Kalau Aku.....
Perkataan KALAU dah banyak aku dengar dari orang miskin sehinggalah Agamawan. Sebab janji pada diri sendiri pun di mungkiri! apatah lagi janji sesama manusia. Ada yang lebih lagi kurang ajar bila berjanji pada Allah tapi berani mengingkari.
Orang miskin bila berkata;
KALAU AKU KAYA! AKU NAK TOLONG ORANG YANG YANG SUSAH MACAM AKU.
Golongan Paranormal pulak;
KALAU DAPAT HARTA QARUN NI! TOLONG ANAK-ANAK YATIM.
Golongan Agamawan pulak bila yakin dengan janji Munafiq;
KALAU DAPAT BANTUAN SEDEKAH DARI ORANG RAMAI, KITA BINA MESJID.
Pendek kata KALAU AKU ... dah tak boleh pakai! janji tinggal janji. Bahkan orang yang putus cinta pun gemar dengan perkataan ini, KALAU DAPAT KEMBALI KE MASA SILAM, AKU ELAK BERCINTA DENGAN SIDIA.
Yang pernah kaya sebab datang dari keluarga berharta tapi masa senang lupa diri lupa Tuhan! pun berjanji; KALAU AKU DAPAT PUTAR BALIK PERJALANAN HIDUP INI, AKU NAK GUNAKAN HARTA YANG ADA KEARAH KEBAIKAN.
Tapi bila hajat dah tertunai! lupa semua janji-janji. Yang miskin bila kaya! lupa daratan. Yang kaya jatuh miskin! baru nak sedar.
Sejak dulu lagi aku tak pernah yakin dengan diri sendiri akan kata-kata KALAU AKU BEGITU DAN BEGINI! sebab dah tengok kebanyakan perangai manusia. Masa aku kejar cita-cita nak jadi Penulis Skrip terkenal! aku sentiasa berhati-hati takut lupa diri. Sebab aku nak berdakwah cara Pena maka sedikit pun tidak ada rasa nak kejar glamor atau berangan nak kaya-raya. Barangkali sebab itulah aku gagal mencapai impian.
Walaupun tak berjaya tapi rasa bersyukur lepas dari cinta duniawi sebab sepanjang mengejar cita-cita tersebut, aku banyak kali jadi mangsa karya kena ciplak, di tipu, janji palsu dan kerenah Birokrasi Penerbit dan Pengarah. Sampai satu tahap aku hilang kesabaran dan menyimpan dendam dengan berkata; TUNGGULAH AKU BERJAYA! AKU AKAN PULANG PAKU BUAH KERAS KAT MEREKA YANG TAK NAK TOLONG AKU. AKU LEBIH RELA TOLONG ORANG YANG BARU NAK BERJAYA DENGAN SEDIAKAN JAMBATAN UNTUK MELINTAS MENUJU KEJAYAAN, TAK KISAH DI BAYAR MURAH DEMI MARUAH. Dan sesungguhnya dendam itu sangat buruk di sisi Allah! kerana itulah aku amat bersyukur lebih baik gagal daripada berjaya tapi membalas dendam nanti.
Bila kita faham Agama! memang sentiasa berjaga-jaga agar tidak tersasar dari landasan yang lurus. Tapi tak mudah! sebab... dalam berhati-hati tergelincir jugak terutama tertinggal Solat 5 Waktu gara-gara terlalu sibuk berlakon dan buat macam-macam kerja Seni yang akhirnya memakan diri. Masa banyak kepada minat yang mendalam terhadap bidang seni sampai Amal Ibadatpun terkucil.
Akhirnya Bidang Seni menjadi bebanan jiwa yang meresahkan. Sedar akan kesilapan diri tapi terlalu lambat bertindak menyelamatkan akidah yang tercalar kerana mengejar duniawi. Makan masa nak tinggalkan apa yang kita minat! bila dah berjaya tinggalkan semua tu, Masyallah... lega rasanya dan tak pernah menyesal bila dah dapat rentak kembali ke pangkal jalan.
Macam tu juga tatkala dapat harta terpendam dari pemberian makhluk halus seperti Bunian. Aku tetap berhati-hati dan berfikir panjang sebelum bertindak. Namun aku lepaskan juga kemewahan tersebut sebab teringat kisah Qarun yang asal semiskin-miskin manusia sampai kaya-raya tapi sombong dengan Allah dan hamba-hambaNya. Sebab itu di benam kedalam tanah dengan segala kekayaannya untuk jadi peringatan buat kita semua. Sebab itu di gelar HARTA QARUN sempena nama Qarun yang lupa diri dan biadap terhadap Allah Azzawajalla Pemilik Segala Kekayaan.
Aku sendiri tak yakin pada nawaitu aku, belum dapat bolehlah kita janji pada diri macam-macam. Takut bila dah dapat harta Qarun tu! sombong bodoh pulak, Naya aku. Dah lah datang dari keluarga miskin! bayangkan dapat jadi orang kaya sekelip mata, boleh ke aku tetap dengan pendirian jadi sebaik-baik manusia?. Tak mungkin.... jangan percaya pada naluri sendiri yang adakalanya akan menjahanamkan hidup. Kaya tapi jauh dari Allah! Astaghfirullahalazim... selisih malaikat empat puluh empat. Bersyukurlah dengan apa adanya dengan doa sentiasa dalam Lindungan Allah.
Baru sikit usaha dah lupa dengan Allah! belum berjaya lagi dengan cita-cita hampir rosakkan iman. Dunia tak sesuai untuk orang yang cintakan akhirat! dunia untuk orang lalai yang tidak Patuh pada Perintah Allah seluruhNya dalam menjaga Agamanya. Terima Kasih Allah sebab gagal kan segala usaha aku melalui orang-orang yang tamak untuk aku tinggalkan mengejar duniawi. Mungkin kejayaan ini hasil dari doa Ibuku sewaktu hayatnya. Mak selalu pesan; BIAR ORANG BUAT KITA, JANGAN BALAS. Fikir-fikirkanlah...

















