingat! kerana Adam Alaihissalam, kita di ghaibkan selapis Alam. Dan ini tidak boleh kita terima sampai bila-bila. Manusia merampas hak kita sebagai Khalifah yang terawal tinggal di muka bumi. Maka jalankan Perintah Iblis untuk musnahkan manusia dari berbagai arah. Akhir kata! kita tetap musuh manusia walaupun ada di antara mereka yang menyokong kita seperti Israel. Dengan membunuh jiwa manusia seperti di Gaza dan sewaktu dengannya dengan bantuan kita, manusia yang mati di bunuh untuk kita menikmati darah-darah mereka. Jangan takut! Tentera kita ramai dan Jin Islam juga takut dengan kita. Jika kajian ternampak Jin Islam melindungi manusia! bunuh mereka semua tanpa belas kasihan. Kita pasti menang sebab Umat Islam semakin hari semakin jauh dari landasan yang lurus. Baiklah tanpa membuang masa! kita laksanakan sekarang tugas-tugas yang di amanahkan. Kata Jin BORAGAS yang di lantik sebagai Ketua dari Bangsa Jin untuk menurunkan perintah Iblis.
Sipnosis dari petikan Skrip Telemovie JIN BORAGAS karya ku - Bekas Penulis


















































