Allah Sebaik-baik Penolong
Kita mungkin mengecewakan banyak pihak terutama bekas-bekas Majikan kita dahulu. Tapi kena ingat! kita hanya mampu merancang namun takdir tetap Milik Allah. Baik macam mana pun kita, bila sampai masanya untuk berpisah! sama ada di beritahu atau pun tidak, itu bukan masalahnya. Pasti ada hal-hal yang tak mampu di jelaskan saat itu. Yang pasti! kebaikan kalian tidak pernah di lupakan dan sentiasa dalam doa yang baik-baik.
Aku sendiri pun tidak mampu untuk kekal lama pada satu-satu Majikan walau telah meletakkan azam untuk bersama selamanya. Bukan soal gaji, bukan kerana bosan! tapi telah sampai titik takdir yang telah di tentukan Allah buatku menjalani Qada' dan Qadar-Nya. Terima Kasih Puan Zura, Encik Fazly, Tuan Ra'den dan isteri! semua kebaikan kalian biarlah Allah yang balas segalaNya. Aku hanya mampu berdoa dan semua kenangan tetap terpahat dalam ingatan.
Begitu juga dengan Majikan yang baru ni dan masih bekerjasama dengannya. Aku sendiri tidak tahu berapa lama akan setia menemani mereka dan rakan-rakan kerja yang satu hati. Apa yang aku tahu! semakin hari semakin Allah ketemukan Majikan yang baik-baik dan semakin tinggi dengan sifat Insan. Selagi aku bekerja, aku akan berusaha untuk menguntungkan Majikan aku dengan bekerja bersungguh-sungguh serta mendoakan mereka maju jaya. Memang rugi tinggalkan Majikan yang baik-baik, tapi seperti yang aku katakan! itu di luar kemampuan aku untuk mengubah takdir Allah. Dia yang Maha Mengetahui perjalanan hidup ku dan KepadaNya aku Mohon Pertolongan.
Antara sebab kenapa aku tidak dapat terus bersama Majikan yang baik, antaranya sebab tender habis! ada toksik yang mengganggu, terkena tempias sihir yang di tujukan pada Majikanku tapi aku yang jadi mangsa macam kat Johor Bahru tu. Sebab itulah aku berhenti tak bagi tahu Boss kerana takut bila di pujuk terus bekerja, sedangkan dalam masa yang sama terpaksa menanggung sakitnya terkena sihir. Bayangkan..... 8 hari kat Hospital! 40 botol air di masukkan dalam badan, tapi Doktor tak dapat kesan penyakit aku. Macam mana nak kesan sebab sihir! lantaran itulah aku buat keputusan nekad cabut lari ke Melaka untuk berubat Shifa. Alhamdulillah, aku sembuh tapi rezeki tersekat akibat bahana sihir. Bila tak dapat menyerang jasad! di susahkan kita dari luar melalui sukar mendapat pekerjaan! kalau dapat kerja pun, Majikan tidak prihatin dan terlalu berlagak jadi BOSS. Tiga bulan aku susah! tapi akhirnya Allah tolong aku melalui hamba-hambaNya yang terpilih untuk jumpa Boss baru kat Muar ni. Terima Kasih Bossku! terima saya bekerja.
Jangan ambil hati Boss-Boss ku yang lalu, anda semua baik walau tidak sempurna seperti aku juga. Yang Maha Sempurna hanya Allah Azzawajalla sahaja Pemilik Alam ini. Maaf cakaplah! walaupun kalian baik padaku, itu semua hanya asbab. Yang baik hanya Allah! Dia yang patut aku utamakan segala ucapan Terima Kasih melalui Solat 5 Waktu. Dia yang Menolong aku! dan KepadaNya aku Berserah diri. Aku tak kisah apa pandangan kalian padaku bila sudah tidak bersama lagi. Cukuplah Allah bagiku tempat Pengantungan hidup selama-lamanya. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.../Muar




























