CEMBURU BUTA
Dulu aku ada menjalinkan hubungan dengan seorang janda Warga Indonesia, dia punya cemburu buta merimaskan aku. Habis di tanya dalam HP aku tu siapa? walaupun bukan Melayu. Padahal! rutin kehidupan aku pergi balik kerja terus terperap kat rumah. Itupun masih tak mampu buat dia merasa puas sebab hatinya telah dikawal syaitan. Buta cinta macam ni tidak sihat dan sayang yang melampaui batas adalah contoh orang yang tidak beriman. Cintanya kepada makhluk melebihi Allah Subhanahu Wata'ala. Dan kesannya adalah jatuh syirik....
Seorang lagi janda juga warga Singapura, segala kebendaan dan kemewahan aku akan dapat. Malangnya diri kita dibuatnya seperti banduan yang terpenjara di rumah yang mewah. Aku bukan gigolo yang boleh dibeli maruah aku, maka aku tinggalkan Kaum Hawa macam ni sebab aku mampu berdikari. Apapun alasan yang diberikan pernah di khianati bekas suami! itu bukan alasan untuk mengongkong kehidupan aku.
Dan yang terakhir lagi dahsyat dugaan aku dimana perempuan yang aku sedang suai kenal tidak cantik dan bergigi jongang. Aku ingat dengan berkawan dengan wanita macam ni dapat kesempurnaan hidup berpasangan. Rupa-rupanya perangai lagi hodoh dari rupa! ada ke patut dituduhnya aku guna ilmu pemikat untuk menggodanya. Masyaallah! Astagfirullahaladzim.... macam ini punya perempuan pun ada. Ini mengingatkan aku kepada kawan perempuan sekerja yang melalui pengalaman lebih teruk dari aku. Katanya! Bekas Pakwe nya bisu dan pekak! tapi kuat cemburu buta dan suka minta duit. Macam-macam manusia akhir zaman yang buta cinta dan buta hati! lebih teruk buta Agama.
Sebenarnya banyak pengalaman sendiri yang nak dikongsikan, tapi cukuplah sekadar beberapa pengalaman yang membuat aku serik dan trauma untuk hidup berpasangan. Kalau setakat kena ugut di tempat kerja oleh Para Suami atau Tunangan orang! itu perkara biasa. Dan pada akhirnya pasangan masing-masing berpisah atau bercerai sebab sudah tak tahan asyik dimarahi dan lebih teruk dari itu dikasari. Bagi akulah! naik lelaki atau wanita yang punya pasangan yang cemburu buta, tinggalkan sajalah. Mereka tidak akan berubah selagi masih diberi peluang dan terus hidup bersama. Jangan belas kasihan kepada pasangan yang cemburu membabi buta walau pada akhirnya mereka menangis dan merayu agar jangan ditinggalkan. Tak lama buat lagi perangai buruk sebab diri mereka telah dikuasai Syaitan. Mereka sanggup menganiayai sesiapa sahaja yang mendekati pasangannya walau satu tempat kerja. Lebih baik simpan kat rumah dan beri segala kemewahan buat pasangan mereka. Atau carikan pekerjaan yang semua perempuan jika takut hilang pasangan hidup! seolah-olah mereka punya kuasa mempertahankan sesebuah hubungan padahal Allah yang mempertemukan mereka. Jenis manusia tak bersyukur pada Allah atas NikmatNya. Fikir-fikirkanlah...


































