Mati Itu Satu Kepastian
Hari ini kita bergelak ketawa! entah esok lusa mungkin tak berkesempatan lagi. Aku dah lihat ramai kawan sekerja yang tiba-tiba dah kembali Menghadap Ilahi. Tak ada sakit! sihat walafiat, terus mati. Benar kata orang, mati tak kira tua atau muda. Tapi yang menyedihkan apabila mati dalam keadaan miskin keimanan. Bagaimana nanti nak menghadap Tuhan?.
Masih terbayang-bayang lagi jiran sebelah rumah yang punya anak nakal dan tak dengar kata. Tahu-tahu Mak dia meninggal dunia tanpa sakit, bagaimana perasaan anaknya jika dia tahu bertapa telah berdosa kepada orang tuanya tanpa sempat meminta maaf. Itu kalau ada kesedaran, tapi yang aku lihat! tak lama selepas itu boleh bergelak ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini semua hasil didikan keluarga yang jahil.
Aku lihat seorang lagi jiran yang rajin solat 5 Waktu walau tak berapa sihat. Tiba-tiba tinggalkan dunia ni sekelip mata. Tapi sekurang-kurangnya dia pergi dalam keadaan Menyembah pada Allah yang Esa. Beruntung orang sebegini, Alhamdulillah.
Aku dah lama ingat mati tapi tak mati-mati jugak. Syukur Allah beri kehidupan untuk aku menambah baikkan amal ibadat yang masih jauh kekurangan. Sentiasa dalam debaran tatkala melihat seseorang meninggal dunia di tempat baru. Kat Mesjid pun kadang kala jumpa jenazah yang bakal di solatkan selepas Berjemaah, dan sebenarnya itu satu peringatan buat kita jangan leka dan lalai.
Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini sebenarnya, adakala takut! adakala bagai bersedia untuk kembali kepada yang ampunya diri iaitu Allah. Kalau nak diikutkan, tak perlu takut sebab kita kepunyaan Allah. Cuma yang di bimbangi adalah tentang dosa kita pada manusia dan Pemilik jiwa ini.
Sebab itulah aku amalkan sedekah kepada Arwah sebanyak mungkin sama ada aku kenal atau tidak! mudah-mudahan bila aku dah tak ada kat dunia ni lagi, ada seseorang yang akan mendoakan aku secara konsisten. Untuk aku! sejak Arwah Bonda Kesayanganku pergi Menghadap Ilahi 14 tahun yang lalu, sejak itu tak pernah tertinggal mendoakannya dan bersedekah di tabung Masjid tiap-tiap minggu. Dan perbuatan itu akan aku teruskan sehinggalah aku di panggil pulang oleh Allah Azzawajalla. Kena ingat, setiap yang mati mengharapkan doa dari kita yang masih hidup di Alam Barzakh. Kasihanilah mereka terutama Mak Ayah kita. Janganlah malas berdoa dan bersedekah! janganlah bermusim hulur doa dan upah Ustaz pula ganti kewajipan kita yang sepatutnya mendoakan mereka. Kalau sayang buktikan dengan perbuatan, lebih-lebih lagi bila seseorang yang kita sayang telah tiada! lagi kuat kita berusaha mendoakannya. Fikir-fikirkanlah.../Muar














