Isim Agama

Isim Agama atau Gila Isim amat berbeza dengan penyakit halusinasi seperti penagih dadah, kurang siuman atau sakit jiwa yang parah. Isim juga bukan penyakit mental walau nampak macam tak betul gayanya. Penyakit Isim Agama lebih kepada gangguan Jin akibat terlalu mendalami Ilmu Agama tanpa panduan yang betul. Pengalaman aku sendiri yang pernah kena Gila Isim! kebanyakannya Jin Islam yang Munafik dan Jin Kafir akan menyerang dari berbagai arah melalui bisikan, hasutan dan menayangkan kembali perbuatan seseorang berulang kali untuk menambahkan kebencian pada mereka terutama Golongan Agamawan seperti Ustaz dan Ulama.

Sebelum aku lanjutkan lebih mendalam, aku nak ingatkan bahawa Gila Isim terbahagi kepada 3 Golongan:

1 ) Belajar Agama tanpa Guru! hanya melalui pembacaan Buku-buku Agama dan dengar ceramah lalu sendiri mengandaikan kefahaman mengikut akal logik yang tidak pasti. Biasanya kalau Gila Isim ini sukar untuk di sembuhkan jika sudah sebati dan terlalu lama mengamalkannya. Akibat boleh jatuh kepada kurang siuman dan gila yang kekal. Iblis dan Syaitan paling suka rosakkan akidah orang tak berguru ini untuk sesat selamanya.

2 ) Golongan yang belajar Agama dengan Berguru tapi tak faham apa yang di pelajarinya. Contoh! Ustaz ajar A, tapi kefahamannya B. Ini contoh ringkas, lebih membingungkan pemikirannya apabila Ustaz yang mengajarnya tidak sama dengan Ustaz yang lain sebab Ilmu Agama ini luas seperti Fahaman Tauhid, Faekah dan Tasawuf. Sudah tentulah ajaran mereka berbeza mengikut gaya tersendiri. Dan apabila mendapat gangguan Jin melalui bisikan atau sebagainya, jiwanya memberontak dan otak mulai kebingungan lalu mengalami tekanan jiwa. Penyakit Gila Isim macam ini boleh di sembuhkan dengan cara berhenti sementara belajar Agama dan mendapatkan rawatan Shifa. Jika lambat mendapatkan rawatan Shifa kemungkinan individu ini semakin teruk dengan memaki hamun orang terutama Para Pendakwah yang di bencinya akibat hati telah di kuasai seluruhnya oleh Jin-jin Kafir. Lebih teruk lagi jika individu tersebut meninggalkan Solat 5 Waktu. Iblis dan Syaitan amat bijaksana untuk menyesatkan seseorang dengan menunjukkan sikap Munafiq yang ada dalam tiap-tiap Golongan Agamawan yang berbeza fahaman. Tapi harus di ingatkan! dalam setandan pisang tidak semua busuk, begitu juga semua Golongan Kumpulan Dakwah seperti Tabligh, Tariqat dan seangkatan dengannya...jika ada pengikut mereka yang menyeleweng maka itu adalah sikap individu dan amat berdosa menghukum seluruh Kumpulan tersebut bersalah dan sesat. Manusia tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa, ertinya tidak ada sesiapa dari kita yang berusaha untuk jadi baik akan sempurna seluruhnya. Tak mungkin kita boleh jadi sesempurna Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebab Beliau adalah kekasih Allah yang sentiasa dalam lindunganNya.

