Jangan bertangguh lagi
Kata Buya Yahya, jangan hina pendosa! tak kiralah dosa apa yang telah mereka lakukan. Dirikanlah Solat walau tidak mampu meninggalkan dosa! mudah-mudahan dengan izin Allah, perlahan-lahan kita berubah. Dulu aku tak setuju pendapat ni, tapi penjelasan Ustaz Buya Yahya sedikit sebanyak mengubah pendirianku. Banyak juga Ustaz cakap macam tu di Malaysia, cuma Allah sahaja Maha Mengetahui isi hati para pendosa. Bagi pendapat aku dulu! bila dah dirikan solat, kena usaha tinggalkan kejahatan. Buat apa solat tapi masih bergelumang dengan dosa yang sama. Itu pendapat ku dulu, sekarang aku dengar nasihat Buya Yahya yang tinggi dengan sifat Insan.
Semoga para pendosa yang telah berusaha untuk berubah! teruskan niat suci tu walau pada awal nak mulakan kebaikan memang mencabar. Nasihat aku buat Pendosa seperti ku dahulu, dirikan Solat 5 Waktu sebagai tanda Berterima Kasih kepada Allah atas segala nikmat yang telah di berikan seumur hidup. Masa jahat pun dapat rezeki, inikan pula bila kita dah berhijrah ke arah kebaikan! lagilah banyak pahala kita dapat walaupun bukan itu yang kita kejarkan. Aku tiap-tiap kali nak dirikan Solat, ucap Syukur pada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Dengan cara itu kita lebih tenang jiwa melaksanakan Ibadah. Lakukan tiap-tiap kali saat nak dirikan Solat, Insyaallah... lama kelamaan kamu akan menghargai Allah dan konsisten beribadah kepadaNya. Jangan bebankan diri fikir pasal dosa! jangan dirikan Solat semata-mata kejar pahala. Dirikan Solat 5 Waktu sebab itu kewajipan kita sebagai hambaNya. Sampai bila kita nak biarkan hidup cilaka dari Dunia sampai Akhirat?. Dan menangislah bila datang kesedaran dan keinsafan, bukan paksa menangis seolah-olah Allah tu hendak di perbodohkan seperti makhluk. Lagipun budaya paksa diri menangis ikut tradisi orang bukan Islam bila ada kematian! siap bagi upah lagi walau menangis tak keluar airmata. Dengar boleh! buat jangan, sebab sesetengah Fahaman membolehkan perkara tersebut atas dasar bersama kejahilan dalam Agama. Tapi malangnya mereka tak boleh terima teguran ini sebab dah yakin sangat serta menghalalkan perbuatan kebudak-budakan. Menangis sebab reka dari hati, menangis sebab dah rasa nikmat sujud pada Allah... itu yang terbaik dan penuh keikhlasan. Fikir-fikirkanlah...































