DENDAM
Baik lelaki mahupun perempuan yang di kecewakan oleh pasangan masing-masing, kebanyakannya memendam perasaan hingga ada di antara mereka menamatkan riwayatnya. Apabila jauh dari Allah maka beginilah akibatnya kalau menurut hawa nafsu. Sepatutnya kita bersyukur pada Allah atas perpisahan ini yang barangkali secinta apa sekalipun belum tentu berpisah mati! kebanyakan bercerai berai. Dan lebih menyedihkan apabila terkecewa lalu berdendam hingga berniat untuk menyakiti bekas kekasih dengan bantuan Bomoh. Ada yang sanggup hantar sihir sehingga mati, dan ada juga buat seseorang itu sengsara selagi hidup. Bukan semua orang boleh terima kenyataan! tapi melawan takdir Allah itu bukan lagi sifat seorang Islam. Dia dah terkeluar daripada Agama Islam sebab sihir pasangan bekas kekasihnya dengan niat membunuh secara halus. Macamlah dia seorang yang kecewa! di luar sana ramai lagi yang lebih teruk dari mereka yang merasa seolah-olah tidak boleh hidup tanpa si dia. Sejahat manapun bekas kekasih kita janganlah sampai berdendam hingga jumpa Bomoh nak seksa kan hidupnya. Kalau kita ikut logik! memang padanlah muka orang yang tidak setia untuk menerima akibat dari perbuatannya. Tapi oleh kerana kita beragama Islam maka kena Patuh Perintah Allah, iaitu jangan jadi penghukum dan biarlah Allah sahaja yang membalasnya mengikut kesesuaian dengan dosanya.
Seelok-eloknya bagi yang di kecewakan, lebih baik muhasabah diri agar dapat Petunjuk dari Allah Subhanahu Wata'ala. Adakah kita telah berlaku jujur terhadap Allah dalam mencintai makhluk dan Dia?. Dia yang menghadirkan kasih sayang, tapi mengapa makhluk juga yang di puja melebihi Sang Pencipta. Sebab itu di datangkan karma agar kita kembali kepada yang Maha Pengasih. Dia yang Menentukan Pertemuan dan selayaknya Dia berhak untuk Mengakhiri dengan perpisahan agar kita tidak terus hanyut dalam cinta yang membutakan hati. Kembalilah kepada Allah dengan Taubat Nasuha dan tarik kembali sihir yang di hantar agar akidah kita tidak terjejas dan di terima Pengampunan dariNya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun maka kembalilah kepadaNya dengan Taubat yang sebenar-benar ikhlas. Jika tidak! kamu telah terkeluar dari Islam kerana telah syirik kepada Allah. Sudahlah Ibadat pun tidak sempurna! di tambah melakukan sihir bagi memuaskan hatinya demi sebuah kepuasan. Ingat! dosa sesama manusia Allah dan Rasulnya tidak dapat menolong kecuali dosa yang bukan syirik. Fikir-fikirkanlah...




































