Buffer Security
Sebagai Anak Seni yang belum berjaya dan pendapatan tidak menentu, kami kebanyakannya bekerja sebagai Security Buffer iaitu tugasannya menggantikan Pengawal Keselamatan yang cuti kecemasan. Sehari boleh dapat sehingga seratus Ringgit melalui Syarikat Keselamatan yang kukuh sahaja. Dan bertugas juga sering berlainan tempat seperti Mall, Pejabat, Bank, Kilang dan sebagainya. Sudah tentu setiap tempat ada kisah misteri yang hendak aku kongsikan di sini. Kalau nampak hantu tu dah biasa, sering di ganggu Jin itu lagi biasa! dan adakalanya sangat menakutkan jika kita tidak nampak kelibat mereka... tiba-tiba ada kat sebelah kita, macam nak pecah jantung terperanjat. Anak haram punya Jin! buat aku terkejut beruk sampai melatah.
Cerita pasal hantu! sebenarnya tak wujud. Yang jadi hantu tu pun Bangsa Jin dengan menyamar sebagai Pocong, Hantu Kum-kum, Langsuir, Pontianak, Penanggal dan seangkatan dengannya. Mereka ni suka sangat sakat kita jika penakut! aku bukanlah seorang penakut, tapi tiba-tiba terpacul kat sebelah mestilah terkejut. Jangankan hantu atau Jin! kawan kita tiba-tiba muncul kat sebelah tak bagi Salam pun boleh terperanjat gila. Aku pernah nampak kelibat budak masa jaga Sekolah pada waktu tengah malam, aku kejar dia tapi terus hilang kelibatnya di balik kegelapan. Aku tahu itu bukan manusia, tapi pasal dia budak maka beranilah aku kejar. Kadang-kadang dengar orang bercakap, tapi dalam pejabat Guru terkunci rapat dari luar. Kadangkala pintu murid darjah Sekolah terbuka dan tertutup dengan sendiri. Macam-macam hal lah Jin-jin ni nak takutkan kita.
Masa jaga kat Dewan serbaguna pun ada kisah menarik, Dewan tu pulak betul-betul sebelah Perkuburan bukan Islam. Dari malam sampai hampir ke subuh boleh dengar jeritan penghuni kubur kena azab siksa. Anjing pun apa lagi asyik menyalak sebab haiwan ni boleh dengar bunyian dari Alam Ghaib. Ketika jaga kat Mall, aku nampak Hantu Galah dengan mata merah menyala! itu memang buat aku takut sikit dan cabut lari. Kalau bunyi mengilai tu selalu aku dengar dengan kawan sekerja kalau tempat tersebut perlukan dua orang Pengawal Keselamatan. Kalau jaga dekat bangunan yang berdekatan kawasan perkuburan Islam pulak, lain ceritanya. Aku ternampak kubur berasap berkepul-kepul putih dengan bau kemenyan lagi. Dari atas bangunan jelas nampak sebab ada pancaran lampu jalan yang terang benderang, dan di dapati asap tersebut keluar dari tengah lubang kubur seseorang yang tidak di ketahui apa dosa yang telah di lakukannya. Yang paling seronok sekodeng pasangan kekasih yang melepaskan hawa nafsu kesyaitanan mereka atas kubur. Bodoh punya Pak We dan MAK We! tak ada kelas buat jahat atas kubur, memang miskin hina dina dia orang ni. Dah macam haiwan perilaku mereka sebab tempat macam tu punya seram pun bernafsu. Macam-macam hal manusia pendosa ni, dengan aku sekali dapat dosa kering sebab sekodeng mereka.
Dalam banyak-banyak gangguan Jin di merata tempat, ada satu peristiwa yang sampai sekarang aku masih tak faham lembaga apa tu yang ikut aku Solat dari mula sampai habis. Dia jadi jemaah sebelah kanan belakang aku, masa aku rokok ternampaklah kelibatnya. Masa aku bagi salam ke kanan tahiyyat akhir, aku sempat jeling dengan ekor mata dan nampak dia pakai jubah serba putih tapi pakaiannya kedut seribu. Rambut panjang mengurai dengan kerinting tak bersikat. Apabila bagi salam ke kiri dan saat toleh kebelakang dia dah hilang. Kejadian tu berlaku kat dalam sebuah Bank yang terkunci dari dalam dan hanya aku seorang saja jaga kat situ. Di bank yang lain pulak ada budak panggil aku Abah! bila pulak aku dapat anak haram dari kalangan Jin?.
Ketika jaga sebuah Hotel taraf tiga bintang yang bakal di buka, aku dan seorang rakan sekerja di ganggu makhluk halus dengan membaling pasir kearah kami dari luar. Padahal ada cermin pintu yang tertutup rapat! tapi bunyi pasir tu betul-betul depan kaunter tempat kami berjaga. Bila di periksa tak adapun kesan pasir walaupun bunyinya sangat jelas hingga kami berdua saling berpandangan kehairanan. Pintu salah satu bilik Hotel terbuka, dan kami tak berani nak tutup! biarkan sampai pagi.
Bersambung.../Muar


















