Adab Berterima Kasih yang betul
Dalam kehidupan kita sehari-harian sering melakukan kesilapan yang tidak disengajakan akibat kejahilan ilmu. Aku sering teringat pesanan Ustaz Dr. Jamilin Kamilin agar apapun kebahagiaan yang datang, ucap Alhamdulillah. Bukan sekadar dibibir tapi rasa melalui hati Nurani. Cuba kita fikir sejenak dan bandingkan tatkala kita berterima kasih sesama dengan manusia dan ucap Alhamdulillah kepada Allah. Sudah tentu ucapan berterima kasih kita pada manusia penuh rasa hiba dan bagai terhutang budi terutama dapat Majikan yang baik contohnya. Rasa kita pada Allah tidak sehebat rasa di hargai sesama makhluk. Sebab itu penting faham Agama terutama bab-bab Ketauhidan. Nak rasa nikmat bagaimana diri kita benar-benar menghargai Nikmat Allah! buat seperti ini. Saya sebelum dirikan Solat 5 Waktu, saya ucap;
YA ALLAH! AKU DIRIKAN SOLAT INI SEBAGAI TANDA BERTERIMA KASIH KEPADA MU ATAS NIKMAT YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN SEJAK LAHIR HINGGA KEHARI INI. TERIMA LAH IBADAH INI YA ALLAH.
Setelah itu barulah aku lafazkan niat solat yang bakal di dirikan sebentar lagi. Begitu juga saat aku hendak naik kenderaan motorsikal ku, aku ucap;
TERIMA KASIH ALLAH! BAGI AKU PINJAM MOTOR NI UNTUK URUSAN DUNIA. SEMOGA AKU TERMASUK HAMBA MU YANG SENTIASA BERSYUKUR.
Walaupun motosikal tu aku beli tunai hasil penat lelah menabung, tapi rezeki itu datang dari Allah atas izinnya jua. Apa yang kita ada hanya pinjaman! tiada satu pun usaha kita akan berjaya tanpa izinNya. Kalau kita tanam tiap-tiap perbuatan semua atas Belas Ehsan Allah Subhanahu Wata'ala maka lama kelamaan kita secara semulajadi akan rasa sayang pada Allah. Sebab nak menghadirkan rasa cinta bukan mudah pada Allah Pemilik Jiwa ini, tapi rasa cinta sesama manusia, sampai lupa diri dan lupa Allah. Aku pernah buat kesilapan dalam menghargai sesuatu, tapi setelah memahami konsep kehambaan dan Ketuhanan maka aku perlahan-lahan perbaiki akhlak diri untuk mengutamakan Allah dalam segala hal. Walaupun agak sedikit terlambat! namun masih bertuah badan ini untuk menyesali segala kesilapan masa lalu yang buta hati. Kita mudah menghargai sesama manusia sebab nampak pemberian mereka, padahal Anugerah Nikmat Allah lagi banyak buat kita seumur hidup namun tidak dapat di rasai. Semoga Allah Ampunkan dosaku dan mudah-mudahan perjalanan masa depan ku bertambah baik dari hari ke hari, Insyaallah. Fikir-fikirkanlah...
Dalam pengalaman saya, mengamalkan adab berterima kasih yang betul bukan sahaja meningkatkan ketakwaan tetapi juga memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan manusia. Ucapan seperti 'Alhamdulillah' bukan sekadar kata-kata, tetapi harus dihayati dengan sepenuh hati supaya kita benar-benar merasai setiap nikmat yang diterima daripada Allah. Sebagai contoh, saya mula mengambil masa sebentar sebelum solat untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah atas segala kurniaan-Nya sejak lahir hingga kini. Ia membantu saya mengingati bahawa solat bukan hanya ritual, tetapi tanda penghargaan dan penghubung kasih sayang antara hamba dan Pencipta. Selain itu, ketika hendak memulakan aktiviti harian seperti menunggang motosikal, saya juga membiasakan diri mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memberikan kemudahan dan keselamatan. Menghargai nikmat Allah adalah penting kerana semua yang kita miliki adalah pinjaman sementara, dan kejayaan kita bergantung sepenuhnya kepada izin-Nya. Dengan sentiasa berterima kasih, kita tidak akan mudah terjebak dengan sifat sombong atau alpa yang sering berlaku apabila terlalu fokus kepada manusia dan mengabaikan rasa syukur kepada Allah. Saya juga menyedari bahawa memupuk rasa cinta kepada Allah tidak mudah dan memerlukan latihan berterusan dalam kehidupan seharian. Kesilapan dalam menghargai dan rasa terhutang budi terhadap manusia boleh diperbaiki dengan memahami konsep ketauhidan yang sebenar. Setelah mendalami ilmu agama, saya perlahan-lahan memperbaiki akhlak diri supaya segala perbuatan diutamakan untuk mendapat redha Allah. Mengamalkan adab berterima kasih yang betul juga membawa ketenangan jiwa dan membuka pintu rezeki yang lebih luas. Saya mengesyorkan agar setiap individu mengambil masa untuk bersyukur dalam pelbagai aspek hidup, bukan sahaja pada waktu tertentu tetapi sebagai gaya hidup. Ini akan membantu kita sentiasa sedar bahawa setiap nikmat yang diterima adalah anugerah dan tanggungjawab untuk dipelihara serta digunakan dengan betul. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi supaya kita semua dapat berterima kasih dengan cara yang lebih ikhlas dan menginsafkan, seterusnya mendekatkan diri dengan Allah setiap hari.


Alhamdulillah.. Allah sangat suka kpd hamba-Nya yang berdosa kemudian bertaubat dgn taubat nasuha berbanding dgn ahli ibadah tetapi sombong dgn amalnya.