Kalian yang mana satu?

Akidah manusia terutama Ahli Ibadah berbeza-beza, tak kiralah dia Lulusan Universiti Al-Azhar, Pondok atau orang kebanyakan. Ilmu tanpa adab pincanglah kerektornya sebagai orang Islam yang faham Agama. Adabnya tinggi tapi jahil Agama lebih dipandang mulia oleh orang ramai. Sebab itu kena menguasai semua Ilmu Agama seperti Tauhid, Faekah dan Tasawuf serta pengalaman yang banyak dalam pergaulan dengan berbagai Fahaman serta berbagai Bangsa dan Agama. Dengan Bersiratulrahim tak kira Agama apapun dapat menguasai kerendahan hati. Kita belajar faham budaya masing-masing dan dari situ kita dapat tangkap bertapa telah rosak dan tercalar Agama Islam apabila sebahagian budaya asing cuba di Islamik kan.

Itu belum lagi cerita pasal berbagai fahaman keilmuan Agama yang bercelaru dan mengakibatkan berpecah belah hubungan sesama Umat Islam. Masing-masing megah dengan kefahaman yang belum benar di sisi Allah dan Rasulnya. Kumpulan Dakwah juga boleh kita lihat penampilan yang berbeza cara ikatan Sarban dan Jubah mereka bagi menunjukkan itu identiti masing-masing. Padahal Allah bukan nilai hebatnya kalian berjubah dan berserban! tapi yang Allah pandang adalah keimanan kamu yang hanya mengikuti jalan yang benar seperti Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Makin nak menuju akhir zaman makin bertambah upgrade keilmuan yang penuh kesesatan. Kalau orang jahil mungkin mudah terjebak! tapi jika ahli Ibadah yang akidah Tauhidnya setakat teori juga mudah terpedaya. Orang yang benar-benar faham Agama tidak akan berhenti dari diuji berbagai musibah yang bertujuan untuk meningkatkan mutu Ibadah masing-masing agar semakin dekat dengan Allah Azzawajalla yang memang terpisah tiada.

Ada Ahli Ibadah yakin dapat melihat Allah di akhirat! itu keilmuan kebudak-budakan. Ada Ahli Ibadah mengejar pahala seperti para pedagang yang mencari keuntungan dari perniagaan. Hanya mereka para pendosa yang bertaubat dan mendirikan Solat tanpa mengejar pahala apatah lagi syurga itulah Ibadah yang merdeka. Pendosa seperti ini tidak pernah lupa akan dosa silam yang pernah dilakukan sehingga menutup mata. Pendosa seperti ini lebih memahami Agama daripada mereka yang hebat dengan teori semata-mata tanpa pengalaman hidup yang berwarna warni.

Sifat pendosa yang bertaubat berbeza-beza, ada juga di antara mereka yang bijak menjalani kehidupan seharian dengan orang ramai dengan dua kerektor. Ditempat kerja kepala gila-gila! namun bila di rumah lebih gemar bersendirian merenung diri ( Bertafakur ). Individu seperti ini berpengalaman luas dalam pergaulan dengan berbagai Ahli Ibadah dan tidak kekok Bersiratulrahim dengan berbilang kaum.

Ilmu Allah itu luas dan carilah sampai matipun tidak akan dapat menguasai seluruhnya. Namun sekurang-kurangnya pengalaman yang ada dalam menuntut ilmu Agama menjadikan seseorang semakin rendah diri dan berketrampilan biasa-biasa sahaja. Bak kata pepatah! masuk kandang kambing mengembek! masuk kandang harimau mengaum... itulah realitinya dapat menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja tanpa syak wasangka.

Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa maka kepadaNya lah kita mohon Pertolongan dan PerlindunganNya setiap hari. Fikir-fikirkanlah.../Filming iCreative

7/29 Diedit kepada

... Baca lagiDalam kehidupan saya sebagai seorang yang berusaha mendalami agama Islam, saya sering merenung tentang pelbagai cara orang menyembah Allah yang sebenarnya mewakili keadaan hati dan niat mereka. Sebagaimana yang disebutkan dalam artikel, ada yang beribadah kerana mengejar pahala, ada yang beribadah kerana rasa takut, dan ada juga yang beribadah kerana rasa syukur yang tulus - ini saya anggap sebagai ibadah orang merdeka, yakni ibadah yang lahir dari kebebasan jiwa dalam menjalani kehidupan. Pengalaman saya juga menunjukkan bahawa ilmu agama tanpa adab kadang tidak cukup untuk membentuk keimanan yang kukuh. Saya pernah bertemu dengan beberapa individu yang memiliki pengetahuan agama tinggi namun kurang merendah diri, sehingga menghadapi banyak konflik dengan orang lain. Namun, mereka yang meskipun berasal dari latar belakang sederhana tapi mampu menguasai ilmu tauhid, fiqh, dan tasawuf dengan kerendahan hati, sering menjadi contoh yang menginspirasi. Kesatuan ummah sering kali terancam akibat fahaman keagamaan yang bercelaru dan perbezaan budaya yang cuba disulam dengan agama tanpa memahami hakikat sebenar. Dari pengalaman bergaul dengan berbagai kelompok dan bangsa, saya belajar bahwa bersiratulrahim dan hormat kepada perbedaan adalah kunci memperbaiki hubungan sesama umat Islam dan pula umat beragama lain. Bagi saya, ujian dan musibah yang sering datang seyogianya tidak dikhawatirkan melainkan menjadi alat untuk meningkatkan mutu ibadah. Saya mengenal beberapa pendosa yang bertaubat dengan hati yang benar-benar tulus, tanpa mengharapkan ganjaran pahala atau syurga seperti para pedagang. Mereka inilah contoh ibadah yang merdeka, di mana taubat dan solat menjadi lebih dari ritual, melainkan sumber kekuatan rohani yang membawa kedekatan dengan Allah. Terlebih lagi, saya sangat menghargai mereka yang mampu menjalani kehidupan dengan dua karakter, yang terbuka bersama orang ramai tapi tetap menjaga waktu untuk bermuhasabah dan tafakur. Itulah ciri-ciri yang mencerminkan keseimbangan antara ilmu teoretikal dan pengalaman spiritual yang sebenar. Akhir kata, saya percaya bahawa ilmu Allah sangat luas dan tidak mungkin dapat diselesaikan sepenuhnya, namun yang penting adalah kita selalu rendah hati, menyesuaikan diri tanpa syak wasangka dan terus berusaha mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa melalui ibadah yang ikhlas dan benar.

4 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen