Cinta Tak Semesti Dimiliki
Surat terbuka untuk Hadz...
Hadz... maafkan Abang kerana cemburu buta dengan Hadz, sedia maklum Hadz sendiri pun tahu bertapa Abang sayangkan Hadz lebih dari diri sendiri. Hadz hadir dalam hidup Abang ketika hati sedang terluka. Hadz sinar hidup Abang! hingga Abang lalai dari tanggungjawab Agama. Kerana cinta Abang lupa diri dari siapa yang hadirkan rasa sayang itu, dan Abang dah terima Karma dari Allah atas dosa-dosa Abang.
Hadz tahu kisah hidup Abang sebelum bertemu kasih antara kita. Dulu Abang ada kekasih yang sering curang walau jarak tempat tinggal tidak jauh. Kalau yang dekat pun sering selingkuh, Abang takut kalau kita berjauhan hati Hadz akan berubah. Abang sedar tak boleh hukum semua perempuan sama! tapi rasa cinta itu yang membutakan hati Abang. Dan Abang menyesali segala dosa-dosa Abang terhadap Hadz. Kehilangan Hadz paling Abang takuti! bila ia terjadi, Abang benar-benar hancur. Namun begitu Abang tak salahkan takdir dan sentiasa bersangka baik pada Allah, cuma Abang hukum diri sendiri kerana melebihkan Hadz dari Allah Pemilik jiwa ini. Sepatutnya Abang pandai mengimbangi antara cinta pada Allah dan hamba ciptaannya, tapi Abang tenggelam dalam kasih sayang terhadap Hadz.
Hampir 30 tahun telah berlalu, tapi bunga-bunga cinta terhadap Hadz terus berkembang. Kini Abang readha kepergian Hadz mendirikan rumah tangga dengan orang lain. Tapi seandainya Hadz berpisah hidup atau mati! carilah Abang ya. Abang setia terus menanti sehingga hujung hayat ini. Abang tetap nak bersama dengan orang yang pernah Abang cintai! Abang yakin andaikata ada lagi jodoh di masa akan datang, pasti kita akan bahagia. Dan andai nyawa terpisah jasad di akhir hidup Abang bersama Hadz, kepergian Abang penuh bahagia! Insyaallah. Kerana Abang dah merancang andai kehadiran Hadz semula akan di pastikan tidak lagi mengambaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang Patuh pada Perintah Allah. Abang akan cuba sebaik mungkin mengimbangi keperluan dunia dan akhirat agar kebahagiaan kita mendapat Keberkatan dariNya. Dulu Abang emosi! terlalu bimbang kehilangan Hadz. Tapi sekuat manapun Abang cuba pertahankan cinta Abang! tapi takdir Allah tak mampu Abang ubah. Allah hancurkan hubungan kita sebelum Abang hancurkan diri sendiri.
Akhir kata! izinkan Abang terus menyayangi diri Hadz walaupun Hadz kini bahagia di samping suami tersayang dan anak-anak yang tercinta. Doa Abang buat Hadz sekeluarga agar sentiasa bahagia hingga ke anak cucu dan dalam lindungan Allah. /Muar








































































