Waktu Dihabiskan Untuk Apa ?
Bila masing-masing dah tua ni, kejarlah amal ibadat banyak-banyak dan bukan tambah dosa. Tapi kebanyakan warga tua yang pencen dan selesa hidup mewah berterusan mengamalkan tradisi menganiayai orang sesuka hati. Kat dunia ni kalau nasib baik lepas dari kifarah Allah! tapi sebaik kalian mati, baru tahu bertapa penyesalan sebaik dimasukkan ke dalam liang lahad sudah terlambat untuk bertaubat. Masa tu baru nak ingat dosa dan nak mintak maaf kat orang yang engkau telah aniaya. Kesian...
Seksa kubur itu benar tapi buat tak endah masa hidup sebab sombong dengan Allah dan manusia, seolah-olah mampu hidup lama. Wajah orang yang solat tapi Munafik sangat jelas terpampang wajah mereka sebab Nur cahaya keimanan telah malap. Aku nak kongsi sikit pengalaman masa campur dengan pengali kubur. Aku pernah mandikan jenazah, kapan jenazah dan kebumikan jenazah. Dari berbagai pengalaman dan penyaksian mayat-mayat pendosa yang dikebumikan, aib mereka Allah tunjukkan kat dunia jugak semata-mata untuk jadikan iktibar buat mereka yang masih hidup agar jangan sesekali berdosa dengan sesama manusia sesuka hati.
Kubur yang digali tapi banyak air itu tandanya masa hidup tamak air. Aku pernah kena dengan Tuan Rumah yang menganiayai aku dengan bil air yang cukup tinggi selama setahun. Tapi aku tak pernah mendoakan kecelakaan buat mereka sehinggalah kematian membuktikan bahawa kezaliman yang dibuat atas manusia dibayar tunai. Yang mana tamak tanah pusaka dan tidak berlaku adil, tanah kubur keras dengan batu yang entah datang dari mana. Serupa macam kisah mayat yang kuburnya penuh dengan air, di korek liang lahad yang baru! sama juga banyak air. Akhirnya dikebumikan juga dengan berendam dalam air. Ada jenazah yang dipenuhi dengan darah yang membasahi kain kafan walau telah ditukar banyak kali. Sebab darah keluar dari celah telinga, mata, hidung dan mulut akibat semasa hidup tak bayar duit gaji pekerja. Punyalah berat jenazah! hanya Allah yang tahu bertapa banyaknya dosa sesama manusia. Nama saja Haji! tapi menganiayai manusia tanpa belas kasihan.
Orang baik dan pendosa yang bertaubat! wajah mereka berseri-seri. Bagai orang sedang tidur dengan senyuman yang manis. Pengakhiran seseorang bergantung kepada tingkah-lakunya Waktu hidup! kalau dah hujung nyawa masih gemar berbuat dosa, mati dalam keadaan buruk. Jangan ingat dengan berbuat banyak kebaikan akan menyelamatkan anda dari dosa sesama manusia! dosa dengan Allah akan diampunkan selagi tidak syirik. Tapi dosa sesama manusia! maka selagi yang dianiaya tidak memaafkan maka selagi itulah azab kubur dan sehingga masuk ke dalam Neraka akan menanggung seksa selama-lamanya. Tapi yang hairannya pelaku dosa dengan berani mencabar Allah tanpa mahu bertaubat.
Demi Allah dan Rasul! sudah beberapa kali orang yang telah mati hadir dalam mimpi aku untuk meminta maaf. Ada yang aku maafkan dan ada yang tidak bergantung kepada berapa berat kezaliman mereka terhadapku. Dan bagi yang telah aku maafkan maka lama kelamaan mereka tidak datang lagi sebab aku mendoakan mereka dengan doa yang baik-baik serta bersedekah di tabung Masjid buat mereka. Hidup ini sementara! untung bagi mereka yang telah meninggal dunia dapat keizinan Allah untuk mohon keampunan kepada orang yang telah mereka zalimi. Tapi bagi yang tiada kesempatan maka itu urusan Allah.
Banyak benda pelik-pelik yang berlaku pada diri aku selama hidup sepanjang 57 tahun, dan kebanyakannya menginsafkan aku bertapa bahaya berdosa sesama manusia. Tapi kebanyakan manusia tidak ambil iktibar dan sombong bodoh. Semoga Allah sentiasa melindungi aku dari fitnah manusia dan Jin yang sentiasa memporak perandakan kehidupan aku. Allah Maha Berkuasa dan Makhluk Tiada Kuasa untuk melakukan kebaikan atau kemudaratan sesama manusia. Fikir-fikirkanlah.../Surau Kerala Muslim Juma'at (Surau Malabari)


