Kita hidup untuk siapa?

Tujuan Allah jadikan kita sebagai hamba-Nya untuk taat kepada perintahNya. Tapi kebanyakan manusia hanya taat pada perintah sesama manusia. Kalau Majikan arahkan datang kerja jangan lewat! kita ikut sebab takut kena marah dan mungkin kena potong gaji. Tapi bila Allah Perintahkan Solat 5 Waktu! kita dengan berani melewatkan ibadah dan lebih biadap lagi ada yang sanggup tinggalkan kewajipan sembahyang.

Kalau Perintah Allah berani di bangkang! itu jenis manusia apa?. Dibagi pinjam nyawa, jasad, oksigen pun percuma, rezeki pekerjaan dan makan minum dianugerahkan! nikmat apa lagi nak kamu dustakan?. Ingat dengan usaha kamu yang tak seberapa itu layak untuk engkar dengan Perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Dia yang Mengizinkan rezeki buat hamba-hambaNya kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tak ada bezanya antara orang Islam ikut-ikutan dengan orang kafir jika tidak mendirikan Solat 5 Waktu. Hidup tak berkat dan sentiasa mengumpul dosa kerana cinta duniawi. Sikit-sikit! lama-lama jadi bukit, dosa yang dilakukan sehari-harian walaupun kecil akan menjadi jumlah yang banyak tak terkira jika tidak bertaubat. Itupun jika sempat! kalau mati dalam keadaan sudah lama tinggalkan Solat! jangan ingat kalian mati dalam keadaan Islam. Jangan perasan tau! dan jangan terpedaya dengan kata-kata Ustaz duniawi atau fahaman liberal yang penting baik dah cukup dapat pahala dari Allah walau tak solat.

Dunia untuk orang Patuh pada Perintah Allah seluruhNya! bukan dunia ini dijadikan untuk buat baik semata-mata. Setakat baik sahaja tanpa Melaksanakan Solat 5 Waktu! orang kafir lebih ramai lagi yang baik dari Umat Islam. Tapi segala kebaikan mereka tidak bermanfaat di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Kamu kira sudah Islam hasil kesinambungan dari Nenek Moyang sudah cukup selamat dari seksa api neraka?. Ada yang berani berkata! oleh kerana kita anut Agama yang benar maka masuk neraka sementara sahaja untuk cuci dosa, kemudian pada akhirnya akan masuk ke Syurga. Angan-angan Mat Jenin ini sesuai untuk golongan yang kurang ajar lagi biadap terhadap Allah Pemilik Jiwa ini. Kamu akan menyesal sebaik dimasukkan ke dalam liang lahad untuk mendapat azab kubur seberapa segera. Tanyalah pengali kubur yang beriman! hanya mereka mampu melihat aib jenazah yang bakal dikebumikan serta jika diberi pandangan mata hati maka mereka akan melihat kubur yang berasap, terbakar, bunyi pekikan mayat yang diseksa serta berbagai lagi. Buktinya telah banyak Allah perlihatkan tapi kebanyakan manusia mudah lupa. Ada yang baru ditanam tak sampai seminit, bila digali semula mayat bagai kena goreng akibat panasnya seksa api neraka sesuai dengan dosa masing-masing.

Aku juga bekas pengali kubur dimana pernah melihat kubur yang penuh air, keras bagai batu bila digali, ada banyak kala jengking dan ular serta berbagai lagi aib ditunjukkan demi buat peringatan pada orang lain. Tapi kebanyakan manusia hanya fokus kepada si mayat! dosa apa yang telah dibuat hingga mendapat seksa sebelum dikebumikan. Dunia akhir zaman ini Para Penunggang Agama hanya pentingkan duit! tak cukup untuk bayar pengkebumian maka jenazah tertangguh untuk di benarkan masuk ke liang lahad. Semoga Allah balas segera kezaliman mereka terhadap kaum keluarga yang teraniaya.

Tapi ada juga sebab-sebab tertentu mengapa begitu susah nak kebumikan mayat! antaranya sebab semasa hayat tak ingat Allah. Ada juga kerana terlalu banyak berdosa dengan sesama manusia. Pendek kata bila Allah bagi kita peluang melihat aib sesuatu mayat atas tujuan supaya kita insaf dan jangan jadi seperti nasib jenazah yang malang tersebut.

Kasihan buat manusia yang baik tapi tidak solat kerana segala usaha kebaikan mereka sesama manusia sia-sia tak dapat pahala. Ada yang solat tapi hanya ikut apa yang dia suka tanpa menuruti seluruh Perintah Allah. Salah satu contohlah! Allah Perintah tutup aurat, tapi engkar dengan alasan belum bersedia. Bukan dia sahaja yang menanggung dosa kerana menangguh-nangguh perkara yang wajib, tapi Suaminya juga terpalit menanggung dosa yang sama kerana tidak tegas. Bahkan orang yang baik dan solat tapi ada beberapa Perintah Allah yang tidak dilaksanakan maka sebab itulah berbagai masalah akan timbul dalam kehidupan kita sehari-harian sebagai Kifarah. Hanya pendosa yang engkar tidak solat sahaja tak akan dapat Kifarah sebab seksanya sedang menunggu tatkala dia mati dan dengan segera mendapat azab kubur sebaik dikebumikan, fikir-fikirkanlah.../Perkuburan Islam Tanjung Gading

6/26 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang pernah melalui fasa kehidupan di mana ketaatan dalam ibadah kurang diutamakan, saya ingin berkongsi pengalaman dan renungan tentang betapa pentingnya solat 5 waktu dalam membentuk kehidupan yang penuh keberkatan. Kadang-kala, kita terlalu fokus kepada tuntutan dunia seperti pekerjaan, keluarga, dan keselesaan hidup sehingga lupa kepada kewajipan utama sebagai hamba Allah. Saya pernah melalui masa di mana meninggalkan solat pada waktu tertentu kerana alasan kesibukan dan keletihan, namun lama kelamaan hati terasa kosong dan sukar untuk menghadapi ujian hidup. Pengalaman bertugas di kawasan perkuburan memberi saya peluang mendekatkan diri dengan realiti kematian yang pasti menimpa setiap manusia. Melihat sendiri kesusahan dan aib yang menimpa jenazah yang meninggalkan solat memberikan impak yang mendalam. Ia membuatkan saya sedar bahawa dunia hanya sementara dan amalan kita yang menentukan nasib di akhirat. Penundaan dalam menjalankan ibadah tidak hanya menjejaskan diri sendiri, malah memberi kesan kepada keluarga dan orang sekeliling. Saya belajar bahawa memupuk disiplin dalam solat adalah salah satu cara untuk menjaga hubungan dengan Allah dan memastikan kehidupan lebih terarah dan tenang. Semoga perkongsian ini menjadi pengingat kepada semua bahawa kehidupan ini memang untuk mengabdikan diri kepada Allah. Bila kita mulai menunaikan solat tepat pada waktunya, bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi turut merasakan ketenangan jiwa yang tidak ternilai. Akhir kata, janganlah kita meremehkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana setiap amalan kecil yang dilakukan dengan ikhlas akan membawa kepada ganjaran besar. Insya-Allah, dengan peningkatan iman dan taqwa melalui solat 5 waktu, hidup kita diberkati dan terhindar dari seksa kubur yang ditakuti.

11 komen

Imej Marsianah Fahir
Marsianah Fahir

Allahu.. 🥺

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen