McDonald's

Pengalaman kerja di McDonald's sebagai Customer Service satu kenangan yang tak dapat di lupakan. Di situlah aku baru belajar Whatsapp, pelikkan... tapi benar. Aku lambat terima kemodenan sebab rasa macam susah sangat nak belajar dan rasa tiada keperluan. Lebih suka telefon kalau ada keperluan, dan untuk pengetahuan anda...aku tak ramai kawan sejak dulu sampai sekarang. Bila aku bekerja satu-satu tempat, itulah kawan aku. Bila aku berhenti dan berhijrah ke tempat baru, biasanya aku tukar nombor HP baru. Macam tu lah perangai aku dari muda sampai sekarang, dan kat HP aku ni pun tak sampai 10 kawan sekerja.

Aku tak akan berhubung dengan kawan lama walau tak ada masalah, aku sendiri pun tak tahu kenapa?. Dan aku tak ada jawapan untuk itu, apapun mereka sentiasa dalam ingatan dengan doa yang baik-baik.

Kerja kat McDonald's ni satu kelebihan kalau kita disiplin dan tak suka ponteng, cepat naik gaji dan pangkat! walaupun bukan itu yang aku kejarkan. Dan baru aku tahu bahawa tak kurang 80 peratus milik francais hak orang Melayu. Dan sebab itulah mereka banyak buat kebajikan seperti meraikan Warga Tua di Pusat Kebajikan, Anak-anak Yatim, Talasemia dan banyak lagi termasuk kalau bulan Ramadhan akan di hadiahkan set makanan untuk berbuka puasa.

Oleh kerana di monopoli kebanyakan Bangsa Melayu maka banyaklah bantuan kemanusiaan di salurkan seperti bencana alam, Gaza dan sebagainya. Namun kebencian kepada zionis Israel telah menyebabkan McDonald's di hukum Seluruhnya tidak bagus. Sedangkan banyak lagi produk dan accessories milik Israel masih kita gunakan sampai sekarang. Yang sedihnya! cubaan untuk menjahanamkan perniagaan McDonald's turut membunuh rezeki Usahawan Melayu dan pekerja yang kebanyakannya Islam. Masalahnya kita sendiri tidak mampu mencipta resepi dan ala-ala Perniagaan seperti McDonald's tapi semangat keislaman tak kena tempat. Sedangkan Agama sendiri pun tak mendalami seluruhnya, tapi benda yang kurang penting sibuk nak musnahkan. Dalam pada usaha sokong sekat segala produk milik zionis laknatullah, kita kurang peka nak baiki amalan sendiri yang lebih penting di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

Aku bukan sokong McDonald's! dan aku dah lama berhenti. Yang aku kesian kan adalah nasib Usahawan Melayu dan pekerja beragama Islam yang terjejas pendapat mereka. Kalau benar Islam nak di tegakkan! siap sedia dahulu pekerjaan mereka yang terjejas akibat ketaksuban kita cuba tutup periuk nasi mereka demi membela nasib Palestin. Sedangkan saudara seArab dan seislam berdekatan Negeri mereka pun tak ambil pot. Bagus! bukan tak bagus keprihatinan kita membela saudara seislam yang tertindas dan teraniaya, tapi dalam masa yang sama kita membunuh nasib Usahawan Melayu.

Ada perkara kita boleh campur tangan, tapi ada perkara kita serah pada Allah yang Maha pengatur. Jangan campuri urusan yang bukan urusan kita, selagi kita tidak mampu membela nasib mereka yang kehilangan pekerjaan gara-gara semangat keislaman kononnya. Hududpun tak mampu kita dirikan sebagaimana kita tak mampu menyatukan berbagai fahaman Kumpulan Dakwah yang ada di Malaysia. Sebaliknya Negara yang tak banyak cakap tapi bertindak melaksanakan Hukum Hudud macam Brunei amat membanggakan aku. Kita ni banyak menyalak dari buat perubahan, itu yang memecah-belahkan kita.

Apa pun kini sudah ada Restoran Islamic yang hampir menyamai McDonald's namun perkembangannya amat lembab dalam menambahkan cawangan di seluruh Malaysia. Sepatutnya sebelum bunuh rezeki pekerja dan Usahawan Melayu yang memiliki francais McDonald's, buka dulu Restoran Islamic bagi mendahulukan pengambilan pekerja yang hilang pendapatan akibat ketaksuban membabi buta kita membela nasib orang luar, nasib orang kita keciciran.

Apapun langkah yang pertama kena lakukan Umat Islam kat Malaysia adalah perbaiki kefahaman Islam mereka sendiri. Jumlah orang tak sembahyang lebih ramai dari mereka yang dirikan Solat. Yang konsisten beribadah pula terjebak perpecahan kerana perbezaan pendapat dan fahaman masing-masing dalam Seagama. Memang menghairankan aku sebab! dari Parti yang sama ( terpaksa rahsiakan ) cuma Berbeza fahaman saling bergaduh mulut dan balas membalas dengan cacian dan makian di Media Sosial. Macam mana duduk dalam satu bumbung boleh berantakan hanya perbezaan pendapat. Kalau urusan Agama sendiri pun tak mampu nak di selesaikan dalam Negeri, ada hati nak mencampuri urusan Negara Luar atas nama Islam kononnya.

Sebenarnya Islam kita dalam Negeri dah terjejas teruk, cuma kita tidak ambil peduli dan ambil tahu secara serius. Orang Melayu yang tak solat memang ramai! tapi yang keluar Islam lagi ramai. Kerajaan tutup rahsia ini supaya kita tidak gelabah, namun perancangan Allah lebih hebat dari itu di mana orang bukan Melayu lebih ramai masuk Agama Islam terutama Bangsa Cina. Tapi itupun jadi isu dengan cuba memecah perpaduan kaum yang kita pertahankan selama ini dengan tuduhan kononnya Cina nak menjajah Negara kita. Tak ada maknanya, sebab Bangsa Cina dah belajar dari kesilapan hasil kejatuhan Dinasti Ming, Tang dan sebelumnya di China akibat peperangan sesama sendiri. Mereka kini lebih suka menjajah ekonomi sebab itu adalah kemahiran mereka. Cuma untungnya Cina menguasai ekonomi dunia kebanyakannya beragama Islam! ini fakta bukan auta. Sedangkan zionis Israel mengusai ekonomi dunia untuk menjahanamkan Islam. Jadi persoalannya kenapa nak melatah bila Bangsa Cina berjaya dengan ekonomi mereka. Kita kena sokong sebab dengan kekuatan Cina menguasai ekonomi dunia bakal menundukkan Zionis serta rakan sekutunya Amerika pembodek Setan.

Aku cuma bagi pandangan, jangan cemuh sebab aku tahu cakap orang awam macam aku ni tak laku dan tidak akan berlaku perubahanpun. Ia umpama angin yang berlalu dan akhirnya terlupakan. Cuma yang aku harap belajarlah mendalami Ilmu Agama seperti Tauhid, Faekah dan Tasawuf agar kita faham tujuan apa di lahirkan sebagai Islam! bukan Agama ikut-ikutan dari Nenek Moyang. Betulkan akidah masing-masing walaupun Negara kita hanya mengamalkan Islam sebagai Agama Rasmi sahaja seperti yang dijelaskan oleh Allahyarham Teuku Abdul Rahman. Belajar Sejarah untuk pengetahuan! dan mendalami Agama untuk keselamatan akidah agar tetap terpelihara dari kesesatan yang halus. Fikir-fikirkanlah.../Muar

1 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiPengalaman bekerja di McDonald's bukan sekadar soal belajar kemahiran kerja, tetapi juga membuka mata tentang realiti sosial dan ekonomi yang jarang diketengahkan. Sebagai pekerja, saya juga melihat bagaimana sistem francais ini sebenarnya banyak dimiliki oleh usahawan Melayu, dan melalui perniagaan ini, mereka bukan sahaja mendapat pendapatan yang stabil, malah turut menyumbang kepada aktiviti kebajikan yang sangat membantu golongan yang memerlukan seperti warga tua, anak yatim, dan pesakit talasemia. Namun, cabaran terbesar adalah persepsi masyarakat sendiri yang kadangkala memandang sinis perniagaan sebegini, terutama apabila isu geopolitik seperti konflik Gaza dan tuduhan terhadap produk-produk tertentu timbul. Hal ini secara langsung memberi impak kepada peniaga dan pekerja Melayu Islam yang bergantung kepada perniagaan ini untuk rezeki mereka. Menjadi sedih apabila kesetiaan dan sokongan kepada saudara Islam di luar negara menyebabkan kerugian kepada saudara kita sendiri di sini. Saya juga merasakan bahawa semangat keislaman kita perlu lebih berasaskan ilmu dan kefahaman mendalam, supaya tindakan kita tidak mengakibatkan kemudaratan kepada komuniti sendiri. Perbezaan fahaman dalam kalangan umat Islam di Malaysia menghalang perpaduan dan tindakan yang lebih berkesan untuk memartabatkan Islam di peringkat nasional. Selain itu, dalam perjalanan saya, saya menyedari bahawa memajukan restoran halal atau restoran Islam yang mampu bersaing dengan jenama besar seperti McDonald's harus menjadi agenda utama. Ia bukan saja dapat menggantikan ruang perniagaan tetapi lebih penting, menjadi platform memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang terkesan. Namun, cabarannya adalah perkembangan industri makanan Islam ini masih tidak pantas kerana pelbagai kekangan dari segi modal, pemasaran, dan pemahaman pelanggan. Lebih mendalam, kita perlu mengakui bahawa masalah umat Islam di Malaysia bukan hanya soal ekonomi, tetapi juga roh keagamaan yang semakin pudar. Statistik yang menunjukkan ramai yang tidak mengamalkan solat dan wujudnya perpecahan fahaman dalam Islam memberi isyarat perlunya kita kembali kepada asas ilmu tauhid, fiqh, dan tasawwuf untuk membina akidah yang kukuh dan perpaduan yang mantap. Untuk itu, masyarakat perlu mengambil inisiatif mendalami ilmu agama, mengamalkan sunnah dan membuang budaya negatif yang memecah-belahkan. Sambil kita membela nasib saudara kita di Palestine dan negara Islam lain, jangan pula lupa untuk menjaga dan memajukan saudara serta komuniti kita di sini supaya tidak terkilan dan terabai. Pengalaman bekerja di McDonald's juga mengajar saya tentang nilai disiplin, kerja keras, dan keikhlasan dalam tugas. Nilai-nilai ini sangat penting untuk diamalkan dalam hidup kerana ia membuka banyak peluang dan membina sahsiah diri yang kuat. Semoga pengalaman dan pandangan ini memberi perspektif baru buat pembaca dalam menilai isu yang kompleks ini dengan penuh hikmah dan pertimbangan yang seimbang.

Cari ·
burger Malaysia

Siaran berkaitan

McDonald’s x POP MART🤩🔥
This collab is everything wish it could be in Malaysia🥺 #mcd #popmart #collaboration #fav #popmartmalaysia
Syok Kaki 👣

Syok Kaki 👣

7 suka

Gambar menunjukkan promosi ganjaran McDonald's untuk hidangan percuma. Ia menampilkan dua ketul ayam goreng, kentang goreng, dan minuman Coca-Cola, dengan teks 'FREE 2pcs Ayam Goreng McD™ McValue Meal (M)' dan 'Spicy Meal Deal'.
Imej ini memaparkan iklan aplikasi McDonald's dengan tawaran 'LET'S MAKAN SOON!' dan 'FREE 2pcs Ayam Goreng McD™ McValue Meal (M)'. Bahagian bawah menunjukkan ikon navigasi aplikasi seperti Home, Rewards, Order, dan McDelivery.
Skrin ringkasan pesanan menunjukkan hidangan McDonald's percuma. Ia menyenaraikan 2pcs Ayam Goreng McD Regular Medium McValue Meal, kentang goreng, dan Coca-Cola, dengan jumlah bayaran RM 0.00 untuk subtotal dan cukai.
McDonald’s Set Meal Free 😍
#Mcdonald #Mcd #freebiesmalaysia #freemeals
I’m Infinitee 🥰

I’m Infinitee 🥰

7 suka

Keluarga berpose dengan patung Ronald McDonald bersaiz sebenar di hadapan dinding kuning dengan logo McCafé. Mereka kelihatan gembira di kawasan yang dihiasi dengan promosi McDonald's.
McDonald's collection museum
#Lemon8Malaysia #Lemon8Tutorial #Lemon8
Top Fast Food Toy Collections

Top Fast Food Toy Collections

0 suka

telor sarapan ala McDonald
#hematbiaya #teloralamcd #lemon8 #masaksendiri
Kitchen By Mami

Kitchen By Mami

106 suka

Pelbagai barangan promosi Mekdi X Powerpuff Girls, termasuk beg syiling berbulu dan cawan McFlurry, dengan bendera China di latar belakang.
Beg syiling berbulu biru berbentuk hati dengan watak Powerpuff Girls Bubbles dan burger di dalamnya, dipegang oleh tangan.
Tiga beg syiling berbulu berbentuk hati berwarna biru, hijau, dan merah jambu, setiap satu dengan watak Powerpuff Girls dan burger, dipegang oleh tangan.
Why Mekdi Malaysia Tak Ada 😭
#SetujuTak #powerpuffgrils #mekdi #Mcd #cute
OH~MY Sharing

OH~MY Sharing

27 suka

Imej menunjukkan koleksi kad keahlian digital seperti McDonald's, Petron, BonusLink, Watsons, Secret Recipe, FamilyMart, dan MYNEWS yang disimpan dalam aplikasi dompet digital, menyerupai Apple Wallet, untuk kemudahan pengumpulan mata dan pembayaran tanpa tunai.
Tangkapan skrin aplikasi Pass2U Wallet menunjukkan pilihan untuk mengkategorikan dan menguruskan pas digital. Ia termasuk tetapan untuk kandungan kod bar (QR code), pilihan 'Visible' untuk paparan kod bar, dan medan untuk masa luput serta lokasi berkaitan.
Imej memaparkan tab 'NEW' dalam aplikasi Pass2U Wallet, menunjukkan pelbagai pas digital yang baru ditambah. Antaranya ialah kad diskaun EssilorLuxottica, tiket PETRONAS Malaysia Open 2024, kad Petron Miles, dan kad Petronas Mesra.
Apple Wallet 😍✅
I is jenis cashless dan collector point. kalau boleh tanak bawak purse. pasni takyah buka apps satu2 dahh jimat storage phone. tekan je double click side button hihii thanks sebab dah mudahkan tips nii🫶🏻 At first. Dload apps pass2u wallet (ios only). search apps yg u nak buat kad tu. Cth: petro
🤍

🤍

630 suka

Open house nak jimat tapi tetap nak nampak “wow”? Hani share menu favourite ramai . Laksa Utara bawah RM100 je! Tak perlu pening nak ke pasar, tak payah bersesak. Semua bahan Hani order je dari GrabMart Pasar Tani terus sampai depan rumah Senang, cepat & lengkap! Sambil tunggu bahan sam
Hani | Cooking and Baking

Hani | Cooking and Baking

180 suka

Gambar menampilkan hidangan McDonald's yang terdiri dari kentang goreng, burger McSpicy Chicken Filet terbungkus, dan es krim cone dengan isian hijau. Struk pembelian dan alas kertas bermotif juga terlihat.
McDonald's
JanGendut Tenan

JanGendut Tenan

1 suka

Imej promosi menunjukkan Nasi Lemak dengan ayam goreng rangup disiram Kuah Gulai McDonald's LIMITED. Bahagian bawah menunjukkan kuah disiram ke atas ayam goreng dan ayam goreng yang telah disiram kuah dipegang tangan.
Kuah Gulai McDonald's sedang disiram ke atas seketul ayam goreng rangup yang diletakkan di dalam kotak. Kuah berwarna oren kekuningan menutupi permukaan ayam.
Seketul ayam goreng rangup McDonald's yang telah disiram sepenuhnya dengan Kuah Gulai, diletakkan di dalam kotak. Ayam kelihatan disaluti kuah pekat berwarna oren.
🍔 dah cuba kuah Gulai terbaru di Mcd ?
Kuah Gulai mcd yang viral sgt beberapa hari ini. Baru sahaja cuba, makan dengan nugget memang tak sedap langsung! Tapi bila tuang atas ayam goreng spicy, sedup gila😋🍗 Cuma saya nasihatkan tuang seketul ayam goreng dh cukup, sebab lepas makan seketul terus rasa muak. #Mcdonald #mekdi #vir
SharingOnly

SharingOnly

9 suka

Burger Spicy Chicken McDeluxe dipegang tangan, dengan promosi RM7.70 dan tawaran satu hari sahaja dari 7 Julai 10 pagi hingga 8 Julai 3:59 pagi.
Burger Spicy Chicken McDeluxe (Ala Carte) berharga RM7.70, dipegang di hadapan latar belakang McDonald's.
Seseorang memegang burger Spicy Chicken McDeluxe, dengan teks "Promo Terhangat 7.7" yang hanya sah pada 7 Julai 2025.
🇲🇾Spicy McDeluxe only RM7.70??
You: “RM7.70 can’t buy anything nice.” McD: “Hold my burger.” 🍔👑 Get the Ala Carte Spicy Chicken McDeluxe for just RM7.70 with any McValue Meal — for one day only! 💥 7 July, from 10am (7/7) – 3:59am (8/7) or until store closes ✅ Promotion available in-store, drive-thru, and delivery. 📍 Availab
Foodiver Malaysia

Foodiver Malaysia

17 suka

Pelbagai produk kentang beku seperti hash brown dan kentang goreng dari beberapa jenama, dipamerkan di lorong peti sejuk pasar raya. Teks bertindih menyatakan "Sharing my love food MCD Hash Brown | Fries".
Sebungkus hash brown beku, digambarkan sebagai rangup dan keemasan asli, bebas perisa tiruan, pewarna tiruan, lemak trans, dan kolesterol.
Sebungkus pati hash brown segi empat tepat beku, dibuat dengan kentang sebenar.
🛍️ which are your favourite brand?
Setiap kali bangun tidur tidak dapat membeli sarapan MCD 😿 Kekasih saya mengesyorkan makanan gorengan jenama yang saya suka Yang paling saya suka adalah kentang goreng keriting 🍟 dan Hash Brown 💗 . Apa yang anda selalu beli kembali? #mcd #lemon8review #hashbrown #mcdonalds
yeong ppenny

yeong ppenny

520 suka

Gambar menunjukkan tangan di atas semangkuk mi atau sup, dengan teks besar "9 Cara Mak Saya Berbajet" di atasnya. Logo Lemon8 dan nama pengguna juga kelihatan.
Gambar dari atas menunjukkan beberapa tangan sedang makan hidangan hotpot, dengan teks "Homecook Food Only". Teks di bawah menjelaskan tentang tidak makan di luar dan hanya makan masakan ibu.
Gambar latar belakang sebuah kedai dengan teks "Ajar Anak Nilai Wang". Teks di bawah menerangkan bagaimana ibu mengajar anak-anak tentang nilai wang dan membandingkan harga sejak kecil.
9 Cara 💰Berbajet Cara 👲🏻Orang Cina Dulu2
Kita ni berasal dari keluarga B40. Masa kecil, bapak sy kerja 🧼🚗cuci kereta, mak sy pulak tak kerja sebab jaga kita. Tapi berkat mak sy yg pandai bajet, kita sekeluarga tak perlu hidup susah. Sampai sekarang pun sy terbawa2 cara mak sy bajet tu. #MomenTakTerlupa #HidupBajet #RuangEmosi
Ying

Ying

167 suka

Gambar menunjukkan tiga ketul McD Tenders (pedas dan biasa) dalam dulang, bersama sos Sour Cream & Onion dan resit. Teks "Percuma McD Tenders guna points mcd app" tertera di atasnya.
Tangan memegang resit McDonald's yang menunjukkan diskaun "App Deals" sebanyak RM13.02, menjadikan jumlah bayaran RM0.00. Di latar belakang, kelihatan dua ketul ayam tenders dan minuman.
Tangkapan skrin aplikasi McDonald's menunjukkan tawaran "Rewards" untuk 3pcs Ayam Tenders McD™ (Spicy/Regular/Mixed) yang boleh ditebus dengan 2000 mata.
Percuma McD Tenders 2000 markah blh tukar
Korang harini I nk kongsi satu cara utk dpt 3 ketul mcd tenders scr percuma 🍋🍋🍋 Boleh guna McD app tiap² kali beli mcd Kumpul sampai 2000 markah dh blh tukar Ada byk lagi blh tukar spt burger Thai (produk baru tu), 2 ketul ayam goreng etc Geng² mcd jgn miss out tawaran hebat ni hehehhe bg I
Aurora Ong

Aurora Ong

3 suka

Lihat lagi