BUKAN UNTUK KU
Sejak aku tolak Milah dalam hidupku, semua kawan-kawan dan sedara mara aku marah sungguh dengan keputusan yang aku buat. Mereka kata aku bodoh! tolak perempuan yang baik dan cantik. Macam-macam tuduhan aku terpaksa telan sehingga hilang sebahagian kawan baikku. Walau bagaimanapun aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat, tapi ramai yang tuduh aku akan menyesal kemudian hari.
KAU MANUSIA YANG PALING BODOH SEKALI! KEPUTUSAN TINGGALKAN MILAH AKAN KAU MENYESAL KEMUDIAN HARI. AKU TAK FAHAM APA YANG KAU NAK! MILAH TU BUDAK BAIK, SUKA BERSEDEKAH DAN TAK ADA BOYFRIEND LAGI. MENYESAL AKU ADA KAWAN MACAM KAU JUSOH! MANUSIA PALING BANGANG, BODOH, BAHLOL ADALAH ENGKAU...
Aku diam saja bila Saiful marah aku macam dah buat kesalahan besar. Aku tahu Milah tu baik, dan aku sendiri pun tengok dia suka bersedekah dan dah tolong banyak orang kampung. Tapi kalau setakat baik saja tapi tidak bermanfaat di sisi Allah Subhanahu Wata'ala! buat apa?. Kalau aku terima Milah dalam hidup aku tapi dapat dosa! buat apa?. Aku tak nak jadi lelaki dayus! aku tak mahu tunduk pada kehendak nafsu semata-mata demi kebahagiaan duniawi sahaja. Dan aku tak ada sesiapa lagi buat masa ini! aku masih sendiri sejak kehilangan Shakila. Dan mereka babitkan hubungan cinta aku yang gagal dulu sebagai penyebabnya. Itu tuduhan yang tidak berasas! dan fitnah yang kejam. Demi Allah! tak ada kaitan dengan bekas kekasih aku tu lagi. Yang berlaku! biarkan berlalu... aku dah readha.
Susah nak buat orang faham apa yang aku hendak sesuai dengan Kehendak Allah. Aku bukanlah orang Alim, dan semua orang pun tahu aku seorang pendosa. Dan aku tidak sesekali menafikan kisah silamku. Biarlah orang nak terus menghukum! yang penting aku tahu Allah Maha Pengampun. Biarlah orang hina aku, asalkan Allah Muliakan aku... itupun jika Allah kasihankan aku. Apa keputusan yang aku buat sekarang! semua kehendak hati aku tanpa paksaan sesiapa. Tapi dia orang tak faham dan terus benci aku tanpa sebab. Sebenarnya aku sebelum buat keputusan menolak Milah, aku dah jumpa dengan dia dan bercakap baik-baik. Tak ada gaduh tak ada singgung menyinggung, cakap dari hati ke hati. Masing-masing jujur dalam pertemuan tu. Milah dah cakap apa yang nak di luahkan, dan aku dah berterus terang apa yang aku perlukan. Bagi aku Milah baik sangat! tapi tak sempurna macam aku jugak. Cuma... menangguh-nangguh perkara yang lebih penting di sisi Allah Azzawajalla itu yang buat aku tidak berapa setuju sangat. Aku tak paksa dia dan aku cakap benda yang betul iaitu aku perlukan seseorang teman hidup yang Patuh pada Perintah Allah seluruhNya. Bukan ikut apa yang mereka suka dalam undang-undang Allah! yang penting baik kata mereka.
Undang-undang ciptaan manusia kalau mereka engkar aku masih boleh terima pakai. Tapi undang-undang Allah mereka hanya pilih apa yang mereka suka lakukan, itu yang aku tidak berkenan serta tidak bersetuju. Kalau dulu aku macam mereka, ya mungkin aku tak kisah lagi. Tapi sekarang aku dah berubah! aku dah tak macam dulu. Mentaliti aku dah teguh sekarang ni atas Pertolongan Allah. Tapi bagi mereka aku dah sesat jalan, di tuduh masuk kumpulan ajaran sesat. Mana ada!... aku tak pun berjubah dan berserban, mana boleh tuduh macam tu. Aku masih berjemaah di mana-mana Mesjid dan Surau walau berlainan fahaman dan parti, sesat apa aku ni?. Tak faham betul cara mereka berfikir, dan kalau aku jelaskan pun! hati mereka dah tuli. Buang masa aku nak pertahankan pendapat aku, yang penting aku tahu apa yang aku buat ikut cara Allah dan Rasulnya Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dalam perbualan terakhir bersama Milah, aku tanya... bila nak tutup aurat. Dia bilang belum bersedia, Insyaallah satu masa nanti bila dah sampai seru pasti dia bertudung dan jadi wanita yang solehah. Aku pun tak nak lebih-lebih bagi nasihat bila Milah dah cakap macam tu kat aku. Aku tak marah dan aku tak nak malukan dia pun. Apa yang aku tahu... sempat tak dia berubah?. Sebab kematian datang tak kira tua atau muda. Niat yang baik tapi tertangguh-tangguh lama tidak menghalalkan cara. Ini Perintah Allah! bukan nasihat Ustaz dan Ustazah. Allah dah tetapkan untuk jadi hamba-Nya mesti Patuh pada Perintah dan laranganNya. Tapi yang di larang masih di pertahankan! itukah cara kamu hormat pada Allah yang menjadikan kita. Dia memberi Rezeki, Nikmat yang banyak tapi tetap engkar untuk ikut segala Undang-undang Islam. Agama Islam itu mudah, tapi jangan di permudahkan. Dan Allah pun tak suka kalau di jadikan Agama Islam terlalu ekstrim.
