CINTA KILAT

Aku telah lihat bagaimana hancurnya hati sahabat baikku gara-gara terlalu cepat mencintai seseorang dengan menaruh harapan yang tinggi. Sedangkan pasangannya hanya menganggap diawal perkenalan itu sebagai suai kenal hati budi masing-masing. Kita tidak tahu hati manusia bagaimana mereka menilai ketulusan hati kita, kadangkala sedikit kesilapan sahaja boleh berubah hati. Lebih-lebih lagi jikalau salah seorang dari mereka punya kedudukan yang tinggi.

Hidup ini tidak akan adil! pasti salah seorang akan menunjukkan sikap sebenar pada akhirnya. Tapi tak bermakna mereka salah! cuma keadaan yang menentukan berjaya atau tidak sesebuah hubungan. Sebab itu dalam Agama pun melarang kita mencintai seseorang lebih dari diri sendiri. Maknanya menyayangi makhluk melampaui batas sehingga lupa bahawa pertemuan itu adalah Kehendak Allah. Dan Dia berhak mengambil balik untuk kita kembali KepadaNya dengan sujud penyesalan. Allah lebih Mengetahui yang terbaik buat mereka yang kehilangan...

Tapi apabila seseorang jatuh cinta! semua pandangan orang tidak akan didengar lagi akibat buta cinta. Ini juga pernah terjadi pada aku waktu dahulu dan sehingga kini aku masih mengingatinya walau tidak lagi menangis. Bagi aku berpisah sebelum terjadinya perkahwinan lebih baik daripada sudah mendirikan rumah tangga dan beranak pinak kemudian bercerai. Yang menjadi mangsa anak-anak jika ada dan ini akan menganggu emosi mereka. Kekecewaan sudah tentu akan kita tanggung sebab kita punya hati dan perasaan untuk disayangi.

Apa yang boleh aku katakan jika sedang terluka, carilah teman yang baik untuk meluahkan perasaan hampa. Jangan dipendam kerana membahayakan kesihatan serta mencalarkan akidah. Hanya satu jalan yang terbaik untuk sembuhkan luka di hati dengan cara Sujud pada Allah melalui Solat 5 Waktu. Allah Maha Pendengar akan luahan hati hamba-hambaNya dan pasti Allah akan tolong sama ada cepat atau lambat mengikut kemampuan diri seseorang.

Ada orang mudah jatuh cinta sebab dirinya pernah terluka dan mengharapkan dapat menumpang kasih sayang dan tidak lebih dari itu. Apapun berhati-hatilah jangan gopoh atas sesuatu perhubungan sebab jodoh tetap Milik Allah dan hanya Dia yang berhak Mengizinkan terjadinya sesuatu perkara. Ingatlah Allah banyak-banyak dalam apa jua perbuatan agar apabila diuji dengan musibah! kita mampu menghadapinya dengan tabah dan sabar. Fikir-fikirkanlah.../Masjid Jamek Sungai Abong

