Tin kosong

Kita mungkin sama umur atau kalian lebih tua dariku, namun bila sebut pasal pengalaman dan ilmu! anda mungkin jauh dan seperti katak bawah tempurung. Sebab itu aku malas nak berdebat dengan tin kosong yang berlagak terlajak bijak. Bila bercakap tentang fakta pun dibangkang apatah lagi bila bermuzakarah tentang Agama! lagilah mereka menentang. Apapun biarkan Mat Jenin terjun dengan labunya.

Orang yang bijak akan berdiam diri daripada bertengkar dengan tin kosong yang sombong bodoh. Jika mereka tidak pernah bergaul dengan berbagai Bangsa dan Agama maka tidak usah bercerita tentang hak bumiputera. Bila tidak bergaul dengan berbagai Fahaman dari berbagai kumpulan Dakwah maka usah bercerita tentang hak anda konon dijalan yang lurus.

Dulu aku pernah bekerja di Muzium Maritim Arkeologi secara sambilan dan ketika itu sedang sibuk menaip berbagai skrip kisah sejarah silam. Dan aku telah bertemu dengan berbagai Pakar Sejarah sama ada mereka benar atau segelintir dari mereka putar alam untuk memperbodohkan orang awam yang buta sejarah. Dari hasil pengkajian aku dapati sejarah dibawah UNESCO lebih boleh dipercayai daripada yang ada. Apapun jika dibuktikan sekalipun fakta kebenaran sesebuah sejarah! pasti ada yang membangkang atas nama Islam dan Melayu kononnya, tapi hakikatnya mereka terus memperbodohkan rakyat dengan kisah penglipurlara yang maha pembohongan.

Sebagai manusia yang cintakan Allah dan Rasulnya! pasti akan berundur dari terbabit perkara subahat yang bakal menjerumuskan kita ke dalam Neraka. Kalau nak cerita pasal sejarah! banyak yang nak aku kongsikan, tapi hari ini nak kongsi tentang orang Asli.

Pada zaman Tang Dinasti 907 masihi, telah pun pedagang Cina datang ke Melaka yang ketika itu belum diberi nama lagi. Mereka berlabuh dekat bukit tepi pantai yang kini digelar Bukit Cina. Kalau nak tuduh Cina cuba menjajah Negara kita, dah lama mereka lakukan. Sebaliknya Parameswara seorang Raja yang kalah dalam peperangan melarikan diri dan dengan berani menjajah dan menjadi Sultan atas Negeri Melaka yang dinamakannya. Ketika itu mereka Bangsa Melayu yang beragama Hindu. Soalnya! mengapa mereka tidak menghormati orang Asli seperti Pedagang Cina yang lebih awal datang sebelum Parameswara.

Apabila Pedagang Cina yang berlabuh di tepi pantai dan mendapati ada penduduk Orang Asli, mereka meminta izin dan berbagi-bagi berbagai jenis makanan mentah dan pinggang mangkuk. Sebab itulah jika digali seluruh pantai Melaka bermula dari tanah yang ditambak depan A'Farmosa, akan terjumpa artifak lama kerajaan Yang Dinasti. Bahkan artifak-artifak ini juga boleh ditemui di Pulau Besar Melaka sehingga hari ini. Ini menunjukkan bahawa Bangsa Cina lebih beradab terhadap Orang Asli daripada kedatangan Parameswara dan yang lain-lainnya. Bangsa Cina telah belajar daripada sejarah Nenek Moyang mereka sehingga Dinasti Ming yang terakhir dimana peperangan bersaudara telah merugikan kedua-dua belah pihak. Sebab itu mereka mengubah strategi dengan menjajah ekonomi keseluruh dunia. Dan sudah tentunya pada peringkat awal mereka tertindas dan teraniaya oleh Orang Putih yang tamak haloba. Kesabaran mereka membuahkan hasil dan kini terbukti di seluruh dunia ada China Town.

Hak milik tanah adalah hak orang Asli, bukan lain-lain Bangsa yang mengaku tanpa rasa malu. Dalam agama kita dilarang zalim pada mereka yang lebih dahulu menetap di sesuatu tempat sejak berkurun lamanya. Cuma Orang Asli tidak pandai mentadbir, sebab itulah lain-lain Bangsa yang menjajah cuba merampas hak mereka. Sebab itulah aku suka dengar komen yang berasas dari Siti Kassim yang sejak dulu membela hak orang Asli sehingga kini. Ada orang kata itu tak boleh diambil kira sebab bila penjajah datang merampas hak mereka maka sejarah telah berubah dan harus dilupakan kisah lama. Ini yang berlaku terhadap penduduk Palestin! tapi mereka mendapat sokongan atas nama Islam. Sedangkan Islam itu sendiri mengajar Umatnya untuk berlaku adil pada semua Bangsa dan Agama tanpa terpinggir. Dan Allah pasti akan membela mereka yang bukan Islam jika yang beragama Islam telah menindas hamba-hambaNya. Allah Maha Adil dan dipandang Mashar serta diakhirat nanti barang sesiapa yang mengaku Islam tapi penindas Bangsa dan Agama lain akan dipertanggungjawabkan. Fikir-fikirkanlah...

Muar
4 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiDalam pengalaman saya, perbincangan tentang sejarah, bangsa, dan agama sering kali membawa kepada perdebatan yang tidak berkesudahan jika melibatkan mereka yang bersikap seperti 'tin kosong' — iaitu mereka yang kelihatan bijak tetapi enggan mendengar fakta dan berdebat dengan sikap sombong. Saya belajar bahawa untuk memahami sesuatu sejarah atau isu sosial, kita perlu bersikap terbuka dan bergaul dengan berbagai kelompok, termasuk dari berbagai bangsa dan agama. Mengenai sejarah orang Asli di Melaka, kisah pedagang Cina yang datang pada zaman Dinasti Tang membuka satu perspektif baru tentang hubungan mereka dengan penduduk asal sebelum kedatangan kerajaan Melaka. Saya sendiri pernah melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka seperti Bukit Cina dan Pulau Besar, dan melihat sendiri artifak-artifak dari zaman tersebut yang mengukuhkan fakta bahawa pedagang Cina menghormati orang Asli. Ini berbeza dengan sejarah yang sering ditulis secara salah atau terdistorsi demi kepentingan tertentu. Saya juga ingin menekankan bahawa hak ke atas tanah bagi orang Asli harus dihormati seadanya, sesuai dengan prinsip keadilan dalam Islam yang melarang penindasan terhadap mereka yang lebih dahulu menetap. Sedihnya, orang Asli sering tercicir dalam pentadbiran dan mudah menjadi mangsa rampasan hak oleh pihak lain yang kurang bertanggungjawab. Dari sisi peribadi, saya menghargai suara masyarakat yang membela orang Asli seperti Siti Kassim yang secara konsisten memperjuangkan hak mereka. Kisah mereka mengingatkan kita bahawa keadilan dalam sejarah dan masa kini sangat penting untuk menjaga keharmonian bangsa dan agama di negara kita. Akhir sekali, saya percaya bahawa setiap pimpinan dan masyarakat khususnya yang beragama Islam harus merenung ajaran Allah tentang keadilan dan hak asasi manusia tanpa mengira bangsa atau agama, agar kita tidak terjerumus dalam penindasan dan kepalsuan yang akhirnya merugikan semua pihak. Pengalaman saya menunjukkan bahawa kita boleh belajar banyak dari sejarah pengalaman Confucian Cina, Islam, dan budaya tempatan untuk hidup dalam harmoni dan saling hormat-menghormati.

5 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

sentiasa dalam ingatan dengan doa dan telah bersedekah di tabung Masjid agar pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh buat Allahyarham Kassim Ahmad, Ustaz Ashaari Muhammad, Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Haron Din 🤲 Amin Amin Amin

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen