Hidayah Milik Allah! Usaha milik kita
Bila seseorang telah menerima Hidayah Allah tapi tak berusaha untuk berubah, maka sia-sialah Anugerah tersebut. Sebab! nak berubah kena bertindak cepat sebelum Iblis dan Syaitan merantai hati kita untuk bertangguh-tangguh melaksanakan Ibadah Solat.
Nantilah! banyak masa lagi.
Sabar dulu! jangan tergesa-gesa...
Tenangkan hati dulu, baru buat.
Itu semua hasutan Iblis dan Syaitan untuk kita bermalas-malasan menuju ke arah kebaikan. Percayalah! makin lambat nak bertaubat maka makin jauh dari Allah. Ada orang berubah sebab dirinya sendiri Berkehendak untuk kembali kepada Allah dengan Taubat Nasuha. Orang seperti ini biasanya akan menuju kejayaan dengan izin Allah jua. Ada manusia bersandar pada sesama makhluk untuk berubah seperti masuk kumpulan Dakwah dan sebagainya. Tapi apabila tersalah masuk kumpulan Dakwah yang menyeleweng, bimbang-bimbang dari hanya dulu berdosa pada Allah jadi bertambah syirik pulak! punah hidup. Atau apabila dia telah bersama kumpulan Dakwah dalam masa yang agak lama, tiba-tiba semakin hari semakin nampak kelemahan mereka lalu kembali ke sifat asal melakukan dosa dengan meninggalkan solat. Ini satu kesilapan besar! tak boleh menyalahkan sesebuah kumpulan Dakwah yang baik seperti Tabligh contohnya, mereka semua berasal daripada pendosa kebanyakannya yang telah bertaubat. Jika ada segelintir individu yang berkelakuan buruk! tak adil Seluruh Jemaah Tabligh di persalahkan. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa. Maka berubahlah kerana Allah bukan pergantungan harap pada sesama makhluk yang masing-masing berusaha perbaiki akhlak diri mengikut kemampuan.
Ada orang cepat berubah dan cepat kembali ke sifat asal yang membinasakan. Ada orang lambat berubah tapi apabila buat keputusan untuk berubah! masyaallah... sampai mati dia dalam kedudukan orang yang beriman. Semua bergantung kepada Nawaitu kita dalam memilih jalan hidup yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Nak seribu daya! tak nak seribu dalih. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika diri sendiri tidak mampu untuk berubah. Bagi diri aku sendiri apabila kembali ke pangkal jalan, aku solat sebab aku rindu Allah. Dan aku dirikan solat 5 Waktu tepat pada masa sebagai tanda Berterima Kasih pada Allah atas segala nikmat yang telah di kurniakan kepada aku. Itu pilihan yang terbaik untuk kita berubah kembali dekat padaNya. Fikir-fikirkanlah.../Muar

















































