Jika benar sayang! buktikan.
Dari tingkat enam Pangsapuri aku boleh lihat Asnawi duduk di taman bawah flat kami. Dah berapa hari Asnawi tiap-tiap petang habis kerja duduk sorang-sorang kat situ termenung jauh. Akhirnya aku turun kebawah dan menemui Asnawi nak ambil tahu apa masalahnya, bukan nak menyibuk urusan orang lain! cuma sebagai jiran yang prihatin ingin membantu apa yang mampu. Nak tolong orang bukan hanya sekadar duit, harta atau lain-lainnya... tapi menjadi pendengar setia serta memberi nasihat juga satu bantuan yang paling berharga. Asnawi ada segala-galanya, kerja bagus! duitpun banyak dan rumahnya penuh barang perabot walaupun hidup bujang. Aku rasa dia bukan ada masalah kewangan, tapi mungkin masalah perasaan barangkali. Perlahan-lahan aku menghampiri Asnawi dan memberi salam;
ASSALAMUALAIKUM... TUMPANG DUDUK BOLEH?.
DUDUKLAH. Jawab Asnawi pendek.
MAAFLAH KALAU AKU SIBUK NAK AMBIL TAHU MASALAH KAU, DAH BEBERAPA HARI AKU PERHATI KAU DARI ATAS FLAT! BOLEH AKU BANTU APA YANG PATUT?. SEBAB KITA NI BERJIRAN, MASALAH KAU MASALAH AKU JUGAK. HARI NI AKU TOLONG ENGKAU! ESOK-ESOK KAU TOLONG AKU PULAK KALAU ADA MASALAH.
Asnawi menarik nafas panjang sebelum bersuara perlahan yang menyebabkan aku hampir tak dapat dengar percakapannya.
AKU SELALU MIMPI ARWAH AYAH... MUKA DIA SUGUL, LATAR BELAKANG GELAP GELITA. WAJAH AYAH YANG SEPERTI SEDIH TU YANG BUAT AKU BERFIKIR PANJANG. APA DIA SUSAH KAT SANA KE?... SEDANGKAN SELALU AKU HADIAHKAN FATIHAH KAT DIA.
AKU TANYA NI, KAU JANGAN TERSINGGUNG PULAK. KAU SOLAT TAK?. Tanya aku ingin kepastian.
TAK!. Jawab Asnawi jujur.
SALAH SATU DOA YANG TAK SAMPAI SEBAB TAK SOLAT. BUKAN ITU SAHAJA! APAPUN KEBAIKAN YANG MANUSIA BUAT TANPA SOLAT! TAK AKAN SAMPAI WALAU DIA BAIK DAN IKHLAS SEKALIPUN. Nasihatku penuh hikmah dan berhati-hati agar Asnawi tidak tersinggung. Kemudian aku sambung bicara lagi;
DUNIA NI, UNTUK ORANG PATUH PADA PERINTAH ALLAH SELURUHNYA DENGAN MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU DAN BERKEBAJIKAN SESAMA MANUSIA. BARULAH SAMPAI SEGALA KEBAIKAN DAN INSYAALLAH, KITA AKAN MENDAPAT KEBAHAGIAAN DUNIA SAMPAI AKHIRAT DENGAN IZIN ALLAH. TAPI JIKA SETAKAT BAIK SAHAJA TANPA SOLAT! ORANG KAFIR LAGI RAMAI YANG BAIK DARI ORANG ISLAM. TAPI SEMUA KEBAIKAN MEREKA TIDAK BERMANFAAT DI DISI ALLAH. RUGI DUNIA AKHIRAT...
Asnawi tunduk diam membisu, mungkin otaknya sedang berfikir kata-kata aku tadi agaknya. Aku cakap benda yang betul, aku pun bukan orang baik. Dulu pun aku terkucil dan hidup bagai tak bertuhan. Tapi bila kita rajin dengar kuliah, Insyaallah! sedikit demi sedikit hati kita akan lembut untuk berubah kearah kebaikan.
Sejak pertemuan itu, aku lihat sudah ada perubahan pada diri Asnawi. Dah mula rajin Berjemaah kat bawah Surau milik Pangsapuri ni. Aku tumpang bahagia melihat perubahan positif dari Asnawi, sesungguhnya jika seseorang hamba mahu berubah maka tidak sukar buat perubahan, kecuali banyak alasan yang di beri. Nak seribu daya! tak nak seribu dalih.
Aku juga sayang Arwah Mak aku, sebelum meninggal dunia! aku telah berjanji dengan Mak tidak akan tinggalkan solat, sebab doa tak akan sampai kalau tidak mendirikan Kewajipan Solat 5 Waktu. Dan mereka yang telah meninggal dunia! amat mengharapkan doa dari kita yang masih hidup. Maka laksanakanlah Perintah Allah dengan penuh kepatuhan seluruhnya. Fikir-fikirkanlah.../Muar




























❤️