Banduan Bahagian 4
Dua puluh tahun telah berlalu, dan Alhamdulillah aku masih konsisten dalam beribadah kepada Allah Pemilik Jiwa ini. Tanpa izinNya tak mungkin aku berjaya melakukan segala Ibadat. Tak semua orang mampu istiqamah walau telah berubah dari kejahatan kepada kebaikan. Berubah sahaja jadi baik tanpa Solat! rugi dunia dan akhirat. Sebagai seorang pendosa! aku tak pernah lupa zaman-zaman kejahatanku. Dan tiap kali mengingati peristiwa tersebut, aku Mohon Keampunan Allah. Dan sebab itulah aku sentiasa berkongsi nasihat dengan bekas banduan sepertiku yang baru keluar dari penjara. Ada yang berjaya aku nasihati sebab dirinya berkehendak untuk berubah. Dan yang gagal aku nasihati sebab mereka masih cintakan dunia.
Sebenarnya aku sedih dengan sikap seorang kawan yang telah berubah jadi baik, tapi masih malas nak Solat. Buat ikut mood, dan ini sikap yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang Hamba. Aku lihat kat postingnya hebat-hebat perkongsian nasihat keagamaan, tapi hakikatnya diluar masih ditakuk lama dengan sifat bermalas-malasan. Sampai bila nak macam tu?. Apa faedahnya follower ramai dan bangga dengan puji-pujian manusia. Tak malukah dengan Allah! menjual ayat-ayat Agama demi konten. Bagi aku! setiap posting yang aku kongsikan adalah hasil dari melaksanakan segala Ibadat demi kerana Allah semata-mata. Aku tak pernah beli follower dan tak bangga dengan pujian manusia.
Kita mungkin boleh menipu manusia! tapi tidak dengan Allah. Setiap perbuatan akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Lebih-lebih lagi bab-bab Agama jangan dijual beli. Pastikan apa yang kamu kongsi adalah hasil pengalaman dan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Sahabatku ini dulu seorang Polis! entah apa yang ditamakkan akhirnya tertangkap dan dibuang kerja lalu masuk penjara. Bila dah keluar, masih dengan sikap sambil lewa untuk beribadah kepada Allah Azzawajalla. Aku pun hairan kenapa nak risau dengan orang lain. Tapi apa yang aku dengar dari Penceramah Agama bahawa kita tidak boleh biarkan seseorang yang kita kenali terus bergelumang dengan dosa, bantulah mereka semampu yang ada sebab sebagai khalifah di muka bumi ini, kita jangan pentingkan diri nak masuk Syurga seorang diri. Kita kena bawa sesiapa sahaja masuk bersama-sama dengan saling menasihati dengan Mohon Pertolongan Allah. Kita boleh berusaha tapi Hidayah tetap Milik Allah.
Yang lebih menyakitkan hati aku adalah apabila ada salah seorang jiran aku punya kemahiran berkata-kata dalam setiap posting Tik Tok nya, tapi kat luar perangai macam puaka. Habis diperdayakan gadis-gadis yang baru nak kenal dunia dengan berbagai helah untuk memerangkap mereka demi habuan nafsu. Aku bukan Alim! tapi tanggungjawab aku bila dah nampak kemungkaran maka wajib menghalang. Mula-mula aku amaran kat jiran aku tu, bila tak berkesan barulah aku minta kerjasama dari Jabatan Agama Islam untuk menghakiminya sesuai dengan kejahatan dan bukti yang ada. Alhamdulillah, dah pun kena tangkap dan dipenjarakan sebab dah ramai anak gadis rupanya telah menjadi mangsa seksual.
Para pendosa macam aku sahaja yang akan peka nampak kemaksiatan! tak seperti Agamawan yang buta hati untuk melihat kemungkaran. Bila ditegur! jawapan sombong bodoh mereka mengatakan bahawa bukan urusannya nak mencari-cari kesalahan orang. Apa punya bangang nak lepaskan diri dari tanggungjawab sebagai seorang Ustaz. Ini yang dikatakan Penunggang Agama. Apa pun biar Allah yang akan balas segala kemunafikan mereka.
Untuk diri aku buat masa ini hanyalah memperbaiki amal ibadat dan fikir tentang kematian. Kerja sebagai kelangsungan hidup dan bukan jadi hamba duit. Kalau nak diikutkan memang aku dah tak berdaya untuk bekerja sebab Doktor dah bilang aku hanya boleh hidup beberapa bulan lagi akibat penyakit yang jarang orang dapat. Dalam sejuta hanya seorang yang memiliki penyakit misteri ini, dan aku salah seorang darinya. Aku dah bersedia dan tak takut untuk Kembali Kepada Allah Pemilik Jiwa ini. Dan aku harap apa yang Doktor katakan tidak menjadi kenyataan. Mereka hanya meramal tapi nyawa kita Allah yang pegang. Fikir positif! selagi bernyawa, sujud pada Allah siang dan malam Mohon KeampunanNya. Kalau masih panjang umur lagi maka itu adalah bonus untuk aku lebih lama beribadah kepada Allah. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar./Muar










