Kenapa kena ingat mati?
Hanya dengan mengingati kematian mencegah diri dari berdengki khianat sesama manusia. Kita akan jauh dari rasa iri hati terhadap kelebihan orang lain. Kita peka keadaan sekeliling dan sentiasa mencegah diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Kita akan sentiasa ingat dosa-dosa silam yang pernah kita lakukan samada secara sengaja atau pun tidak. Kita selalu bersiap sedia untuk mati dan sentiasa bersyukur pada Allah apabila tiap kali terjaga dari tidur. Dengan umur yang panjang, Allah beri kesempatan untuk kita perbaiki akhlak diri. Kita akan hanya sibuk dengan mencari rezeki demi kelangsungan hidup sambil menambahkan amal ibadat. Dah tak ada masa nak fikir tentang Duniawi yang bersifat sementara. Bila lihat akan dosa orang lain, secara spontan kita akan ingat dosa sendiri. Banyak kelebihan sesiapa yang mengingati mati sebab sentiasa sibuk fikirkan diri sendiri dari hal-hal yang bukan masalah kita. Lebih senang bergaul dengan sesiapa sahaja sambil mendidik diri sendiri bahawa dengan melihat kekurangan orang lain maka dapat dijadikan panduan untuk tidak mengikuti jalan mereka yang tersasar dari landasan kebenaran. Hidup kita singkat! mati tak kira tua atau muda. Mati sering datang dalam keadaan kita tidak sedari, maka dengan mengingati kematian akan mendapat kelebihan tanda-tanda hidup kita hampir meninggalkan dunia ini. Itu sebab kebanyakan orang yang Soleh sentiasa bersiap sedia untuk mati dan bagaikan tahu mereka akan pergi. Tanda-tanda kematian seratus hari itu benar bagi Insan yang sentiasa bersedia untuk kembali kepada Allah yang berhak atas jiwa ini. Fikir-fikirkanlah.../Muar




















