Dusta Mendustai

Bukan senang nak dapat Awek yang baik, sebab aku bekas pendosa! ada ke perempuan boleh terima aku?. Pernah cuba pikat satu Awek yang bertudung dan tak tinggal solat! tapi bila aku jujur kisah silam aku, dia putuskan hubungan. Sejak itu aku terpaksa menipu kisah lampau aku bila mencari pilihan gadis yang Solehah.

Akhirnya aku bertemu seseorang yang menjadi idaman aku, budak lepasan Universiti. Perhubungan yang singkat mencambahkan benih percintaan yang manis. Sama-sama pergi Solat Berjemaah dan selalu dengar kuliah Agama dimana-mana jika ada kelapangan.

Dia pernah berkata, kalau aku didapati ada kisah silam yang suram! dia akan putuskan perhubungan. Aku buat bodoh dan tak mahu bercerita takut hubungan ni terjejas. Kalau berlaku pun aku terima kenyataan ini sebab aku memang pendosa! dan layak tidak dihargai. Namun satu perkara yang aku bangga dengan diri sendiri, aku berubah kerana Allah! bukan kerana manusia. Tak kisahlah mereka nak jauhkan diri dari aku asalkan Allah ada disisiku.

Nama dia Fatima, kacukan Pakistan dan Melayu. Dari ceritanya nampak macam seluruh ahli keluarganya orang baik-baik. Sebab Fatima suka isi bakul angkat sendiri, mungkin dia lurus bendul agaknya sentiasa berterus-terang. Aku tak rasa rendah diri, kerana pilihan jadi jahat bukan kehendak hati. Aku datang dari keluarga yang berpecah-belah, Ayah aku kaki botol dan selalu pukul Mak. Dan Mak dibuang keluarga kerana memilih pilihan hati dari pilihan keluarga. Dan kasihan Mak! apa yang dipilih tidak membahagiakan dirinya. Bosan dengan pertengkaran kedua orang tuaku, maka aku bawa diri ke Kuala Lumpur dan tersalah dapat kawan. Tapi aku tak akan menyalahkan sesiapa bila aku di tangkap sebab masuk kumpulan gangster. Mujur aku di bebaskan atas jaminan Polis sebab belum lagi terbabit unsur-unsur jenayah.

Sejak itu aku mula berjinak-jinak campur dengan kumpulan Tabligh untuk bersihkan nama baik sendiri. Sambil itu aku cuba mendalami Ilmu Agama bersama mereka. Hanya bertahan 3 Tahun, lalu aku sudah yakin mampu hidup sendiri jadi yang terbaik dari semalam. Tak akan tinggal Solat 5 Waktu, walaupun badai melanda. Dan sebagai lelaki yang inginkan isteri yang Solehah, maka Fatima merupakan ciri-ciri yang sesuai untuk di jadikan Isteri.

Perhubungan cinta telah berlangsung selama hampir empat tahun sejak keluar dari Kumpulan Tabligh dan bekerja sebagai Despatch.

Kenal Fatima sebab hantar surat lawyers di pejabatnya dimana beliau bekerja sebagai kerani disitu. Satu hari datang seorang lelaki yang mengakui kenal benar dengan Fatima, sebab dia bekas kekasih Fatima sebelum menutup aurat. Tujuannya baik agar aku tidak tersalah buat pilihan hati, ditunjukkan bukti foto-foto lama Fatima yang seksi menjolok mata. Bekerja sebagai GRO di Kelab Malam dahulu.

Aku sedikit terkejut! tak marah... cuma kecewa dengan sikap Fatima pura-pura berlagak suci. Kalau dia tak pernah rendah-rendahkan aku! rasanya dia tetap pilihan hatiku. Tak kisahlah tentang masa lampaunya, yang penting jujur. Aku pulak terpaksa bohong sebab-sebab tertentu, tapi Fatima bohong untuk berlagak sempurna. Itu dua perbezaan antara sikap ku dengan Fatima. Aku berterima kasih pada bekas kekasih Fatima kerana tujuannya cuba nak selamatkan aku. Aku cerita juga pasal kisah lampau aku yang jahil, tapi kata bekas kekasih Fatima! Fatima lebih teruk dari itu. Siap tunjukkan video lucah dengan berbagai lelaki.

Yang itu aku terkejut beruk! Masyallah... memalukan. Aku kecewa dengan penipuan Fatima selama ini. Kenapa terlalu meninggi diri datang dari keturunan baik-baik! tapi kenyataannya dia lebih buruk dari aku. Jikalaulah dia jujur dari awal dan tidak merendah-rendahkan aku, rasanya pasti aku mungkin dapat menerima beliau seadanya. Mungkin... aku tak tahu! yang berat ni pasal ada video lucah dengan berbagai lelaki itu yang buat aku hilang pertimbangan nak buat keputusan.

Sejak hari itu aku banyak termenung panjang, apakah aku masih nak bersama dengan dia?. Kalau dah berumahtangga, tiba-tiba video lucah tersebut tersebar! bolehkah aku hadapi bersamanya rasa malu kat dunia?. Entahlah... aku tak ada jawapan masa ni. Akhir zaman banyak rupanya manusia berlagak sopan tapi busuk didalam.

Aku tak nak peningkan kepala, tak ada teman hidup pun tak akan menjejaskan Ibadat aku. Aku sentiasa konsisten nak jadi manusia yang tetap istiqamah nak jadi Insan yang Soleh. Ada jodoh! Alhamdulillah, tak ada jodoh pun Alhamdulillah. Apa yang aku kena buat sekarang adalah bertemu dengan Fatima dan menceritakan kisah silamku padanya, saja nak tengok reaksinya. Sebaik bertemu, aku ceritakan segala-galanya pada Fatima tanpa sorok sedikit pun. Fatima merasa marah dan tertipu, aku perhatikan saja lakonan hidupnya yang super perfect. Dia minta putuskan hubungan, aku gembira dengan permintaannya. Sebelum berpisah! aku tunjukkan beberapa foto lamanya semasa jadi GRO bersama video lucah yang aku simpan dalam HP. Dia tergamam! malu besar sampai tak boleh nak kata apa-apa. Dia beredar tergesa-gesa meninggalkan aku tersenyum simpul. Tiba-tiba rasa lega perasaan ini dan mula tak nak cari teman hidup lepas ni. Aku buang semua foto Fatima dengan koyakkan sampai hancur serta padam semua video lucah pemberian Bekas Kekasih Fatima. Tak baik simpan benda aib orang, cukuplah Allah dah tutup aibnya. Aku terus beriktikaf di Masjid dengan azam untuk menambah baikkan amal ibadat ku kepada Allah lebih baik dari semalam, Insyaallah. /Muar

6/3 Diedit kepada

... Baca lagiCerita Dusta Mendustai ini sangat membuka mata tentang realiti kehidupan dan kepentingan kejujuran dalam hubungan percintaan. Berdasarkan pengalaman sendiri dan ramai yang saya temui, berterus terang walaupun berat itu sebenarnya membina asas hubungan yang lebih kukuh. Ramai pihak takut berkongsi kisah silam kerana bimbang akan ditolak, tetapi seperti yang diceritakan, perubahan yang dilakukan atas dasar keimanan dan hati yang ikhlas memberi harapan baru untuk mendapatkan kebahagiaan. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang menekankan nilai-nilai murni seperti solat dan akhlak yang baik, kisah ini mengingatkan bahawa tidak semua yang kelihatan suci itu benar-benar sempurna. Kadang-kala mereka yang berpura-pura suci mungkin menyembunyikan rahsia yang berat. Oleh itu, penting untuk kita belajar tidak menghukum seseorang hanya berdasarkan penampilan sahaja. Pengalaman bergabung dengan kumpulan Tabligh yang disebutkan juga memberi gambaran bagaimana aktiviti keagamaan boleh menjadi jalan keluar dan pembentukan jiwa yang positif. Ia menunjukkan proses transformasi diri bukan hanya melalui kata-kata, tetapi dengan tindakan nyata seperti konsisten dalam ibadah dan pemilihan teman yang baik. Saya juga ingin menekankan bahawa kesabaran dan keazaman untuk istiqamah dalam ibadah adalah kunci utama dalam perjalanan menjadi insan yang lebih baik. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk dikhianati dan dikecewakan, tetap berpegang pada agama dan nilai tersebut akan membimbing kita ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Cerita ini juga memberi peringatan kepada kita supaya tidak menyimpan aib orang lain, kerana segala-galanya adalah urusan Allah. Lebih baik kita fokus pada pembangunan diri sendiri dan memberi ruang untuk orang lain berubah dan membaiki diri. Kesimpulannya, perjalanan kehidupan dan percintaan adalah kompleks dan memerlukan keberanian, kejujuran, dan keimanan supaya dapat melalui segala dugaan dengan penuh hikmah.

9 komen

Imej Marsianah Fahir
Marsianah Fahir

Allahu Akbar 🥺 astaghfirullahaladzhim..

Lihat lagi(2)
Imej Al Faqir137_
Al Faqir137_

Kisah kehidupan manusia sama ada hanya sekadar penulisan atau kisah nyata namun membuat aqal berfikir dan sekaligus rasa syukur kpd Allah atas Kurnia Ni’mat yang sangat banyak.

Lihat lagi(1)

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Nikmat Tuhan Mana Yang Engkau Dustakan
#MyJourney #arrahman #doamustajab
Mama Riri Rara

Mama Riri Rara

6 suka

NIKMAT APA LAGI NAK KITA DUSTAKAN
#Allahummasollialasayyidinamuhammad #akusukaakutulis
Broken Heart💔

Broken Heart💔

13K suka

LAGI KAU BERDUSTA
Kata-kata pagi ni ☀️ Tak semua hari datang dengan senyuman, tapi setiap pagi datang dengan peluang. Kalau hati masih bernafas, erti kata lain—kita masih kuat. #paginini #katahariini #tenang #teruskuat
cik B

cik B

4 suka

NIKMAT APA YANG KAMU DUSTAKAN
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" adalah terjemahan dari ayat ke-13 Surah Ar-Rahman (فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ). Diulang 31 kali, ayat ini menegur manusia dan jin untuk bersyukur atas segala karunia Allah—dari napas hingga rezeki—dan tidak mengingkari kas
Afiz Go Forward

Afiz Go Forward

1 suka

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakan kau dustakan”
Abamproton

Abamproton

0 suka

Imej menunjukkan petikan motivasi berwarna hitam dengan garisan putih di atas latar belakang ungu muda. Petikan itu berbunyi: 'tiada lagi kata² untuk lelaki yg sering mendustai isterinya..biarlah allah ta'ala sahaja yg menberinya pengajaran. #ituygkurasa'.
tiada lagi kata² untuk lelaki yg sering mendustai
ramai suami zaman sekarang yg berperangai begini.ingat lah wahai suami² .. yg di luar bukannya selamanya cantik dan baik ahklaknya jika dia baik dia tidak akan menhancurkan kehidupan seorang wanita kerana dia juga wanita. #SembangHati
zielahmohd

zielahmohd

1 suka

nikmat mana hendak Engkau dustakan!
selalu kita dengar ayat ni kan baik waktu baca Al Quran maupun dlm setiap posting org lain. now bila mengembara ke luar, ayat tu betul² terasa dlm hati.
Faez

Faez

0 suka

Like Dust in the Wind, Just Brush It Off 💨
Bila fikir balik, penat sebenarnya nak layan setiap habuk yang keluar dari mulut manusia ni. Tapi lama-lama sedar satu benda: mulut orang ni, ada yang jenis boleh sapu bersih, dan ada yang memang kena biar berterbangan sampai hilang sendiri. 🤫 Yang Boleh Disapu Bersih (Prove Them Wrong) - Jenis
𝑴𝑨𝑲  𝑺𝑰𝑵𝑮𝑨 ♌

𝑴𝑨𝑲 𝑺𝑰𝑵𝑮𝑨 ♌

1 suka

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 🍀☘️🌳🥺☹️😢
Kadang-kadang timbul perasan dan bermain difikiran, Ya Allah... Kenapa lah susah sangat hidup aku ni? Tatkala kehidupan orang lain sudah dapat apa yang mereka inginkan seperti berkahwin, punyai kereta, beli rumah, jalan-jalan ke sana ke sini, perniagaan nya yang maju, tiada hutang atau mempunya
Aizuan's Thing

Aizuan's Thing

243 suka

dusta
@1sr4 s4rt1k4.🥰🥰

@1sr4 s4rt1k4.🥰🥰

2 suka

TIME PHORIA - Stellar Dust Lip Stain 5ml💄
TIME PHORIA - Stellar Dust Lip Stain 5ml Lip stain berkinerja tinggi yang memberikan warna cerah dengan daya tahan luar biasa. Dibuat dengan teknologi formulasi "2 in 1 Hybrid lip" yang inovatif untuk memberikan pigmentasi yang intens, memastikan bibir yang tebal dan menarik tahan lama t
c0wkie5_

c0wkie5_

41 suka

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Kadang kita merasa hidup ini berat… Ujian datang silih berganti, hati lelah, pikiran penuh, dan air mata terasa lebih sering jatuh tanpa suara. Namun Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya: "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Q.S. Ar-Rahman: 13) Ayat ini bukan
FITRIAWATI

FITRIAWATI

0 suka

NIKMAT YANG MANA KAU DUSTAKAN...
SYUKUR NIKMAT YANG DIBERI SELAGI MASIH ADA DAN DOAKAN SAUDARA SEISLAM KITA DI PALESTIN, MOGA MEREKA DITABAHKAN HATI MEREKA DAN DIBERI PERTOLONGAN OLEH ALLAH SERTA DIBERI SYAHID ATAS PENGORBANAN MEREKA, AAMIIN🤲 RAKYAT MALAYSIA🇲🇾 MENYOKONG KEMERDEKAAN RAKYAT PALESTIN🇵🇸, MENENTANG KEZALIMAN REJIM ZI
B0SS7

B0SS7

250 suka

Mengapa Orang Berani Berdusta? Ternyata Karena Ini
⚠️ 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗥𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜𝗡𝗬𝗔 🎙 Disampaikan oleh: 𝗔𝗹-𝗨𝘀𝘁𝗮𝗱𝘇 𝗨𝘀𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗿𝗶 حفظه الله Muhammad bin Ka’ab رحمه الله berkata: “𝙋𝙚𝙣𝙙𝙪𝙨𝙩𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙪𝙨𝙩𝙖 𝙠𝙖𝙧𝙚𝙣𝙖 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙣𝙖𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙞𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖.” Artinya, seseorang berani berdusta karena 𝗷𝗶𝘄𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻. Adapun
NASEHAT INSPIRASI

NASEHAT INSPIRASI

0 suka

Gambar menunjukkan sajadah dan mukena dengan kutipan Surah Ar-Rahman ayat 13: "Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?" Terdapat juga profil pengguna Lemon8 dan usia.
Gambar menampilkan sajadah dan mukena dengan transliterasi Arab "Fa biayyi âlâi rabbikumâ tukadzdzibân" dan terjemahan ayat 13 Surah Ar-Rahman.
Gambar sajadah dan mukena dengan teks yang menjelaskan bahwa ayat tersebut diulang 31 kali dalam Surah Ar-Rahman untuk menekankan perenungan nikmat Allah.
Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?
Assalamualaikum sobat lemon Ayat2 apa yang sobat lemon sukaa aku salah satu nya suka ayat ini : QS 55 ayat 13 adalah Surah Ar-Rahman ayat 13 yang berbunyi, "Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?". Ayat ini berfungsi sebagai pengingat akan kekuasaan dan nikmat Allah yang s
Laras Yunia Kurniawati

Laras Yunia Kurniawati

7 suka

Kepentingan membuang Dust-Mites!
Tonton video Ini untuk tahu betapa pentingnya pembasmian Dust-Mites daripada tilam anda! #goodhealthstartsathome #urbanhygienist #lemon8malaysia🍋 #Maxima
Urban_Hygienist

Urban_Hygienist

0 suka

🫧BYE - BYE BACK ACNE! BYE BYE DUST MITE SCAR☁️✨
Lately ni i memang titikberatkan soal body care routine. I baru perasan, bukan muka je kena jaga, kulit badan pun perlukan deep cleansing yang betul. 🧴 I’ve been using this ClearLab Sulfur Mite Removal Soap and honestly, it’s a game changer! • The Experience: Rasa macam tengah mandi kat spa s
Aty Isma

Aty Isma

0 suka

🏝nikmat tuhan mana lagi yang kau dustakan
#ReviewJujur #CeritaLebaran #AntiBoncos #TipsLemon8
Peyong Hamsik

Peyong Hamsik

9 suka

Lihat lagi