3 ) Yang ini dalam seribu manusia hanya 1 yang akan di uji dengan gangguan Jin untuk mencalarkan akidah. Individu yang ada Guru Mursyid dan faham apa yang di ajarkan Ustaznya, juga tidak terkecuali mendapat serangan Jin yang bukan biasa-biasa menganggu. Tak mudah di umpan dengan harta Qarun dan kelebihan duniawi. Syaitan yang hadir tu pangkat tinggi sesuai dengan kemantapan akidah seseorang. Biasanya setiap hari akan mendapat serangan Jin Kafir melalui berbagai cara penyamaran. Mula-mula akan hadir menyamar sebagai Orang Alim dengan berjubah dan berserban. Para Syaitan yang terdiri dari Bangsa Jin Islam yang Munafik dan Jin Kafir mampu menzahirkan diri selain datang kerap melalui mimpi yang Indah. Maka tidak hairanlah jika ada Pengamal Agama dalam Kumpulan Dakwah yang berlainan Fahaman mengaku sebagai Iman Mahdi, Rasul, Kiyai dan seangkatan dengannya. Itu permulaan perangkap yang paling cantik untuk mencalarkan akidah mereka yang ingin jadi orang yang beriman. Iblis! kebolehan dan pengalamannya hidup lama sejak Zaman sebelum kewujudan Bangsa Jin dan Manusia, menjadikan pakar menguasai Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran untuk menyesatkan Umat Manusia agar sesat dan berpecah belah sesama sendiri untuk ikut serta dengannya masuk ke dalam Neraka. Iblis mahir dalam menyesatkan Golongan Manusia terutama Ahli Ibadah untuk merosakkan akidah dengan Kesyirikan yang halus.

Aku dah campur berbagai kumpulan Dakwah dan belajar dengan bermacam-macam Fahaman. Tapi Iblis dan Syaitan suka menyerang aku dengan apa yang telah aku nampak kemunafikan seseorang Pendakwah dengan mata kepala aku sendiri. Tapi aku lawan sebab Mereka juga manusia biasa seperti aku yang tidak sempurna walaupun hari-hari sembahyang untuk membetulkan diri. Tapi Iblis dan Syaitan tetap tidak berputus asa terus menghasut dengan menayangkan kembali seperti rakaman video yang ghaib tapi nyata depan mata aku macam gelombang air untuk menanamkan kebencian kepada Golongan Agamawan. Siap bisik lagi kat sebelah aku dengan berkata; INI KE CARA ORANG ISLAM! KALAU AKULAH MALU JADI ORANG ISLAM MACAM INI. DARIPADA MUNAFIQ BAIK KELUAR DARIPADA ISLAM. Apabila aku berjaya menentang hasutan Iblis dan Syaitan! mereka guna cara lain pulak dengan serangan sihir yang memudaratkan jasad aku. Pernah Isim Agama, pernah hilang fikiran sementara ( Amnisia ), muntah darah, lumpuh dan sebagainya. Sehingga kini aku sentiasa dapat penyakit berantai akibat gangguan Jin Kafir yang terus-menerus menyerang aku agar terganggu amal ibadat. Jangan mengalah! sesakit apapun sabar dan Mohon Perlindungan Allah siang dan malam. Jangan tinggalkan kewajipan Solat 5 Waktu walau tidak mampu membuat Solat Sunat. Alhamdulillah, aku berjaya sebab Allah yang Tolong. Aku selalu nasihat diri sendiri sebagai motivasi iaitu TIADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MEMUDARATKAN AKU DENGAN SIHIR TANPA IZIN ALLAH! DAN TIADA SESIAPA YANG BOLEH MENGHALANG KEJAYAAN AKU BILA ALLAH BERKEHENDAK.

Fikir-fikirkanlah..../Muar

Catitan Tambahan: ALLAH BERI KELEBIHAN PANDANGAN MATA HATI MELIHAT SIKAP KEMUNAFIKAN PENUNGGANG AGAMA! BUKAN UNTUK MENGHUKUM, TAPI AGAR KITA TIDAK MENGIKUT SIFAT-SIFAT TERCELA.

