Pujian Mencemaskan hati
Sejak dulu lagi aku kurang selesa dengan pujian sebaik dah faham sikit-sikit dalam pengetahuan Agama Islam. Teringat lagi satu ceramah di mana seorang Ustaz memberi tazkirah yang katanya; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; JANGAN MEMUJI SESEORANG TAKUT NANTI MENJATUHKAN DERAJATNYA, DAN JANGAN MENGHINA SESEORANG TAKUT NANTI BERBALIK KEPADA DIRI SENDIRI. Dan Ustaz tu melanjutkan lagi ceramahnya dengan menjelaskan, Kalau tak kena batang hidung sendiri! maka di khuatiri terkena anak-anak atau saudara mara kita. Tak semesti kifarah di balas pada kita sebab ianya kurang menginsafkan yang ampunya diri untuk berubah. Tapi bila perbuatan jahatnya di balas pada anak-anak atau saudara mara, ia berkesan terhadap si pelaku untuk berubah. Sebab itu di larang terlebih-lebih lagi menghina sesama manusia melampaui batas.
Berlebihan pujian pun boleh mengakibatkan seseorang terkena penyakit Ain atau lupa diri akibat terlalu perasaan bagus sangat. Islam Agama yang mengajar kita sentiasa sederhana dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Jadi resmi padi yang semakin tinggi semakin menunduk. Walaupun dalam posting aku kadang kala ada pujian dari rakan maya, biasanya aku kembalikan semula segala puji-pujian itu hanya untuk Allah. Dia yang layak mendapat pujian, sebab!... aku hanya menulis dan ilham itu datang daripadaNya. Dan sejujurnya aku bilang! pujian itu membawa aku kearah kesedihan. Ia mengembalikan sebahagian kenangan pahit masa laluku. Bayangkan... aku sejak zaman persekolahan berangan nak jadi Penulis. Bila tamat tingkatan 5, aku dah berjinak-jinak jadi penulis cerita pendek atau cerpen. Bila aku dah hijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja belakang tabir sebagai Krew Drama, dari situ aku belajar menulis skrip. Oleh kerana belum ada rezeki sebagai Penulis Skrip, aku buat macam-macam kerja dalam Bidang Seni sebagai Handyman, konti, Pembantu Produksi, Berlakon dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, nawaitu aku tetap mengutamakan kejar impian nak berjaya sebagai Penulis Skrip yang berdakwah cara Pena. Namun usaha yang murni belum tentu berjaya tanpa izin Allah walaupun kita bermati-matian berusaha. Sehingga kesatu tahap ia membebankan jiwa aku, dan akhirnya aku buat keputusan bakar seluruh karya-karya ku serta perlahan-lahan berundur dari Bidang Seni yang amat aku minati. Dan Alhamdulillah, sedikit pun aku tak menyesal! bahkan ia menghilangkan bebanan jiwa yang terpaksa aku tanggung dengan berbagai ujian seperti kerenah birokrasi dari Penerbit Drama dan Filem. Karya di ciplak setelah aku di rendahkan kononnya karya aku tak berapa bagus. Malas nak bongkar cerita lama yang tak berfaedah buatku masa sekarang yang telah menemui ketenteraman dalam beribadah. Cuma seperti yang aku katakan di awal tadi, pujian hanya meresahkan jiwa. Untuk apa aku gembira bila di puji padahal aku telah gagal dalam mencapai cita-cita. Lagipun aku menulis sekadar melepaskan isi hati yang Imannya adakala naik dan kadangkala turun. Tujuan utama aku bercerita adalah menasihati diri aku sendiri, kalau orang lain suka sebab ada pengajaran dan bermanfaat buat mereka! Alhamdulillah. Aku tak ada untung apa-apa, dan aku tak pernah beli follower. Biar sedikit rakan maya tapi berkualiti. Fikir-fikirkanlah...



















