Berpaling Dari Mungkar

Nama aku Roy Azman! tapi orang panggil aku Roy Jebat. Aku bekas Ketua Samseng yang punya anak buah yang ramai. Semua anak-anak buah aku datang dari keluarga miskin, keluarga berpecah-belah, golongan anak haram dan gelandangan. Samseng kami bertempat! hanya orang kaya kami rompak sebab mereka ni sombong bodoh. Bangga dengan kekayaan yang pastinya halal haram pun mereka sapu. Aku! dah tentu jahat, tapi tak lah hipokrit macam dia orang. Mungkin sebab itulah mereka gelarkan aku Roy Jebat! sebab Hang Jebat menderhaka kepada Sultan lalu harta istana yang di rampas, bagi kat rakyat jelata. Kalau kat Negara Mat Salleh! di gelar Robin Hood. Sebab semua rompakan dari orang kaya berlagak hawau ni, aku tolong orang miskin. Aku cukup tegas pada anak-anak buah aku jangan sesekali buli orang susah. Bahkan jika aku dapati anak buah aku kurang ajar dengan keluarga sendiri yang miskin, dia aku hempuk sampai setengah mati. Ini prinsip aku! suka hati akulah kan.

Datang dari keluarga yang daif, duduk di rumah setinggan dan makan pun mintak kat orang. Cukuplah aku hidup susah! lebih-lebih lagi sering kena buli kat sekolah dan kawan-kawan kampung sebab pakaian aku sentiasa buruk dan koyak. Sebagai Anak Yatim! itulah harga maruah yang terpaksa aku terima dari mereka yang berkeluarga dan hidup senang lenang. Dah banyak kali aku keluar masuk penjara, tapi sebaik di bebaskan! aku masih teruskan lagi aktiviti kejahatan aku nak rompak orang kaya dan tolong orang miskin.

Aku tak perlu di puja orang yang aku tolong! aku pun tak pernah bangga dengan kejahatan aku. Dah hampir 40 tahun buat jahat lepas tak mampu bayar duit SPM. Masa tu tak ada sesiapa yang tolong dan tak ada belas kasihan dari Bangsa aku sendiri. Sedangkan aku pelajar terbaik kalau nak diikutkan. Dari selembut-lembut manusia yang baik! tak sangka jadi sejahat-jahat manusia yang tak berhati perut.

Semua itu berubah ketika lagi beberapa bulan nak masuk usia 50an, aku mimpi lihat Neraka Jahanam. Tiap kali aku nak cerita! mulut aku terkunci. Sebab aku nak elakkan diri ini menangis depan manusia, maklumlah Samseng. Kena jaga reputasi diri dan tetap garang dengan anak buahku. Genap masuk umur 50 Tahun! aku spontan buat keputusan nak berhenti buat kejahatan. Aku lantik orang kepercayaan aku yang boleh sambung cara kerja aku iaitu jangan tindas golongan miskin. Maka aku serahkan jawatan Ketua dan kumpulan aku pada Haniff, orang kanan kepercayaan aku. Lepas tu terus aku hilangkan diri tanpa dapat di jejaki oleh anak-anak buahku.

Aku hijrah ke kekampung pendalaman jauh dari Kota Besar. Aku kerja sebagai Mandor Estate dan bertugas hanya waktu pagi dari jam 3 pagi hingga 8 pagi. Masa yang selebihnya aku dekatkan diri dengan Kumpulan Tabligh yang ada perkampungan di situ. Cuma aku tak ikut mereka keluar 3 hari atau lebih daripada itu. Aku lebih senang tumpu pada kerja yang halal untuk kelangsungan hidup dan mengabdikan diri pada Allah sepenuhnya. Duit bank yang sumber haram semua aku dah kasi habis sedekah kat golongan miskin.