- BEKAS PENULIS

Muar
5/16 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang pernah mengikuti pelbagai kelas agama dan berinteraksi dengan pelbagai kumpulan dakwah, saya mula faham betapa pentingnya mendapatkan ilmu agama dari guru yang benar-benar memahami perkara tersebut. Mengikut pengalaman saya, belajar agama secara sendiri tanpa pengawasan guru bukan sahaja boleh menyebabkan kekeliruan malah membuka pintu kepada gangguan Jin, yang kita kenal sebagai Isim Agama. Gangguan ini bukan sekadar ilusi, tetapi boleh memberi kesan nyata pada mental dan emosi. Saya sendiri menyaksikan bagaimana tekanan yang datang dari bisikan halus jin munafik dan kafir boleh menyusup masuk ke dalam fikiran kita, terutama apabila kita tidak mempunyai pegangan atau bimbingan yang jelas. Ia bagaikan suara-suara kecil yang memutar belit fakta dan menanamkan rasa benci terhadap para agamawan yang kita hormati. Dalam banyak situasi, saya lihat kawan-kawan yang mengabaikan solat lima waktu sebagai akibat dari gangguan ini, yang jelas menjejaskan keteguhan iman. Rawatan Shifa yang disebut dalam artikel memang satu kaedah yang sangat berkesan. Selain daripada berubat dengan cara tradisional, saya juga mengamalkan doa-doa dan zikir yang diajarkan oleh guru saya. Hal ini membantu menyucikan hati dan menguatkan jiwa untuk melawan gangguan tersebut. Kunci utama adalah kesabaran dan keimanan yang teguh kepada Allah. Saya sering mengingatkan diri bahawa tiada satu pun gangguan yang dapat berlaku tanpa izin Allah. Selain itu, perbincangan dengan guru dan rakan-rakan dalam kumpulan dakwah juga penting supaya kita dapat berkongsi pengalaman dan mendapatkan nasihat. Saya percaya setiap orang yang berusaha dengan niat ikhlas untuk memperbaiki diri pasti mendapat pertolongan Allah. Namun, kita juga perlu sentiasa berhati-hati dan waspada terhadap ajaran yang kurang tepat atau menyesatkan, kerana ini boleh membuka ruang bagi gangguan jin yang lebih teruk. Saya syorkan kepada sesiapa yang mendalami ilmu agama agar sentiasa memilih guru yang berkelayakan dan berpegang pada prinsip Islam yang benar. Jangan mudah terpengaruh dengan ajaran yang bercanggah atau sikap munafik dalam kalangan agamawan. Ingatlah bahawa ilmu tanpa amalan yang betul dan bimbingan yang tepat adalah seperti kapal tanpa nakhoda. Akhir sekali, jangan berputus asa bila menghadapi ujian atau gangguan ini. Banyakkan doa, dan ingatlah bahawa ujian ini juga adalah cara Allah mendidik kita untuk menjadi lebih sabar dan kuat dalam iman. Dengan ilmu, bimbingan, dan kekuatan rohani, Insya Allah kita dapat mengatasi Isim Agama dan memelihara keimanan kita daripada fitnah syaitan yang menyesatkan.

Cari ·
pakaian semi formal muslimah

10 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Ustaz ke 15 baru sembuh dari Sihir yang berat dengan izin Allah jua. Segala puji-pujian hanya untuk Allah Pemilik jiwa ini dan Terima Kasih Ustaz Zawawi Imam Mesjid Kampung Hulu Melaka. Masih terus berubat Shifa untuk sembuhkan sihir ringan yang berantai.

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Berpuluh tahun berubat Shifa dengan berbagai Ustaz sebanyak 14 orang tapi tak sembuh-sembuh. Namun akhirnya Allah beri Kesembuhan dengan asbab dari Perubatan Shifa di Mesjid Kampung Hulu Melaka oleh Imam Zawawi.

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Gambar menampilkan daftar 29 nama perempuan dalam Islam beserta artinya, seperti Salsabila (Mata air surga) dan Fatimah (Lembut hati). Terdapat ikon suka, tidak suka, komentar, dan bagikan di sisi kanan, serta logo Lemon8 di kiri bawah.
ultraman zero

ultraman zero

15 suka

Gambar rajah bertajuk 'PROPHETS IN THE QURAN' yang menyenaraikan 25 nama nabi dengan ikon simbolik masing-masing, seperti Adam dengan pokok, Nuh dengan bahtera, Musa dengan laut terbelah, dan Muhammad dengan Al-Quran.
Nama nama Nabi dalam Al Quran, ingat tak? ☺️
#namaNabi #religious #GrowWithLemon8 #Lemon8MembersClub #IslamAjar
Fyna_TR🧿