1 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiPengalaman jatuh cinta kilat memang sering menguji kesabaran dan kekuatan emosi seseorang. Saya sendiri pernah melalui fasa cinta yang sangat cepat dan penuh harapan, namun akhirnya membawa ujian yang cukup mendalam bagi diri saya. Dari situ saya belajar bahawa cinta bukan hanya soal perasaan, tetapi juga soal memahami batasan dan menerima ketentuan Tuhan. Kita sering terbuai dengan perasaan cinta yang membara tanpa memikirkan realiti yang mungkin bakal muncul. Sebagai manusia, kita mudah terluka apabila harapan yang disematkan terlalu tinggi dan tidak seiring dengan niat atau rasa dari pasangan. Sering kali sikap ‘butak cinta’ membuatkan kita tidak mendengar nasihat ataupun melihat dengan jernih keadaan hubungan itu sendiri. Dalam perjalanan hidup, saya sedar bahawa cinta yang sejati memerlukan kesabaran, pengertian, dan paling penting adalah berserah kepada Allah. Seperti yang disebutkan dalam artikel, sujud kepada Allah dan menjaga solat lima waktu merupakan cara terbaik untuk menenangkan jiwa dan memohon petunjuk ketika hati terasa sakit. Ingatlah, setiap pertemuan dan perpisahan ada hikmah di sebaliknya, dan kita harus percaya bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Selain itu, penting juga untuk mempunyai teman yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan. Saya sendiri mendapati bahawa berkongsi cerita dengan sahabat atau ahli keluarga dapat memberikan sokongan emosi dan mengurangkan beban hati. Menyimpan rasa sakit sendirian boleh membawa kepada tekanan dan kesan negatif terhadap kesihatan mental. Melalui pengalaman saya, saya juga belajar bahawa tidak salah untuk menjaga jarak dan tidak terburu-buru dalam sebuah perhubungan. Memberi ruang untuk mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam adalah kunci untuk menjalin hubungan yang matang dan berkekalan. Jangan terlalu cepat memberikan sepenuh hati sebelum yakin dengan niat dan kesediaan pasangan. Akhir sekali, mengingati bahawa jodoh itu adalah ketentuan Allah membuatkan saya lebih tenang dalam menempuh liku-liku cinta. Kita hanya perlu berusaha dan bersabar, serta terus berdoa agar dipermudahkan dalam mencari pasangan yang sehaluan. Semoga dengan memahami iktibar dari cinta kilat, kita semua dapat membina hubungan yang lebih bahagia dan diberkati.

4 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Allah tak bagi apa yang kita nak! Allah bagi apa yang kita perlukan 🥰

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Imej menunjukkan susun atur papan kekunci berwarna-warni dan panduan penempatan jari untuk menaip. Ia memaparkan tangan kiri dan kanan dengan setiap jari ditugaskan kepada kumpulan kekunci tertentu, membantu pengguna belajar menaip pantas menggunakan semua 10 jari.
Trick Menaip Sepantas Kilat ⚡
Hi Lemoners 🍋, Typing with 2 fingers ? No more please 😬 Menaip laju ni bukan untuk secretary je 😏 The truth is... taip laju = kerja siap cepat = kurang stress.. Antara trick paling senang nak mula : ✔️ Guna semua 10 jari (bukan dua je 😅) ✔️ Hafal layout keyboard ✔️ Stop padam setiap ka
Tyy

Tyy

588 suka

Cara goreng mi berkilat
Macam mana nak mi goreng cantik berkilat? Moh le buat Mi Goreng Pedas Mulut Berlemoih. Untuk versi pedas, saya suka letak chilli flakes, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis macam mi goreng chlli oil chinese style. Nak mi goreng cantik berkilat, selain dari guna cooking caramel untuk warna, k
AdikFoodS

AdikFoodS

3749 suka

Ayam Kicap Daun Kari Kilat-Kilat👍
TIPS Ayam Kicap Kilat-kilat, baca caption Ayam Kicap Daun Kari Kilat-kilat. Saya suka ayam kicap yang sosnya pekat melekat kat ayam, basah-basah dan cantik kilat-kilat. Tipsnya, letak sedikit gula batu. Gula batu tak manis ya, ia akan menyebabkan sos jadi pekat dan berkilat. Moh le buat! . ♨️Bah
AdikFoodS

AdikFoodS

7681 suka

Gambar Roti John Kilat yang telah siap dimasak, dipotong empat, dan dihiasi sos cili serta mayonis di atas papan kayu, menunjukkan hasil akhir resipi mudah ini.
Bahan-bahan ringkas untuk Roti John Kilat: daging kisar, bawang besar, telur, lada hitam, garam, dan serbuk kari, disusun di atas dulang putih.
Bahan-bahan yang telah disediakan: daging kisar yang dicuci dan ditos, telur dipecahkan dalam mangkuk, bawang dipotong dadu, serta serbuk kari, garam, dan lada hitam dalam mangkuk kecil.
🥖 Roti John Kilat (Versi Pemalas Tapi Sedap)
Dalam malas rajin malas rajin tapi tetap nak makan sedap 🤭😜. Time² puasa ni lah yg nak makan roti john pun lahai.... Menu last minute, resepi bahan confirm ada kat dapur (kalau takde, jiran mesti ada 😌). #MoodDiary #AdaYangSama #TipsDapur #MasakanRumah #resepi
🅰️ami 🅰️isha

