KUALA LUMPUR

Sebagai Bekas Anak Seni yang terdidik dengan disiplin yang tinggi untuk sentiasa datang awal ke lokasi pengambaran, maka bila kita bekerja sikap itu tetap diteruskan. Sebab itulah di mana aku bekerja dari berbagai Syarikat Keselamatan sebagai Buffer, mereka menawarkan aku bekerja tetap sebagai KP dan Pegawai Ronda. Aku tolak sebab kat Malaysia ni terlalu banyak penyelewengan pembayaran gaji yang di alami oleh kebanyakan pekerja Pengawal Keselamatan. Berbalik semula kepada kejadian Mistik yang telah aku alami sepanjang bertugas sebagai Buffer semasa di Kuala Lumpur. Satu kejadian aneh terjadi ketika jaga sebuah Rumah Awam yang baru siap dibina, aku lihat bebola api berterbangan di udara pada malam yang dingin. Mereka gelarkan itu sebagai Tuju-tuju. Tiba-tiba Tuju-tuju tersebut melanggar sebatang pohon pokok yang ada di kawasan perumahan yang menyebabkan terbakar. Hairan aku, siapalah orang yang hendak hantar sihir tu tapi tak menjadi. Setakat ni tak kurang lima kali aku lihat Tuju-tuju seumur hidup aku.

Jaga sebuah Hotel taraf 5 Bintang yang dah tutup kerana kerugian, aku kena jaga bersama rakan sekerja yang lain tapi berlainan kawasan. Kawan jaga kat luar, manakala aku jaga bahagian dalam Hotel yang masih banyak barang perabot yang belum di punggah habis keluar. Aku kena ronda setiap dua jam di kawasan Hotel dari satu tingkat ke satu tingkat. Yang menyeramkan bahagian dapur selalu ada bunyi bising. Aku memberanikan diri meninjau kawasan dapur tersebut dan alangkah terperanjatnya aku melihat beberapa lembaga merangkak dalam keadaan hodoh di lantai dapur. Aku bergegas keluar dari dalam Hotel dan duduk bersebelahan rakan sekerja di pondok sambil menceritakan apa yang aku nampak. Lepas tu aku dah berani masuk ke dalam semula.

Ketika jaga sebuah Taman milik VVIP yang baru di bina, suasana di sini' memang menyeronokkan sebab banyak bunga-bungaan yang di tanam. Siap ada sungai yang di bina jambatan. Di situlah lepas waktu Maghrib aku lihat kelibat seorang Perempuan berdiri mengadap sungai tersebut. Aku tak berani mendekati sebab dah tahu itu bukan manusia biasa. Barangkali roh sesat mati bunuh diri atau di bunuh, sebab pakaian putihnya berlumuran darah. Dari celah pokok bunga tempat aku menyorok, aku lihat sebaik dia bergerak menoleh kearah aku! mukanya tak ada rupa. Maksud aku kosong tanpa mata, hidung dan mulut! memang menakutkan. Apa lagi! berterabur lintang pukang aku lari jumpa rakan sekerja yang jaga post luar. Aku sebenarnya bukanlah penakut sangat, kecuali kalau lembaga tersebut berwajah hodoh dengan bau yang amat busuk sekali.

Dan yang terakhir aku lihat satu kejadian di mana jaga bahagian forensik di sebuah Hospital Swasta. Kat situ banyak mayat yang mati kemalangan atau mati di bunuh. Macam biasa, tengah malam pasti dengar meraung, menangis dan tak kurang yang macam berleter pun ada. Entah apa yang di bebelkan aku pun tak tahu sebab tidak jelas percakapannya. Satu lembaga perempuan bergaun putih berambut panjang mengurai dengan wajah yang ayu tapi pucat lesi memandang kearah aku. Aku pun pandang dia balik sebab cantik, sikit pun tak rasa takut kerana jauh darinya. Lama di pandang aku kemudian masuk semula ke dalam bilik mayat dengan menembusi dinding batu.

Kelebihan nampak perkara ghaib sesuatu yang tidak menyeronokkan, namun kita tidak boleh menolak sebab bukan semua orang ada pandangan mata Kashaf. Barangkali dah bosan agaknya kerja sebagai Buffer asyik nampak hantu, aku beralih kepada kerjaya sebagai Waiter di Restoran pula sehingga ke hari ini dah banyak kedai makan aku bertukar tempat. Kebetulan aku dah bersara terus dari Bidang Seni kerana faktor usia. Yang penting ada kerja walaupun tak glamor.

Tamat

Muar
5/3 Diedit kepada

... Baca lagiMenjadi seorang pengawal keselamatan memang bukan pekerjaan yang mudah, terutamanya apabila terlibat dengan pengalaman-pengalaman mistik seperti yang dikongsikan. Dari pemerhatian saya, kawasan-kawasan yang baru dibina atau tempat yang mempunyai sejarah traumatik seringkali menjadi hotspot bagi aktiviti paranormal. Contohnya, situasi di Hotel 5 bintang yang sudah tidak beroperasi bukanlah sesuatu yang jarang berlaku untuk tempat sebegitu menyimpan banyak cerita ghaib. Bermain dengan keadaan yang gelap dan kesunyian tengah malam, bukan sahaja memerlukan bekalan semangat yang kuat, malah kepintaran untuk mengawal rasa takut dan fokus pada tugas. Apa yang menarik dari pengalaman ini adalah fenomena 'Tuju-tuju', bebola api yang katanya sering muncul, menunjukkan keunikan budaya dan kepercayaan masyarakat kita tentang alam ghaib. Selain itu, kehadiran sosok perempuan berbaju putih yang berlumuran darah dengan wajah tanpa ciri-ciri manusia juga membuka mata kita tentang bagaimana kesan trauma atau pembunuhan di suatu tempat boleh tercatat dalam dimensi lain, menurut yang dipercayai oleh ramai. Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi cemas ketika bertugas di kawasan hospital lama, di mana selalu kedengaran bunyi aneh seperti tangisan dan rintihan. Ini menuntut pengawal keselamatan untuk sentiasa bersedia mental dan fizikal serta mengekalkan kewaspadaan demi keselamatan diri dan kawasan. Dalam konteks industri pengawal keselamatan di Malaysia pula, penulis menyentuh isu penting berkaitan penyelewengan gaji yang sering menimpa pekerja di sektor ini. Ini sememangnya satu masalah besar yang harus diberi perhatian oleh pihak berwajib supaya nasib pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan negara dapat diperkasakan. Akhir kata, pengalaman seperti ini mengajar kita supaya lebih hormat terhadap kerja pengawal keselamatan dan kesukaran yang mereka alami, termasuk dunia ghaib yang kadang-kadang tak dapat dilihat oleh mata kasar. Berhati-hati dan menjaga keselamatan diri menjadi keutamaan dalam pekerjaan ini, selain sentiasa menguatkan mental dan keimanan untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka.

Cari ·
Kuala selangor placeto visit

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Kenangan bersama Rakan sekerja

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen