Sisi Gelapku
Semakin berusia! aku semakin kuat menahan sabar dengan zikrullah. Tak macam masa muda-muda dulu! kalau tak dapat lepas kat orang yang sakitkan hati aku, lepas kat barang rumah sampai hancur. Lebih baik macam tu daripada muka orang hancur! aku masuk penjara.
Kadang-kadang manusia ni, sekarang nampak kita baik! tapi dia orang tak tahu kisah silam kita yang jahat. Aku tak pernah kacau orang, tapi orang suka pihak dan cari pasal dengan aku. Jujur aku bilang! aku tak pernah takut dengan sesiapa, yang aku takut diri aku sahaja jika lupa diri.
Sebab itu aku berusaha keras untuk berubah dan jadi penyabar dengan Pertolongan Allah. Tanpa Dia! aku tak mungkin berjaya tundukkan sifat amarah ini. Orang yang paling diam dan sabar lebih bahaya dari orang yang kuat menyalak tunjuk garang! tapi pengecut sebenarnya. Berani sebab ramai! berani sebab dia ingat aku baik sangat, berani sebab dia sangka dia seorang Aje ada panas baran! dia tak tahu panas baran orang lain lagi tinggi daripada dia, cuma dia pilih sabar.
Sampai sekarang pun aku masih ada orang yang cuba sakitkan hati aku! aku tengok dia kecik Aje. Tapi sebab nak berubah bersungguh-sungguh maka aku diam dan beralah kerana Allah. Tapi dekat kepala otak aku dah pun berimaginasi bagaimana nak belasah dia setengah mati. Jangan kejutkan harimau yang sedang lena, kuku yang tajam pun di sorokkan tanpa perlu menunjuk setiap masa.
Aku tiap kali di uji terjumpa manusia kurang ajar! aku beredar. Bukan sebab takut! tapi dah malas nak tambah rekod kotor kat Balai Polis lagi. Yang berlalu jadikan pengajaran dan pembelajaran untuk lebih kuat menundukkan emosi. Aku pernah dapatkan rawatan kat Psikiatri sebab dah dekat nak cederakan orang yang zalim dengan aku, masa tu tak sembahyang, jadi kekuatan untuk tundukkan panas baran tak berkesan. Tapi bila kita konsisten dalam beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan maka dengan Pertolongan Allah jua kita mampu menundukkan nafsu Syaitan yang sentiasa provokasi kita lakukan kejahatan.
Aku paling lemah kalau dapat jiran sewa bilik sebelah menyebelah yang pentingkan diri. Biasanya aku tegur dengan tegas! tak jalan ajak bertekak. Jika masih tak berubah jugak! aku ada dua pilihan saja! cederakan dia sampai ada kesan luka yang boleh dia ingat sampai bila-bila atau aku segera pindah cari bilik sewa baru. Dan Alhamdulillah! setakat ini aku berjaya mengalah dan berpindah bilik sewa baru daripada pindah ke penjara sebab pukul orang setengah mampus.
Bukan senang nak tundukkan panas baran! aku sentiasa berperang dengan diri sendiri. Saat-saat marah! aku Mohon Pertolongan Allah hindarkan toksik itu daripada aku. Latar belakang aku masa lalu yang mengubah sifat aku daripada seorang yang pengalah menjadi pelawan. Sejak kecil aku sering kena pukul dengan Mak Angkat yang membesarkan aku hanya sebab tekanan perasaan akibat kemiskinan. Bertambah malang lagi bila kat Sekolah kena buli. Bila dah dewasa ujian putus cinta pulak juga faktor aku bertambah bengang sampai kerja jadi Bouncers.
Cuma kita ni kalau sifat asal memang baik! cuma keadaan memaksa kita jadi jahat, tiap kali belasah orang yang jahat... susah hati sampai berminggu-minggu. Rasa menyesal kenapa pukul dia walaupun terbukti buat salah. Itu yang di namakan masih ada perikemanusiaan.
Aku jenis tak melatah dan tak suka lawan walau aku di tuduh bukan-bukan terutama dari orang yang aku kenali. Selagi aku mampu bertahan! aku Mohon Pertolongan Allah dengan sabar dan cuba cari jalan keluar menjauhkan diri dari orang yang menyakitiku. Tapi dalam proses aku mengalah! masih nak pijak-pijak jugak, memang cari nahas. Kalau aku dah mula tunjuk taring! sanggup masuk penjara asalkan terlebih dahulu dia patah riuk kena hempuk dengan aku. Mintak-mintak di jauhkan Allah dari perkara tersebut yang tidak menguntungkan sesiapa.
Ya Allah! jauhkan aku dari sifat Ujub, Riak, Takabur dan panas baran. Janganlah Engkau biarkan aku sesat setelah aku beriman.








