🅰️ami 🅰️isha

55 suka

Sebuah kereta disembur buih pencuci. Teks utama menyatakan 'Nak kereta senantiasa berkilat seperti baru? INI 8 LANGKAH MUDAH!'. Logo Maju Padu Auto Parts tertera.
Tangan menyembur buih pada kereta. Teks 'Langkah 1' menerangkan penggunaan sabun khas kereta dan elakkan pencuci pinggan atau klorok untuk menjaga cat.
Tangan menyembur buih pada kereta. Teks 'Langkah 2' menyarankan penggunaan kain mikrofiber yang lembut untuk mencuci seluruh bahagian kereta dan menanggalkan kotoran degil.
TIPS KERETA SENANTIASA BERKILAT ❗️❗️❗️❗️😉😉😉
Jangan biar kereta nampak kusam❗️❗️❗️❗️ Dengan penjagaan yang betul, kereta anda boleh sentiasa berkilat dan menawan setiap kali di jalan raya. 👉 Klik follow supaya tak terlepas cara mudah kekalkan kereta sentiasa nampak baru❗️❗️❗️🔥 #terkini #tiktokterbaru #perangaikereta #kere
Maju Padu Auto Parts

Maju Padu Auto Parts

60 suka

Imej ini memaparkan petua tradisional untuk rambut berkilat secara semula jadi. Ia menunjukkan enam kaedah seperti minyak kelapa, masker telur, air basuhan beras, santan kelapa, masker bunga raya, dan minum air secukupnya, bersama nasihat penjagaan rambut.
"Rahsia rambut berkilat orang dulu-dulu 😍"
Hi rasa dah lama tak post Lemon8, harini terasa nak share petua orang lama lama. Saya ada pengalaman dimana waktu kecik mak saya suka lumur santan pada rambut, hasilnya memang menjadi kena konsisten dan rajin. Serta saya pernah guna telur ayam dirambut masa bilas yaAllah lembutnya. Rambut menjadi l
Mim (م)

Mim (م)

60 suka

Rumus kilat bedakan Verb 1 sampai Verb 5.
Satu kata kerja di bahasa Inggris bisa berubah jadi 5 bentuk tergantung waktu kejadiannya. Biar ngga bingung, ini rangkuman super singkatnya untuk kamu. ​Sekarang giliran kamu! Kalau kata dasarnya "Write" (V1), coba tulis di kolom komentar apa bentuk V2, V3, V4, dan V5-nya? Yuk, kita tes b
dhania

dhania

104 suka

Macam mana ia boleh berkilat macam tu kalau bukan emas sebenar?!
Ia sangat cantik!!! #gelang ✨ #pretty #Titanium #cop916 #popular
najwabintiali

najwabintiali

35 suka

Imej menunjukkan ruang makan moden dengan meja kayu dan empat kerusi. Terdapat pasu kecil dengan tumbuhan di atas meja. Teks bertulis "KEMAS KILAT 15 MINIT SETIAP RUANG" dipaparkan di bahagian atas.
Imej teks ini menyenaraikan langkah-langkah pembersihan pantas untuk ruang tamu, termasuk mengutip barang, mengatur kusyen, mengelap permukaan, dan menyapu atau vakum lantai.
Imej teks ini memperincikan langkah-langkah pembersihan pantas untuk bilik air, seperti menyembur pembersih, menyental, mengelap cermin dan paip, serta menukar tuala dan mop lantai.
Kemas Kilat 15 Minit Setiap Ruang Rumah 😘🏠
15 minit je cukup untuk ubah suasana rumah 💫 Setiap ruang ada “magis” dia bila bersih & tersusun. #KemasKilat #RumahTenang #MinimalistHome #DailyCleanRoutine #tipsandtrick
The Staging Team

The Staging Team

16 suka

Secepat kilat #comedy #funny #funnyvideo #humorvir
Secepat kilat #comedy #funny #funnyvideo #humorvirales #entertainment #husbandwife #couple #relationship #laughing
Ade tea

Ade tea

13 suka

Lihat lagi