Kesepian Yang Mencengkam
Sekarang ni bukan waktunya lagi nak kesepian kerana terkenang bekas kekasih. Zaman tu dah berlalu, tak ada masa lagi kejar dunia. Hari-hari terakhir aku kini adalah sentiasa mengingati mati. Dah terasa kesepian tanpa sesiapa disisi, hanya Allah yang ada Peneman setia hidupku. Perlahan-lahan aku belajar rindukan Allah dan Rasulnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Bukan mudah! tapi kalau hari-hari kita tanamkan rasa Cinta Allah dan Rasul, bunga-bunga cinta itu akan bercambah.
Sejujurnya tidak mudah tanam rasa cinta pada Allah dan Rasulnya seperti mana kita mencintai sesama manusia yang bernama kekasih. Sekelip mata sahaja cinta mudah wujud, tapi tak semestinya cinta yang suci atau cinta sejati. Sebab kita hanya tahu cinta tersebut benar-benar Anugerah Allah setelah berlaku perpisahan. Kerana cinta yang suci bersifat indah! tidak berdendam setelah berpisah. Bahkan sentiasa mendoakan agar bekas kekasih kita bahagia dengan pilihannya.
Kalau sesama makhluk kita mampu sedemikian rupa, kenapa aku tidak berusaha untuk sentiasa menyayangi Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Kekasih Allah?. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam semasa hayat sentiasa mendoakan kita Umatnya, rugilah kalau aku tidak berupaya menjadi Umatnya yang Soleh. Walau bagaimanapun aku yang pernah mempunyai ramai Guru Agama dari berbagai fahaman, baik jalannya ataupun sesat! aku sentiasa merindui mereka dan sentiasa dalam doaku yang baik-baik. Cuma aku tidak mampu menegur mereka agar tinggalkan kesesatan. Semoga Allah beri mereka Petunjuk, Taufik dan hidayahNya sebagaimana Allah telah Menyelamatkan aku. Terima Kasih Allah! Makhluk Tiada Kuasa, Allah yang Maha Berkuasa./Masjid Jamek Sungai Abong
































❤️