DUNIA HANYA PINJAMAN
Manusia yang tak sedar diri akan sentiasa berlagak sombong! Alim, Kaya dan sebagainya mengikut hawa nafsu kesyaitanan. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada hanya pinjaman. Nafas pun pinjam tapi berlagak macam dia yang punya! padahal udara yang disedut Milik Allah sepenuhnya. Orang tak hormat pada yang kaya harta! yang orang pandang kaya budi bahasa. Kalau kaya dengan kezaliman dan kaki fitnah! yang sokong hanya Setan dan Iblis. Maka jangan terlalu mendongak langit! bila-bila masa kau akan mampus kena tanam dalam tanah juga akhirnya. Apa yang kau bawa?... hanya kain putih dan segala dosa aniaya sesama manusia.
Kau akan tahu bertapa menyesalnya sebaik berada di liang lahad! masa tu dah terlambat Brader. Tak ada sesiapa dari golongan yang baik nak mendoakan kau sebab masa hidup sombong bodoh. Pengakhiran kau pasti akan ada yang tetap mengata atas kematian yang kebanyakan orang yang pernah teraniaya rasa gembira. Itu kenyataan hidup dan sewajarnya manusia busuk dengan perangai macam Jin dilayan buruk sesuai dengan kesombongan mereka.
Allah Maha Berkuasa! Makhluk Tiada Kuasa, tapi mengapa kebanyakan manusia menyombong diri?. Fikir-fikirkanlah..../Muar















Iblis buat kebaikan untuk Nama! Pangkat! Kuasa dan sebagainya.