Bekas Depresi Kena Menabung.

Setiap bekas Depresi punya cara tersendiri dalam merawat jiwa masing-masing. Aku lebih suka menulis! dengan cara itu aku dapat meluahkan isi hati melalui penceritaan. Selain daripada itu aku suka melancong hanya dengan bermotorsikal secara solo melalui jalan lama untuk melihat suasana kampung yang permai. Bila tiba waktu Solat! berhenti Berjemaah. Sebab itu kena menabung kalau nak ceria kan hati yang gundah-gulana. Orang macam aku ni payah nak sembuh! luka dah kering tapi parutnya kekal abadi. Sebab itu tiap kali aku hijrah ke tempat baru dan bekerja, pertama sekali aku cari bilik sewa dan beli apa yang penting seperti tilam, bantal dan keperluan lain. Aku kalau pindah hanya bawa pakaian sahaja, yang lain aku tinggalkan sedekah kat Tuan Rumah untuk kegunaan penyewa baru. Macam itulah sikap aku sejak muda sampai lah ke tua ni tak berubah. Sehingga kini dah hijrah ke Seluruh Semenanjung Malaysia untuk bekerja kecuali Sabah dan Sarawak sebab terpisah daratan.

Bila dah tahu kelemahan-kelemahan diri maka kena elakkan dari berulang depresi tersebut tatkala mendapat ujian yang baru. Setelah hijrah! aku pastikan kelengkapan bilik sewa dah sempurna. Sebab kalau dapat kerja, bila balik penat macam mana pun tengok bilik bersih! tenang jiwa. Kalau tempat kerja ada masalah, bilik sewa yang bersih dan sempurna dapat menenangkan pemikiran yang kacau bilau. Tapi risiko tetap ada! sesetengah tempat tak serasi maka berpindah lagi dan beli lagi barang keperluan bilik sewa baru. Paling cepat aku dah beli perkakas bilik sewa cuma bertahan dua minggu. Sebelum tu tak sampai dua bulan pun ada. Paling lama pernah tinggal seperti Johor dan Selangor lebih dari sepuluh Tahun. Bukan mudah nak sembuhkan jiwa sendiri selain dari Zikrullah dan konsisten dalam menjaga Solat 5 Waktu. Sekurang-kurangnya aku berjaya bertahan dengan cara aku yang tersendiri. Pembaziran memang ada sebab tiap-tiap kali berpindah randah, semua barang di tinggalkan sedekah kat orang. Tak apalah! mati pun tak bawa apa-apa. Yang penting! aku nak selamatkan jiwa aku yang pernah di bunuh berkali-kali. Alhamdulillah! hanya Allah sebaik-baik Penolong yang dapat menyelamatkan aku dari putus asa. Depresi perlukan Allah dalam setiap langkahnya dengan berzikir dan beriktikaf di mana-mana Mesjid. Setakat ini rasanya dah lebih seribu Mesjid telah aku ziarah sepanjang berhijrah seumur hidup hinggalah dah masuk usia hampir 60an.

Jagalah diri sendiri baik-baik sebab tak ada sesiapa yang akan mengerti bagaimana kita melalui hidup yang berliku dan penuh kecelakaan. Semua gara-gara manusia yang berhati syaitan, tapi kita jangan membenci mereka sebab terjadinya segala musibah atas izin Allah jua. Dan KepadaNya aku berserah diri, fikir-fikirkanlah.../Muar

3 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang pernah mengalami depresi, saya memahami betapa pentingnya menjaga jiwa dan emosi agar tidak kembali ke kondisi lama yang menekan. Menabung bukan sahaja bermaksud menyimpan wang, tetapi juga menyediakan ruang dan peralatan yang diperlukan untuk kehidupan yang lebih tenang dan teratur apabila berhijrah ke tempat baru. Misalnya, membeli tilam dan bantal yang selesa di bilik sewa untuk memastikan tidur yang berkualiti, yang sangat membantu dalam kestabilan mental. Selain itu, aktiviti menulis adalah cara terbaik untuk meluahkan perasaan dan mengurangkan tekanan batin. Saya sendiri sering menulis diari atau cerita pendek sebagai terapi supaya jiwa tidak dipenuhi dengan beban negatif. Pengalaman solo berbasikal melalui laluan lama sambil menikmati pemandangan kampung yang mendamaikan juga memberikan saya ketenangan dan membuka fikiran dari tekanan harian. Solat berjemaah dan zikir merupakan amalan penting yang membantu saya menjaga hubungan dengan Ilahi. Dengan konsisten dalam menjaga solat lima waktu, saya mendapatkan ketenangan dan kekuatan menghadapi cabaran hidup. Malah, zikir di masjid yang saya ziarahi memberikan pengalaman spiritual tersendiri dan rasa kekitaan yang menyembuhkan. Hijrah ke berbagai negeri dalam Semenanjung Malaysia, setiap tempat membawa cabaran dan peluang baru. Saya belajar bahawa kestabilan emosi bergantung kepada persekitaran yang selesa dan tenang. Oleh itu, selalu memastikan bilik yang saya tinggal rapi dan lengkap membantu mengurangkan tekanan walaupun di tempat kerja menghadapi masalah. Penting juga untuk memahami kelemahan diri supaya tidak terjerumus semula ke dalam depresi. Kitalah yang paling mengenali dan bertanggungjawab merawat diri sendiri. Memberi sedekah barang-barang lama yang tidak digunakan selepas berpindah juga mengurangkan beban dan memudahkan proses hijrah. Akhir sekali, jangan lupa bahawa setiap ujian dan musibah yang menimpa kita ada hikmahnya dan adalah ketentuan Allah. Memaafkan dan tidak membenci orang yang menyebabkan kesusahan adalah kunci mental yang sihat, kerana kebencian hanya memperburuk jiwa. Berserah kepada Allah dan terus kuat dengan amalan zikir serta solat adalah kunci saya untuk terus bertahan dan membina kehidupan yang lebih baik. Semoga pengalaman ini memberi inspirasi dan harapan kepada mereka yang sedang berjuang melawan depresi untuk terus menjaga diri dan menabung bukan hanya wang, tetapi juga ketenangan jiwa.

Cari ·
cara simpan duit untuk orang boros

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen