Kisah dan Tauladan

Duduk dalam penjara hampir 5 Tahun akibat pukul orang hampir mati, tak sangka akhirnya aku boleh jadi Manusia. Dulu kerja Bouncers maka tugas aku melindungi Majikan dan harta bendanya. Biasanya selalu terlepas dari dakwaan, tapi kali ni sangkut pasal orang yang aku pukul buat hal Anak Orang Kenamaan. Adakah aku menyesal digelar Banduan?... tidak sama sekali. Bahkan aku bersyukur kerana dapat hukuman kat dunia lagi. Lebih membahagiakan aku adalah sebaik lepas bebas dari penjara! aku hanya fikir nak cari kerja yang halal lagi berkat dan konsisten dalam beribadah kepada Allah Azzawajalla.

Lima tahun dalam penjara, aku tinggal dengan banduan yang bergelar Ustaz. Tak sangka aku! sejahat-jahat aku yang jahil ni, ada juga orang yang faham Agama pun masuk penjara kerana makan duit Anak Yatim. Seorang Banduan lagi juga Ustaz! kes rogol anak Tahfiz, yang ini aku tengok kecik aje... dah beberapa kali aku nak belasah dia dalam penjara. Bagi aku kesalahannya tidak perikemanusiaan, sanggup memperkosa anak didiknya sendiri di Mahat Tahfiz.

Ustaz yang makan duit Anak Yatim tu perawakan Alim, tapi bila dah pecah amanah maka nampaklah zalimnya. Apapun itu hal dia dengan Allah, aku tak hormat orang macam ni. Mula-mula aku tengok aje mereka Solat Berjemaah, dan mereka pun tak berani ajak aku sebab muka aku sentiasa bengis. Masuk bulan ketiga! hati aku meronta-ronta nak solat pasal Ustaz Amin ni bacaan Al-Quran sentiasa menusuk jiwa aku, dahlah merdu! siap bagi tafsir yang sengaja bagi aku dengar agaknya. Akhirnya ego aku kalah dan minta nak jadi makmum. Tak lama selepas tu, aku mintak nak belajar mengaji. Aku buat sebab aku berkehendak! tanpa paksaan sesiapa.

Hasil dari pengalaman duduk dalam penjara, aku sekarang bila dah bebas! dah pandai baca Al-Quran. Dah tak tinggal Solat 5 Waktu, dan yang buat aku bersyukur sangat pada Allah adalah dapat kerja bersihkan Mesjid..Itu Nikmat yang paling besar yang aku dapat dekat dengan orang yang baik-baik. Allah ni Maha Pengasih! Maha Bijaksana, dan Maha Mengetahui isi hati aku. Kerja kat Mesjid pun tak lama apabila ada satu jemaah yang rajin menegur sapa aku dan akhirnya jadi sahabat baik. Dia bagi aku peluang kerja dengannya jadi Mandor Kontraktor Perumahan. Kerja aku cuma pastikan semua pekerja buat kerja dengan betul dan tidak curi tulang. Tapi aku minta izin Majikan dan juga sahabat baik aku agar beri kebenaran untuk ajak pekerja Solat Berjemaah bila sampai waktunya. Alhamdulillah, diberi kebenaran dan semua pekerja kontraktor tidak terlepas dari waktu Solat semasa bertugas. Namun kerja-kerja pembinaan tetap siap dan dengan izin Allah cepat siap dari jangkaan. Inilah hasil ikhlas dalam beribadah dan mencari rezeki yang halal.

Aku selalu pesan! bukan manusia bagi rezeki, tapi Allah yang bagi rezeki. Bukan manusia berhak tentukan perjalanan hidup kita, tapi kita yang Allah tentukan jalan hidup masing-masing. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa, dan KepadaNya kita Berserah Diri. Jadilah manusia yang tahu balas budi! bukan sesama manusia tapi dengan Allah yang telah banyak Kurnia Nikmat yang berbagai atas dunia ini buat kita semua. Iblispun sebelum dilaknat adalah Makhluk yang paling kuat beribadah, cuma sombong tak nak sujud pada Adam Alaihissalam. Tapi manusia akhir zaman ni bukan hanya setakat sombong! Solat pun malas! memang Umat kurang ajar dan biadap pada Pencipta. Fikir-fikirkanlah...

6/4 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman hidup dalam penjara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui, terutama apabila kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dari latar belakang yang berbeza. Cerita tentang bekas banduan yang juga seorang bouncer ini memberikan gambaran sebenar bagaimana kesilapan lalu boleh menjadi titik permulaan perubahan positif jika kita berkehendak dan dibimbing dengan betul. Dalam kehidupan sehariannya di penjara, dia bertemu dengan banduan lain yang bergelar ustaz, masing-masing dengan kisah yang berat dan ujian dari sisi agama. Namun, melalui pengamatan dan sedikit demi sedikit interaksi, dia mula terdorong untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Bacaan Al-Quran yang merdu dan penjelasan tafsir mengubah pandangannya terhadap agama dan kehidupan. Perubahan hati ini mendorongnya untuk mula menuntut ilmu agama, belajar mengaji dan menunaikan solat dengan rajin. Saya sendiri percaya, apabila seseorang benar-benar ikhlas dan berusaha memperbaiki diri, Allah tidak akan membiarkan usaha tersebut sia-sia. Kesungguhan bekas banduan ini membuahkan hasil apabila selepas bebas, dia mendapat peluang bekerja membersihkan masjid — satu simbolik sebagai permulaan baru yang diberkati. Pengalaman menjadi mandor kontraktor dan memimpin pekerja sambil mengajak mereka menunaikan solat berjemaah menunjukkan bahawa sebelum memimpin orang lain, kita mesti memperbaiki diri sendiri dahulu. Kerja keras dan kejujuran dalam mencari rezeki halal ini juga menjadi bukti bahawa perubahan itu nyata dan mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada masyarakat di sekeliling. Kisah ini mengingatkan saya bahawa setiap manusia ada peluang kedua; hukuman dunia tidak bermakna penamatan segala pun, sebaliknya sebagai peluang untuk muhasabah dan kembali kepada jalan yang benar. Sikap rendah hati, mengakui kesalahan, dan berusaha memperbaiki diri adalah kunci utama kejayaan dalam menempuh kehidupan yang lebih baik selepas mengalami kejatuhan. Akhirnya, kisah ini sangat bermakna untuk dikongsi kerana ia memberi semangat kepada mereka yang sedang dalam kesusahan atau kegagalan agar tidak berputus asa dan terus berusaha menjadi insan yang lebih baik. Allah Maha Pengasih dan Maha Mengetahui — setiap hambaNya yang ingin kembali dan berubah pasti akan dibantu jalan ke arah kebaikan.

16 komen

Imej naaalemo✿
naaalemo✿

Ada part 2 tak

Lihat lagi(2)
Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Gambar latar senja di tepi pantai dengan motosikal diparkir, memaparkan teks kuning bertulis "APA KATA ANDA? Suami pemurah pada org keliling Tapi kedekut pada anak isteri".
Tangkapan skrin teks putih di latar belakang gelap, menceritakan kisah pengajaran tentang seorang ayah saudara yang meninggal dan kemunculan ular di kuburnya.
Tangkapan skrin teks putih di latar belakang gelap, menyambung kisah tentang amanah yang tidak ditunaikan oleh ayah saudara yang pemurah di luar tetapi mengabaikan keluarga di rumah.
APA KATA ANDA ? SUAMI PEMURAH TAPI KEDEKUT
Hi lemoners💚 #LifeBingo #SembangIbuIbu #ViralKini #SamaSamaCantik Terjumpa di rumah biru dan threads story seorang suami yang dah meninggal Semasa hayat hidupnya.. pemurah..suka bersedekah.. tapi anak2 kt rumah isteri kt rumah makan bercatu Sanjungan org ramai yg diharapkan P
dedaunsakura

dedaunsakura

17 suka

Dari Perampok Menjadi Ulama Besar
Tak semua perubahan butuh waktu lama. Ada yang berubah… dalam satu malam. Al-Fudhail bin Iyadh pernah hidup di jalan gelap, ditakuti karena kejahatannya. Namun satu ayat Al-Qur’an menghentikan langkahnya dan membalik arah hidupnya selamanya. Kisah ini mengingatkan kita, tak peduli seberapa jauh ki
Story Board

Story Board

35 suka

Imej memaparkan soalan 'P. Ramlee belajar Tasawuf?' di bawah foto lama seorang lelaki dan dua wanita. Terdapat petikan Abu Darda' tentang mengingati kematian, serta dua gambar kubur yang berbeza, menekankan tema spiritual dan kehidupan selepas mati.
P. Ramlee belajar Tasawuf ?
Wartawan dulu-dulu jujur menyampaikan sesuatu berita sama baik atau buruk seseorang Pelakon, orang awam pada zaman tersebut tidak menghukum. Tapi zaman sekarang netizan pantang dengar aib seseorang terus di serang habis-habisan tanpa usul periksa. Aku tak berminat nak cerita kontroversi, yang aku n
Bekas Penulis

Bekas Penulis

28 suka

Buku 'MUHAMMAD Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal' oleh Martin Lings, dengan reka bentuk kaligrafi Islam dan corak geometri pada kulit buku berwarna krim.
Buku 'UMAR AL-KHATTAB Kebijaksanaan Sebagai Pedang' oleh Abbas Mahmud al-'Aqqad, menampilkan kaligrafi Arab berwarna emas pada kulit buku hitam.
Buku 'MUKADIMAH IBN KHALDUN' oleh Ibn Khaldun, dengan ilustrasi siluet hitam seorang lelaki pada kulit buku berwarna putih.
BUKU TELADAN TERAGUNG
Kenali Nabi Muhammad S.A.W & kisah perjalanan hidup Rasulullah-teladan terbaik sepanjang zaman. #bukumuhammadmartinlings #buku #nabimuhammad #bukuterbaik
Widiawati

Widiawati

1 suka

Assalaamu Alaykum wa Rohmatullohi wa Barokaatuh ✨﷽✨ ✳️PEREMPUAN-PEREMPUAN TANGGUH DALAM SEJARAH ISLAM✳️ *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِٱلرَّحۡـمَـٰنِٱلرَّحِـــــــيم. *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sahabat, Ada banyak nama perempuan-perempuan tangguh dalam sejarah Isl
Kharisma Mukjizatin

Kharisma Mukjizatin

1 suka

Lihat lagi