Fyna_TR🧿

155 suka

Imej ini memaparkan nama-nama dalam tulisan Jawi seperti 'درهان إيمان', 'نوزليًانا', dan 'يوتري زليخا' di latar belakang hijau gelap. Ia dihiasi dengan corak Islamik keemasan, bulan sabit, bintang, tanglung, dan tangan memegang tasbih, mencerminkan tema Ramadan dan makna nama 'Norliyana' sebagai 'cahaya yang lembut'.
maksud nama dalam islamik
#RamadanBermakna norliyana bermaksud "nor" berasal dari perkataan arab "cahaya"..biasa melambangkan kebaikan dan penerangan dlm kehidupan.."liyana" bermaksud dari perkataan arab juga,yg bermaksud kelembutan,kemesraan dan kehalusan hati..jadi keseluruhan nama norliyana bole
Ummi&Princess🩶🖤

Ummi&Princess🩶🖤

5 suka

Poster edukasi Rukun Iman, menampilkan konsep keimanan dan 5 pilar utamanya: Iman kepada Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul, dan Hari Kiamat. Setiap pilar dilengkapi deskripsi singkat dan ilustrasi anak-anak Muslim yang relevan.
🍒 Poster Edukasi - Rukun Islam & Rukun Iman 🍒
JoeBee

JoeBee

170 suka

Gambar ilustrasi kartun menunjukkan sepasang suami isteri Muslim berjalan di laluan kampung, dengan tajuk "20 Nama Panggilan Islamik Untuk Pasangan (10 NAMA SUAMI & ISTERI)" dan nama pengguna @ryssa_02. Wanita memakai hijab hitam dan gaun putih, manakala lelaki memakai jubah hitam dan pelitup muka.
20 Nama Panggilan Islamik Untuk Suami Isteri!!
Assalamualaikum, hi lemon8🍋... #RutinBiasa bila kita memanggil pasangan dengan panggilan khas untuknya. Ok, berikut adalah beberapa nama panggilan Islamik untuk pasangan (suami isteri) yang lembut, penuh kasih sayang, dan membawa unsur spiritual: 💖 Untuk Suami: 1. Habibi – Kekasihku (
Nur Aryssa

Nur Aryssa

49 suka

Gambar pantai dengan bayangan dua orang, teks 'Cara I Dengan Husband Isi Borang Nikah 2025' dan peringatan 'jangan kahwin selagi tktau step ni'.
Latar belakang gaun pengantin, menunjukkan langkah pertama 'Daftar Kursus Kahwin' dengan yuran mengikut negeri dan cara mendapatkan surat pengesahan kehadiran.
Latar belakang gaun pengantin, menerangkan langkah kedua 'Isi Borang Permohonan Nikah', termasuk tempat mendapatkan borang mengikut negeri dan arahan pengisian.
Last Minute Taktau Nak Isi Mana Dulu ??!
#RealitiKahwin #kahwin #nikahpreparation #kahwinmuda #kahwinmuda
itsm3lia

itsm3lia

25 suka

Senarai 45 Rukun Penting dalam Islam yang wajib diketahui setiap Muslim, termasuk Rukun Islam, Iman, Solat, Wudhu', Nikah, Haji, dan Tayammum beserta bilangan rukun masing-masing.
Ilustrasi langkah-langkah Rukun Tayammum yang terdiri daripada niat, menyapu debu tanah ke muka, menyapu debu tanah ke tangan, dan tertib mengikut urutan.
Formula mudah untuk mengingati Rukun Nikah yang melibatkan bakal suami, bakal isteri, dua orang saksi, wali, dan lafaz akad nikah.
Antara Rukun yang Wajib diketahui dalam Islam
Dalam Islam, ada rukun yang wajib diketahui dan dipegang teguh oleh setiap Muslim. Secara ringkasnya, ia terbahagi kepada dua asas utama: 🔑 Rukun Islam (amalan zahir).Lima perkara asas yang menjadi tiang agama: 1. Mengucap dua kalimah syahadah – mengakui tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muha
Supermama Superwife 💪

Supermama Superwife 💪

108 suka

Gambar kaki pasangan di ranjang dengan teks 'SEORANG SUAMI HARAM MENYETUBUHI ISTRINYA JIKA MELAKUKAN TINDAKAN SEPELE INI?' dan ikon 18+, membahas tindakan sepele yang membuat suami haram bersetubuh dengan istri.
Ilustrasi sosok berjubah merah seperti Grim Reaper memegang pedang api di latar gelap dengan kelelawar, menampilkan teks besar 'ZIHAR', memperkenalkan konsep Zihar.
Sosok Grim Reaper dengan kotak teks menjelaskan definisi Zihar: menyamakan fisik istri dengan mahram, hukumnya haram, dan kewajiban kafarat (memerdekakan budak, puasa 2 bulan, atau memberi makan 60 fakir miskin).
HAL SEPELE SUAMI HINGGA MEMBUAT HARAM BERSETUBUH📌
Hallo Lemonadeee Zihar yaitu menyerupakan isteri atau sebagian tubuhnya (Fisik) dengan dia yang diharamkan untuk dinikahi selamanya, seperti perkataan: kamu seperti ibuku, atau seperti punggung saudariku, dan semisalnya. Kecuali Dari Segi Sikap Yakni seperti menyamakan kelembutan istri seperti k
Zainiyah💫

Zainiyah💫

62 suka

Agama Islam
Agama kita agama ilmu. #PertamaKali #islam #amal #sunnah #ilmuagama
Jalan Sunnah

Jalan Sunnah

120 suka

Longgokan besar buku dan kertas terikat dalam sebuah kontena atau ruang simpanan, menunjukkan koleksi bahan untuk pemulihan seperti yang dinyatakan dalam artikel.
Pemandangan dalam kilang menunjukkan beg-beg besar berisi bahan, kotak kadbod, dan beberapa mesin, menandakan kawasan pemprosesan buku dan kertas.
Papan tanda kilang ATTIN PRESS SDN. BHD. KILANG PEMULIAAN AL-QURAN & BUKU AGAMA, lengkap dengan alamat dan maklumat hubungan.
Nak lupus buku
Pada awal tahun, ketika mengemas buku-buku sekolah dan kertas peperiksaan, sekiranya tidak tahu di mana hendak meletakkan bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran, boleh dihantar ke kilang ini ya. Sesiapa yang berada berdekatan boleh terus menghantarnya ke kilang. Credit zaimah zakaria
cik enim

cik enim

38 suka

Gambar bayi yang sedang tidur dengan teks overlay "Nama-Nama Bayi DILARANG Dalam agama islam" dan emoji sedih, menunjukkan peringatan tentang nama bayi yang dilarang dalam Islam.
Daftar nama-nama bayi yang dilarang dalam Islam beserta artinya, seperti Abiqah (budak yang lari) dan Batilah (sesuatu yang batil), ditampilkan di atas latar belakang tangan.
Daftar nama-nama bayi yang dilarang dalam Islam beserta artinya, seperti Dabbah (binatang melata) dan Fasyilah (gagal), ditampilkan di atas latar belakang tangan.
NAMA BAYI INI DI LARANG DALAM AGAMA ISLAM 😭
Haii Lemonade Penamaan bayi pada kebanyakan orang adalah doa yang baik baik untuk kehidupan si bayi kelak, namun terkadang ada orang tua yang sengaja bikin nama anaknya tuh beda,, tanpa tau akibatnya di masa mendatang.. ➡️ Dalam islam islam sendiri ada beberapa nama nama dalam bahasa arab ya
OKTAVIANI🌻

OKTAVIANI🌻

1128 suka

Imej kolaj menunjukkan 4 cara mudah untuk 'Muslim Glow-up' mengikut ajaran Islam. Ia menampilkan Al-Quran, seorang wanita berhijab memegang bunga, seorang wanita membaca buku dalam telekung, serta Al-Quran dan tasbih berwarna merah jambu.
Imej ini menyenaraikan panduan 'Minda' untuk 'Muslim Glow-up', termasuk sentiasa ingat kematian, percaya kepada Allah, bertanggungjawab, mengucap Alhamdulillah, sabar, tidak sombong, dan menahan diri dari bergosip, dengan latar belakang Al-Quran dan tasbih.
Imej ini menyenaraikan panduan 'Fizikal' untuk 'Muslim Glow-up', termasuk berpakaian sopan, menjaga kebersihan diri, kekalkan rutin senaman, makan secara sihat, dan menundukkan pandangan, dengan latar belakang Al-Quran dan tasbih.
Ikut Cara Agama Islam 🫶
Hai lemoners.. Tingkatkan kecantikan dan keyakinan diri yang sebenar dengan panduan "glow-up" versi Islamik. "Muslim Glow-up" adalah tentang menjadi versi diri kita yang terbaik—lebih sihat, lebih tenang, dan lebih dekat dengan Allah. Ia adalah perjalanan pertumbuhan peribadi yan
Diari Suri rumah

Diari Suri rumah

74 suka

Imej menunjukkan muka bayi dengan teks utama "Nama Bunyi Sedap, Tapi Tak Sesuai Dalam Islam. NO.3 RAMAI TAK SANGKA!". Terdapat juga tanda soal biru dan watak kartun kuning, menekankan topik nama yang tidak sesuai dalam Islam.
Nama Bunyi Sedap, Tapi Tak Sesuai Dalam Islam.
#MoodDiary Nak pilih nama anak ni bukan sekadar sedap bunyi je tau… tapi ada juga nama-nama yang tak digalakkan dalam Islam sebab makna yang tak sesuai. Jom tengok beberapa contoh👇 1. Harb (حرب) ➡️ Maksud: Perang 📌 Islam menganjurkan kedamaian, jadi nama bermaksud peperangan ni kurang sesuai
naaaleemo ✿

naaaleemo ✿

59 suka

ketika kalian belum yakin💇‍♀️ dengan agama Islam 💐
belajarlah berfikir logis dan ilmiah maka kita akan mengerti apa itu islam yang sesungguhnya🤴🏻 #doamustajab #islamicreminder #AkuPernah #motivasidiri #islamic
Maha Santri 💠

Maha Santri 💠

15 suka

But they still can’t accept 🧕🏻🙂 It’s ok, one step at a time #revert #mualaf #revertmuslim #islam #muslimtiktok #malaysiantiktok
dearcristina

dearcristina

733 suka

Seorang kanak-kanak berdiri di lorong kedai dengan teks besar bertulis "Nama Anak Tak Patut Wujud 2026", menekankan kepentingan nama yang baik.
Teks menjelaskan hukum menamakan anak, khususnya kategori HARAM, iaitu nama yang bermakna syirik, hina, kufur, zalim, atau khusus untuk Allah tanpa 'Abdul'.
Teks menerangkan kategori MAKRUH dalam menamakan anak, termasuk nama yang bermaksud tidak baik, negatif, menimbulkan ejekan, atau membawa makna dosa.
2026 : Kalau Tahu Awal Kita Takkan Pilih Nama Ni
Kenapa Islam Tekankan Nama? Kerana: ✓ Nama itu doa ✓ Nama dipanggil setiap hari ✓ Nama memberi kesan pada identiti & jiwa anak 📖 Hadis: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka elokkanlah nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Dawud) Silap
Ibu Ayyash

Ibu Ayyash

615 suka

Seorang bayi yang dibalut selimut putih dengan tulisan besar "5 Nama Anak Yang Di Larang Dalam Islam" dan "Nama yang Haram/Makruh" di atasnya.
Seorang bayi berbaring di atas selimut merah jambu dengan teks "Nama Pengabdian Kepada Selain Allah (Haram)" dan penerangan mengenai nama-nama tersebut.
Seorang bayi dengan rambut diikat dua, di latar belakang, dengan teks "Nama dengan Makna Negatif atau Buruk (Haram/Makruh)" dan contoh-contoh nama yang dilarang.
Penting Untuk Pilih Nama Anak✅
Hii🍋 Dalam Islam, pemilihan nama anak adalah perkara penting dan dituntut untuk memilih nama yang baik maknanya (sunat). Secara umumnya, Islam melarang nama yang membawa maksud syirik, buruk, negatif, atau sombong. Adalah lebih baik memilih nama yang mempunyai makna yang baik, seperti nama p
Eryna R🦋

Eryna R🦋

76 suka

Lihat lagi