Trauma
Awal tahun 2026 dari Perlis ke Pulau Pinang kononnya nak hijrah kat sana pulak buat kali kedua untuk cari pekerjaan. Kali pertama jalan-jalan sahaja untuk pecahkan rekod peribadi melancong seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Malangnya seperti yang aku ceritakan pada posting yang lalu, hajat tak kesampaian. Tiga hari tersadai kat Hotel Budjet menunggu motor siap kat bengkel. Lemah semangat aku hingga balik semula ke Muar Johor, tapi kat lebuh raya tayar tubeless boleh pecah pulak. Terpaksa tolak motor sambil berkaca mata kesedihan.
Awal tahun 2026 adalah yang paling malang, tapi sebaik dah tinggal di Muar dan bekerja! barulah rasa lega. Tapi trauma tu tak hilang lagi, sampai sekarang aku tak berani nak bawa motor walaupun hanya ke Melaka tak sampai sejam. Aku cuma bawa motor pergi kerja dan balik, memang dah tak boleh sembuh perasaan ini. Tengok motor asyik teringat peristiwa malang tu! sampai rasa nak jual motor ni kat rakan sekerja. Aku beli satu lagi motorsikal Modenas lama yang pernah aku pakai selama 8 tahun. Motor lama jugak lasak sampai dah keseluruh Semenanjung Malaysia juga.
Di sebalik musibah itu aku sedar ia sebahagian dari Kifarah Allah atas kealpaan aku mencari kesempurnaan hidup. Aku terlalu memilih untuk dekat dengan siapa yang aku sangkakan sebaik-baik Jemaah untuk di dekati. Ternyata Allah lebih mengetahui di mana letaknya tempat untuk aku jadi manusia yang sempurna. Aku sedar dan aku insaf akan kesombongan diri dengan menjauhkan orang-orang aku tidak sebulu dengan fahaman mereka. Allah ajar aku tentang pentingnya siratulrahim sesama manusia tanpa menghukum atau menjauhkan diri dari mereka. Dalam tak sedar aku terpalit rasa megah pada kemampuan diri, pada hal Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa. Astaghfirullahalazim.../Muar






























