Gelandangan! tentang mereka.
Nama aku Amir! aku dah hampir beberapa kali nak jadi gelandangan, mujur Allah Tolong aku pada saat akhir yang tepat. Antara faktor penyebab aku hampir hidup merempat kerana sakit misteri! di aniaya Majikan dan tekanan dari darah daging sendiri. Cuma aku cepat mencari jalan penyelesaian dengan tekun menyimpan duit dari pekerjaan baru lalu menyewa bilik.
Dari muda aku dah merantau, dan kebiasaannya duit simpanan mesti ada sekurang-kurangnya dalam 2 Ribu Ringgit. Sebab! pertama bila hijrah ke tempat baru, kena cari bilik sewa dulu. Kemudian baru cari kerja! dan adakalanya nasib tidak menyebelahi kita apabila terpaksa tunggu sebulan dua. Itu jarang berlaku pada aku yang tak memilih pekerjaan asalkan halal. Cuma hasil pengalaman yang lalu, aku akan pilih kerja yang kurang toksik. Jika Allah Berkehendak maka kita amat bertuah apabila bukan hanya dapat rakan sekerja yang baik tapi Majikan yang jaga kebajikan orang bawahannya.
Ramai anak muda buat kesilapan dengan hijrah ke Bandar-bandar Besar untuk mencari peluang kerja. Tapi wang yang di bawa hanya cukup untuk beberapa hari untuk belanja makan minum. Akhirnya aniaya diri sendiri dengan hidup tidur dimana-mana macam gelandangan. Tapi yang aku simpati adalah individu atau keluarga yang dulu hidup sederhana, cuma atas berbagai dugaan maka terpaksa hidup sebagai gelandangan bukan atas kehendak hati. Ini baru betul gelandangan yang sebenar. Sebab kebanyakan gelandangan yang ada memang pemalas! dan tidak kurang juga mereka punya wang simpanan di Bank berpuluh ribu tapi gemar bergelandangan sebab kalau nasib baik dapat makanan percuma dari NGO bebas serta sumbangan kewangan, dan ini menyelamatkan kewangan simpanan di Bank agar tidak terusik. Memang wujud gelandangan macam ni, bahkan semasa aku pernah kerja sebagai Pengawal Keselamatan dahulu, staff di bank tunjukkan aku salah seorang pengemis yang simpanannya mencecah Ratusan Ribu Ringgit. Rambut sama hitam! kerja menipu macam-macam cara.
Akibat terlalu ramai yang malas dan gemar hidup makan tanggung, title gelandangan jadi pilihan mereka. Ada juga di kalangan mereka yang dulu kaya tapi tiba-tiba jatuh susah dan hidup merempat. Biasanya punca adalah kifarah, dan ujian itu untuk menyedarkan mereka. Malangnya oleh kerana tidak pernah rasa susah, mulalah terkena penyakit mental dan jiwa yang parah. Orang yang pernah rasa susah bagaimana hidup tanpa pertolongan sesiapa akan hidup jiwanya untuk membantu orang lain di masa akan datang bila sudah melepasi ujian hidup yang melarat tersebut. Tiada kata erti serik walaupun adakalanya jadi mangsa tipu gelandangan yang berperangai busuk! di tolong namun tidak di hargai bagai melepaskan anjing yang tersepit tapi kita di gigitnya balik. Binawe punya makhluk perosak...
Ramai juga dari kalangan mereka yang bertaraf Anak Seni tapi hidup jadi gelandangan, cuma yang di kenali sebab mereka pernah popular. Yang belakang tabir macam komposer, pemain gitar kumpulan rock, penulis skrip dan seangkatan dengannya pun ada. Dan mereka juga berbagai kisah kehidupan yang berwarna warni. Ada yang masa hidup mewah tidak beringat! enjoy sana enjoy sini hingga akhirnya papa kedana. Ada juga sebab sakit maka simpanan mereka habis di gunakan untuk perubatan, dan golongan ini perlu di kasihani.
Yang paling sedih! masa berduit tak ingat Allah, bila jatuh susah semakin jauh dari Allah, Astagfirullahaladzim. Miskin di Dunia membawak sampai ke akhirat, kasihan mereka. Sebab itulah aku tak suka berhutang sebab sedar hidup sentiasa bagai roda yang berputar, adakala di atas dan adakala di bawah. Hidup keras! dugaan tak pernah berhenti melanda diri. Berapa ramai orang yang gagal jadi hamba Allah yang bersyukur dalam suka dan duka. Hanya mereka yang konsisten dalam beribadah maka apa keadaan sekalipun di timpa musibah tetap dirikan Solat 5 Waktu. Ini sebaik-baik hamba yang bijaksana mengatur kehidupannya. Fikir-fikirkanlah.../Java House Homestay

















































❤️ rupanya gelandangan juga ada pelbagai jenis..