Duka Lara
Duka saat kita jauh dari Allah sangat merbahaya, kita tak mampu merawat jiwa seorang diri tanpa PertolonganNya. Iblis dan Syaitan sangat suka mereka yang berduka cita agar mudah di hasut untuk berputus asa. Berlainan sikap orang yang sentiasa menjaga Solat 5 Waktu walau di dalam menghadapi kekecewaan. Semua bergantung harap kepada Allah semata-mata dengan zikrullah merawat jiwa yang parah. Dengan Solat kita akan sentiasa Allah bagi jalan terhindar dari rasa dukacita yang berpanjangan. Maka dirikanlah Solat dan Mohonlah Pertolongan Allah dalam suka dan duka.
Pengalaman aku sewaktu remaja melihat rakan-rakan yang kecewa dalam hidup kebanyakan dari mereka memilih untuk menghancurkan diri mereka sendiri dengan minum arak, hisap dadah dan sebagainya. Tak kurang juga menamatkan riwayatnya dengan minum racun atau terjun bangunan yang tinggi. Rasa kecewa yang mendalam amat merbahaya kerana Syaitan yang terdiri dari Bangsa Jin mudah masuk ke dalam diri dan menghasut serta mengawal jasad kita untuk melakukan perbuatan yang di larang oleh Allah dan Rasulnya. Aku pernah mengalami situasi yang suatu ketika dahulu Pengalaman aku kurang dalam menangani masalah kejiwaan, di mana tubuhku di masuki Jin Kafir dan ingin menghumbankan jasadku kebawah dari tempat tingkat 3 rumah Pangsapuri. Alhamdulillah, aku berjaya mengawal diri dan terlepas dari mangsa bunuh diri. Sejak itu aku sedar bahawa bukan semua orang yang kecewa dalam hidup suka rela membunuh diri, ada di antara mereka seperti kerasukan lalu menamatkan riwayat cara yang salah. Mereka tidak mampu mengawal jasad sendiri akibat telah di kuasai seluruhnya dari Jin yang jahat. Sebab itu pentingnya kita jangan tinggalkan Solat 5 Waktu sebab amal ibadat ini mampu menjadi benteng dari gangguan halus.
Orang yang tidak Solat akan di ganggu dengan berbagai cara seperti bisikan, di ulang tayang gambaran hidup kita yang menyakitkan hati hingga rasa hidup ini tidak bermakna lagi. Semua itu atas tujuan kita putus asa dari Rahmat Allah. Orang yang tidak merasakan kekecewaan tahap paling teruk! mereka mudah menghukum seseorang yang mati secara bunuh diri. Ujian hidup setiap manusia tidak sama! ada juga di antara mereka jadi gila atau sakit jiwa. Tekanan perasaan tidak dapat di kawal andai kita lupakan Allah.
Ubat jiwa yang parah adalah zikrullah dan Solat 5 Waktu. Dengan istiqamah melaksanakan Ibadah maka Allah sentiasa beri Pertolongan dari berbagai cara. Kasihanilah diri anda sendiri dengan sujud pada Allah siang dan malam agar mati kita dalam keadaan Islam dan Beriman, Insyaallah. Fikir-fikirkanlah.../Muar





























Masyaa Allah tabarakallah.benarlah ungkapan ini.."Allah hancurkan rencanamu sebelum rencanamu menghancurkan dirimu." Ubat jiwa yang parah adalah zikrullah dan solat lima waktu. Biiznillah Allah sentiasa menghantar bantuan dalam pelbagai cara.