Apa yang aku nak adalah Patuh pada Perintah Allah seluruhNya dengan ikut jalan yang telah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ajarkan. Bukan ikut apa yang kebanyakan orang suka dan yang penting baik kata mereka. Kalau setakat baik! orang kafir lagi ramai yang baik-baik dari serata dunia, bahkan perbuatan baik mereka mengalahkan Umat Islam. Tapi sayang sekali segala kebaikan mereka tidak sedikit pun bermanfaat di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Maka dirikanlah Solat dan tutup aurat agar mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat. Itu yang aku hendak Milah faham apa yang aku mahukan adalah ikut cara Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta Pemilik Jiwa ini yang kepunyaan Allah. Agama datang dalam keadaan sempurna ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam masih hidup, dan sepatutnya kesempurnaan itu di pertahankan walau Baginda sudah tiada lagi. Nak dapatkan Syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kena ikut jalannya yang lurus, bukan sekadar ucapan di bibir tanpa usaha yang bersungguh-sungguh sebagai hamba Allah. Fikir-fikirkanlah....
Dalam kehidupan, membuat keputusan yang berlandaskan keimanan kepada Allah memang bukan mudah, terutama apabila ia melibatkan hubungan peribadi yang rapat dan kasih sayang. Kisah ini menggambarkan bagaimana seseorang boleh menghadapi tekanan sosial dan pandangan negatif apabila memilih untuk mengikuti perintah Allah secara penuh, bukan hanya mengikut apa yang mudah atau diterima umum. Hari ini, ramai di kalangan kita yang mungkin mengalami dilema yang sama—antara memenuhi kehendak hati dan nafsu, atau patuh kepada perintah agama yang penuh dengan cabaran. Penolakan terhadap Milah, seorang wanita yang sangat baik, cantik dan dermawan, bukan atas sebab kebencian, tetapi kerana bagi penulis, keikhlasan dalam beragama dan kepatuhan kepada ajaran Rasulullah SAW adalah lebih utama. Ini satu refleksi yang sangat mendalam tentang bagaimana nilai agama boleh menjadi panduan dalam membuat keputusan hidup. Pengalaman peribadi seperti ini mengingatkan saya bahawa dalam Islam, tidak cukup sekadar berbuat baik sahaja, tetapi harus ada keserasian antara perbuatan baik dengan iman dan amal soleh. Misalnya, menutup aurat dan menunaikan solat adalah rukun penting yang tidak boleh diabaikan walaupun seseorang itu baik dari segi akhlak dan budi pekerti. Dalam konteks masyarakat Malaysia hari ini, sering kali terdapat perbezaan pendapat antara generasi lama dan baru mengenai cara beragama. Namun, yang penting adalah keikhlasan dan niat untuk memperbaiki diri selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kami juga melihat banyak yang berusaha untuk berubah, seperti Milah yang belum bersedia menutup aurat sepenuhnya tetapi berniat untuk berubah suatu hari nanti. Ini adalah proses yang memerlukan kesabaran dan doa. Kisah ini juga mengajarkan kita untuk tidak cepat menghukum seseorang hanya kerana keputusan atau pilihan hidupnya yang berbeza. Sebaliknya, kita perlu memahami latar belakang dan niat mereka, serta memberikan sokongan. Penulis tidak menafikan kesilapan lampau dan memilih jalan taubat, yang mencerminkan keindahan Islam dalam memberi peluang kedua. Akhir kata, kesetiaan kepada perintah Allah adalah kunci kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat. Sebagai seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin keluarga dalam keredhaan-Nya, penulis menunjukkan teladan bagaimana seorang insan bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup yang bukan sahaja baik di mata manusia, tetapi lebih utama, baik di sisi Allah.