Salah seorang orang lama Jemaah Tabligh kat sini nasihatkan aku, Solat sebagai tanda Berterima Kasih pada Allah. Jangan ikut kebanyakan orang yang Solat nak kejar pahala atau kerana takut tak tentu pasal. Solat kerana kejar pahala Ahli Ibadah yang Pedagang, Yang takut macam budak-budak tu Ahli Ibadah yang tak matang dalam Pengetahuan Agama. Jadilah Ahli Ibadah yang Solat kerana bersyukur pada Allah atas segala NikmatNya, itulah Ahli Ibadah yang merdeka.

Kini aku hidup tenteram dengan beribadah kepada Allah, namun dalam masa yang sama aku serahkan segala kejahatan masa lalu ku pada Allah! biar Dia tentukan di mana pengakhir hidup aku. Aku tak bangga dengan kejahatan aku! aku nak fikir tentang masa depan sahaja. Aku bertanggungjawab atas kejahatan yang lalu dan semoga Allah menjadi penjaminku di Akhirat kelak. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa, dan KepadaNya aku Mohon Keampunan. Jika tidak kerana melihat isi Neraka yang penuh dengan seksaan dan azab yang pedih! mungkin aku tidak berubah. Sesungguhnya dengan di perlihatkan azab Neraka walau dalam mimpi, telah meyakinkan aku bahawa pembalasan itu benar. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...

Masjid Sultan Ibrahim
2 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang pernah berada dalam kegelapan hidup dan kini meniti fajar keimanan, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman bagaimana perubahan yang diinginkan itu sebenarnya bermula dari dalam diri sendiri. Kisah Roy Jebat ini amat dekat dengan realiti sesetengah individu yang terperangkap dengan kehidupan yang penuh cabaran dan salah langkah. Setiap manusia mempunyai peluang kedua, dan kadang-kadang ia hadir dalam bentuk pengalaman yang amat menyentuh jiwa seperti mimpi Roy melihat neraka, yang membuka matanya kepada kepentingan perubahan sejati. Dalam pengalaman saya, untuk dapat meninggalkan amalan buruk dan mula menanam nilai positif, seperti Roy yang memilih untuk berhijrah ke kampung dan menyertai Kumpulan Tabligh, memerlukan ketabahan yang tinggi dan sokongan daripada komuniti. Menyertai kelompok yang berpegang kuat kepada agama dan amalan yang betul memberikan kekuatan mental dan rohani, membimbing kita untuk jadi insan yang lebih baik secara konsisten. Saya juga percaya bahawa tindakan Roy menyerahkan segala harta yang diperoleh dengan cara haram sebagai sedekah kepada golongan miskin menunjukkan betapa pentingnya membersihkan harta dan hidup kita dari segala dosa. Ini menjadi satu peringatan kepada kita semua bahawa ikhlas dan taubat adalah kunci untuk hidup yang tenteram. Pengajaran utama yang saya bawa pulang dari kisah ini ialah betapa mustahaknya ketegasan dalam menjalankan prinsip hidup walaupun ketika dalam dunia yang gelap. Roy begitu tegas terhadap perlakuan anak buahnya supaya tidak menyakiti orang miskin, ini menunjukkan bahawa perubahan boleh bermula walaupun dalam keadaan yang tidak sempurna, dengan tujuan yang mulia. Roy juga menekankan solat sebagai tanda syukur, bukan hanya mengejar pahala atau takutkan dosa, yang mana ini satu panduan berharga untuk kita semua dalam mendekatkan diri kepada Allah dengan ikhlas dan penuh kesedaran. Perubahan hidup bukan hanya soal tingkah laku, tetapi perubahan hati dan niat yang mendalam. Saya berharap kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang merasa terjebak dalam kehidupan yang salah. Jangan pernah berputus asa kerana rahmat Allah sentiasa ada untuk mereka yang benar-benar mahu berubah dan berusaha memperbaiki diri. Semoga kita semua dapat belajar dari perjalanan hidup Roy Jebat dan memperkuatkan iman untuk menghadapi segala ujian kehidupan.

Cari ·
o. two. o maskara

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen