Akukah yang bersalah

Pernah suatu ketika aku yang dah lama hidup sendirian tanpa sang kekasih, aku tiba-tiba jatuh hati kat Awek orang. Dia pulak ada hati kat aku walaupun tak lama lagi teman lelakinya nak masuk meminang. Dalam peringkat perkenalan tersebut aku juga bersimpati pada nasib seorang rakan sekerja yang bernama Zaharah, sebab Pakwe yang amat di cintainya tahu-tahu dah kahwin dengan kawan baiknya di Terengganu. Aku lihat Zaharah bagai bangkai bernyawa sebab hidupnya bagai tidak terurus. Aku takut sebenarnya kalau sesuatu terjadi padanya, tapi aku tak tahu bagaimana nak tolong. Pernah juga ajak dia keluar dating dan dia tak menolak, tapi entah macam mana janji tu aku tak sengaja terabai sebab sedang bergelumang dengan masalah jatuh hati kat Awek orang. Dalam proses untuk aku berpisah dengan Awek orang tu, sebenarnya aku dalam kesedihan saat tersebut. Jadi aku kena pulihkan semangat aku dahulu barulah nak ajak Zaharah keluar. Tujuan aku biar kami yang sama-sama sedang terluka dapat menjalankan hubungan atas dasar perikemanusiaan. Sebab masing-masing ada kisah duka yang tersendiri. Tapi aku terlalu lambat bertindak dan akhirnya Zaharah meninggal dunia dalam keadaan misteri di bilik bujangnya. Kata Doktor kematian di sebabkan asma, tapi aku macam tak percaya. Apapun dalam diri rasa bersalah sangat sebab lambat buat keputusan, aku kah yang bersalah dalam situasi tersebut?. Jika di bandingkan kesedihan aku dan kesedihan Zaharah, dia lebih berat terluka dalam jiwanya. Apakah aku pentingkan diri hingga Zaharah pergi buat selamanya?. Aku sendiri pun tak tahu, kerana kejadian tersebut berlaku serentak dalam situasi yang tidak tepat. Aku tak sangka akibat terlalu kecewa hingga melayang nyawa Zaharah, kasihan nasibnya. Padahal dia tak pernah tinggal Solat tapi barangkali jiwanya tidak kuat untuk menghadapi dugaan hidup kehilangan seseorang yang di cintainya. Cilaka punya Pakwe dia! seronok bernikah hingga menyebabkan Zaharah pergi Menghadap Ilahi. Aku pulak geram dengan Pakwenya yang tak berhati perut, dan dalam masa yang sama aku marahkan diri sendiri lambat bertindak menyelamatkan jiwanya. Nasi dah menjadi bubur, Zaharah pun dah tak ada kat dunia! tapi wajahnya masih jelas terbayang dalam ingatan ku sehingga kini. Allahuakbar! semoga Allah ampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Golongan Wanita yang Solehah. Itu saja yang mampu aku buat untuk dirinya di Alam Barzakh. Kalaulah aku cepat bertindak! mungkin Zaharah masih hidup kini dan walaupun tak jadi pasangan kekasih, sekurang-kurangnya dia berjaya melepasi saat kesedihan. Entahlah... kenapa aku yang rasa bersalah, tapi yang aku tahu ialah... aku amat memahami perasaannya. Saat-saat akhir sebelum kematiannya, aku lihat dia sugul. Aku cuba hiburkannya tapi di balas dengan senyuman terpaksa. Dia banyak berdiam diri dari berbicara tentang kesedihan hidupnya. Menyesal aku tak menjadi pendengar setia kerana tatkala itu aku sedang berusaha berpisah dengan Awek orang yang terlajak jatuh hati padanya. Hahhh... sedih hati aku cara kematian Zaharah, bagaimanalah agaknya dia berperang dengan diri sendiri untuk lupakan kekasihnya yang curang. Tak dapat di gambarkan betapa hancurnya hati Zaharah tahu-tahu Pakwe dia dah bernikah. Sungguh kejam perbuatan kekasihnya terhadap Zaharah, aku faham tak ada jodoh! tapi tak adil buat Zaharah. Dan aku teringat sehari sebelum kematiannya, aku pujuk melalui sebuah lirik lagu ciptaan ku khas buatnya bertajuk Za. Sempat nyanyi depan dia agar faham maksud lirik tersebut, inilah ciptaanku buatnya kali terakhir bertemu...

Za... usah kau menyeksa diri

Kerana bisa menghancurkan

Za... mengerti erti hidup ini

Malam siang silih berganti

Za... usah kau menyepikan diri

Manusia tak semuanya sama

Za... berikan kesempatan diri

Menerima seadanya

c/o

Tak mengapa

Kiranya kau berhati-hati

Tak berdosa

Kiranya tak bersedia ooohhh.....

Berikanlah kemaafan

Semoga kau kan bahagia

Lirik Lagu Bekas Penulis 2011

Sentiasa dalam ingatan dengan doa dan telah bersedekah di tabung Masjid agar pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh buat Allahyarhamah Zaharah Binti Abdullah 🤲 Amin 🥺

Muar
5/6 Diedit kepada

... Baca lagiKisah ini sangat menyentuh hati kerana menggambarkan betapa rapuhnya jiwa manusia ketika berhadapan dengan penderitaan dan pengkhianatan dalam hubungan. Dari pengalaman ini, saya belajar bagaimana pentingnya untuk kita menjadi pendengar setia dan memberi sokongan kepada rakan yang sedang dilanda kesedihan atau tekanan emosi. Kadang-kadang kita terlalu fokus pada masalah kita sendiri sehingga terlepas melihat kesakitan orang di sekeliling kita. Dalam konteks kematian Zaharah akibat asma yang memuncak mungkin disebabkan tekanan emosi, ia mengingatkan kita tentang hubungan erat antara keadaan mental dan kesihatan fizikal. Stress dan kesedihan yang berlarutan boleh memberi kesan serius kepada tubuh badan. Oleh itu, mendorong sesiapa yang menghadapi masalah jiwa untuk mendapatkan bantuan, sama ada melalui perbualan atau kaunseling, sangat penting. Satu lagi aspek yang saya ambil iktibar adalah nilai pengorbanan dan keikhlasan dalam persahabatan. Membina hubungan atas dasar saling memahami dan prihatin boleh menjadi penawar luka. Walaupun kita mungkin tidak dapat menjadi penyembuh sepenuhnya, kehadiran dan sokongan ikhlas sudah cukup bermakna. Lirik lagu "Za" yang dicipta oleh penulis juga memberi mesej mendalam bahawa setiap insan patut diberi peluang kedua untuk bangkit dan menerima diri seadanya. Ini mengingatkan kita untuk sentiasa berempati dan memberi ruang kepada orang yang sedang berduka agar mereka tidak mengasingkan diri dan terus merasa terpinggir. Saya percaya setiap tragedi dalam hidup datang dengan pengajaran tersendiri. Janganlah kita mudah menghukum diri sendiri atau orang lain tanpa cuba memahami secara menyeluruh. Kesalahan dan kegagalan bertindak kadang terjadi atas ketidaksengajaan atau kekangan emosi. Yang penting, kita terus belajar menjadi individu yang lebih peka, penyayang, dan sedia membantu. Akhir sekali, kisah ini mengingatkan kita bahawa walau betapa berat dugaan, menghubungkan diri dengan Tuhan melalui solat dan doa juga memberi kekuatan dalaman. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Zaharah dan memberi ketabahan kepada semua yang mengenali dan menyayanginya.

5 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen